• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Weekend Getaway’ Yang Happening, 5 Sebab Anda Perlu Ke Kuching Hujung Minggu Ini

Oleh
ILB - AI
21 Julai 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
'Weekend Getaway' Yang Happening, 5 Sebab Anda Perlu Ke Kuching Hujung Minggu Ini

Apa yang menarik di Kuching hujung minggu ini?

‘Weekend Getaway’ Yang Happening, 5 Sebab Anda Perlu Ke Kuching Hujung Minggu Ini. 22 Julai ini, seluruh warga bumi kenyalang akan menyambut hari bersejarah iaitu Hari Sarawak.

Isi Isi Penting
  • 1. Perarakan sempena sambutan Hari Sarawak
  • 2. Konsert Rakyat Sarawak
  • 3. Free entrance ke Borneo Cultures Meseum
  • 4. Bas shuttle percuma buat semua
  • 5. Laksa Sarawak percuma dari Serapi Corner

Untuk sambutan kali ini, Kuching telah pun dipilih sebagai tuan rumah untuk acara gilang-gemilang itu. Difahamkan, ribuan pengunjung bakal membanjiri bandar raya Kuching untuk sama-sama memeriahkan lagi aktiviti yang bakal berlangsung.

'Weekend Getaway' Yang Happening, 5 Sebab Anda Perlu Ke Kuching Hujung Minggu Ini
‘Weekend Getaway’ Yang Happening, 5 Sebab Anda Perlu Ke Kuching Hujung Minggu Ini. Kredit: Facebook

Jadi, sekiranya anda merancang untuk ke Kuching hujung minggu ini, berikut adalah 5 rekomendasi program menarik yang boleh dikungjungi bersama keluarga anda:

1. Perarakan sempena sambutan Hari Sarawak

Untuk sambutan kali ini, kira-kira 3,000 peserta melibatkan 60 kontinjen terdiri daripada pelbagai agensi akan mengambil bahagian dalam perarakan yang diadakan di Padang Merdeka, Kuching.

'Weekend Getaway' Yang Happening, 5 Sebab Anda Perlu Ke Kuching Hujung Minggu Ini

Buat anda yang belum pernah melihat ‘parade‘ secara jarak dekat inilah masa yang sesuai untuk anda! Dinasihatkan untuk datang awal memandangkan sambutan bakal berlangsung seawal jam 7 pagi.

2. Konsert Rakyat Sarawak

Selain perarakan, orang ramai juga dijemput untuk memeriahkan Konsert Rakyat Sarawak yang diadakan pada sebelah malam.

Difahamkan, beberapa artis terkenal bakal membuat persembahan pada malam itu antaranya Dolla, Floor 88 dan kumpulan terkenal dari Indonesia iaitu Ungu.

'Weekend Getaway' Yang Happening, 5 Sebab Anda Perlu Ke Kuching Hujung Minggu Ini

Konsert ini bakal berlangsung pada jam 9 malam di Padang Merdeka secara percuma buat pengunjung!

3. Free entrance ke Borneo Cultures Meseum

Bersempena dengan Hari Sarawak, pihak Jabatan Muzium Sarawak menawarkan kemasukan percuma ke Borneo Cultures Meseum 22 julai ini.

Buat anda yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini, ini peluang keemasan buat anda untuk explore treasure yang terdapat di dalam bangunan yang penuh dengan sejarah Sarawak ini.

Untuk waktu operasi, muzium ini dibuka dari jam 9:30 pagi hingga 4:30 petang sahaja.

4. Bas shuttle percuma buat semua

Memandangkan sekitar Kuching bakal dibanjiri oleh pengunjung pada hari tersebut sudah semestinya bandar raya itu bakal sesak dengan kenderaan awam. Jadi, solusinya anda boleh menaiki bas hidrogen yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak.

Menariknya, tiada sebarang cas akan dikenakan kepada penumpang.

Cara mudah sahaja, anda perlu menunggu di pusat menunggu di Jalan Haji Taha. Anda akan diturunkan di Klinik Kesihatan Jalan Masjid tidak jauh dari Padang Merdeka.

5. Laksa Sarawak percuma dari Serapi Corner

Buat anda food lover, pihak Serapi Corner bakal mengagihkan 600 pax laksa Sarawak secara percuma buat orang ramai.

Jangan lepaskan peluang ini dan serbu Serapi Corner di Jalan Batu 7 Kuching pada hari sabtu ini.

Agihan akan dijalankan bermula jam 8 pagi sehingga 11 pagi bersempena sambutan Hari Sarawak.

Baca lagi artikel menarik:

Sempena Hari Sarawak, Borneo Cultures Museum Tawar Tiket Masuk Percuma Buat Semua
Apakah Hari Sarawak: Sejarah, Kepentingan Dan Fakta Menarik Tentang Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bengang Tunggu Lama Di Klinik, Individu Dakwa Jururawat Leka Main Phone Di Samarahan Bengang Tunggu Lama Di Klinik, Individu Dakwa Jururawat Leka Main Phone Di Samarahan
Next Article Lagi Kes Hospital Cuai, Bayi 2 Bulan Alami Pendarahan Otak Akibat Terjatuh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?