• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Sampai 10 Saat, Yamaha MT-15 Parkir Depan Rumah Lesap Di Taman Malihah

Oleh
Farisha
23 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Rakaman CCTV tunjuk motosikal dicuri dalam 10 saat

Tak Sampai 10 Saat, Yamaha MT-15 Parkir Depan Rumah Lesap Di Taman Malihah. Baru-baru ini, satu hantaran tular di media sosial mengenai sebuah motosikal hilang sekelip mata di Taman Malihah, Kuching.

Menerusi perkongsian di laman TikTok @UtusanTV, motosikal jenama Yamaha MT-15 itu sedang parkir di hadapan rumah dan tiba-tiba hilang dalam masa kurang daripada 10 saat.

Tak Sampai 10 Saat, Yamaha MT-15 Parkir Depan Rumah Lesap Di Taman Malihah. Sumber: tiktok

Berdasarkan rakaman video itu, terdapat dua orang pencuri dan salah seorang turun dari motosikal lalu terus mencuri motosikal tersebut.

Netizen nasihat jangat letakkan kenderaan di luar rumah kerana bahaya

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen mengatakan bahawa pemilik motosikal itu sepatutnya tidak meletakkan motornya di luar.

Malah, ada yang menyangka pemilik motor itu meninggalkan kunci bersama motosikal, lantas memudahkan pencuri untuk mencurinya.

Segelintir netizen turut menyatakan bahawa pemilik motor itu tidak meninggalkan kunci kerana kelihatan pencuri itu sedang ‘mengetuk’ master key tersebut.

“Mungkin dia nak sedekah kot kena pulak dengan hari Jumaat, besar pahala pemilik motosikal tu, lain kali tinggal kunci start sekali bang” ujar salah seorang pengguna di TikTok.

“Master key apa benda nya? Screw driver rata je tu, hentak dan pusing ke kanan,” jelas seorang netizen mengenai kejadian itu.

Netizen turut nasihat untuk pasang GPS pada kenderaan

Bukan itu sahaja, ada juga yang menasihati supaya meletakkan GPS pada setiap kenderaan bagi berjaga-jaga daripada kejadian yang tidak diingini.

@utusantvofficial

Bila ada peluang dan ruang. 📍Taman Malihah Jaya #Kuching #QLE2242 #yamaha #mt15 📽 SRU. #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

“Setiap kenderaan wajib pasang GPS, semoga bermanfaat kepada semua.

“Motor kapcai reput aku pun pasang kunci pada dua-dua tayar, tak pernah kena curi, tetapi selalu berwaspada, bila-bila masa orang akan mengambil peluang, diri sendiri susah sebab cuai.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Motosikal Hilang Di Selayang, Jumpa Semula Di Kuching Selepas 12 Tahun
Dengar Salakan Anjing Terus Lari, Lelaki Hampir Curi Motosikal Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemandu E-Hailing Kongsi Detik Seram, Hantar Pelanggan Misteri Cari Kubur Bapa Di Kuching Pemandu E-Hailing Kongsi Detik Seram, Hantar Pelanggan Misteri Cari Kubur Bapa Di Kuching
Next Article Ini 5 Senarai Kedai Sup Padu Di Kuching Ini 6 Senarai Kedai Sup Padu Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?