• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Yayasan Sabah Tawar Rebat Pinjaman Hingga 100% Kepada Pelajar Cemerlang KTYS Dan UCSF

Oleh
Farisha
9 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Pelajar KTYS & UCSF Kini Boleh Tukar Pinjaman Jadi Biasiswa – Ini Syaratnya

Berita baik buat para pelajar Sabah! Yayasan Sabah kini menawarkan skim rebat pinjaman pengajian kepada pelajar Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF) yang menunjukkan pencapaian akademik cemerlang.

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Gulamhaidar Khan Bahadar, berkata skim ini bertujuan menghargai usaha pelajar cemerlang, sekaligus menggalakkan lebih ramai anak Sabah melanjutkan pelajaran di institusi kendalian Yayasan Sabah.

Yayasan Sabah Tawar Rebat Pinjaman Hingga 100% Kepada Pelajar Cemerlang KTYS Dan UCSF
Yayasan Sabah Tawar Rebat Pinjaman Hingga 100% Kepada Pelajar Cemerlang KTYS Dan UCSF

Skim Rebat Mengikut Pencapaian PNGK

Tawaran rebat diberikan berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang diperoleh pelajar bagi peringkat Diploma dan Ijazah seperti berikut:

PNGKJenis Rebat
3.8 dan ke atasPenyerapan penuh pinjaman menjadi biasiswa (100%)
3.5 – 3.79Rebat 50% daripada jumlah pinjaman
3.0 – 3.49Rebat 25% daripada jumlah pinjaman

“Inisiatif ini dilaksanakan sebagai dorongan kepada pelajar untuk lebih gigih mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan seterusnya membentuk modal insan berkualiti untuk negeri Sabah,” ujar beliau dalam satu kenyataan, menurut laporan media tempatan.

📚 UCSF – 10 Tahun Menyumbang Kepada Pembangunan Pendidikan Sabah

Ditubuhkan sejak sedekad lalu, UCSF kini menawarkan 14 program akademik melalui 4 fakulti utama:

  • Fakulti Pengurusan dan Keusahawanan
  • Fakulti Seni dan Multimedia Kreatif
  • Fakulti Sains dan Kelestarian Semula Jadi
  • Fakulti Pembangunan dan Pengajian Kepelbagaian Budaya

UCSF turut disokong oleh pelbagai pusat penyelidikan dan pembangunan seperti Institut Kajian Borneo (IBS) dan Pusat Pembangunan Bahasa dan Generik (CLGD), sejajar dengan usaha memperkukuh sumbangannya terhadap pembangunan sosioekonomi dan budaya negeri.

Setakat ini, UCSF telah memberi manfaat kepada lebih 3,000 pelajar Sabah, dengan lebih 1,000 pelajar aktif pada tahun 2024 — jumlah tertinggi sejak penubuhannya. Malah, institusi ini telah mencapai kategori Kompetitif dalam Sistem Penarafan Bersepadu Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA).

KTYS – Fokus kepada TVET dan Pasaran Kerja

KTYS pula ditubuhkan dengan objektif untuk menyediakan pendidikan berasaskan akademik dan Pendidikan & Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkualiti tinggi.

Antara usaha yang dilaksanakan termasuk menjalin kerjasama strategik dengan industri serta institusi pengajian tinggi seperti DRB-HICOM University of Automotive Malaysia — yang turut menawarkan pemindahan kredit dan jaminan pekerjaan kepada graduan.

Melalui kempen “KTYS Pilihanku”, sebanyak 1,366 pelajar baharu berjaya didaftarkan pada tahun 2024, mengatasi sasaran awal sebanyak 1,345 pelajar. Tahun lalu, 98% graduan KTYS berjaya memperoleh pekerjaan, mencerminkan keberkesanan pendekatan pendidikan berasaskan permintaan pasaran.

Inisiatif rebat pinjaman ini jelas menunjukkan komitmen Yayasan Sabah dalam membantu meringankan beban kewangan pelajar sambil mendorong pencapaian akademik yang lebih tinggi. Ia juga menjadi bukti bahawa pendidikan berkualiti mampu diakses oleh lebih ramai anak negeri melalui sokongan berterusan daripada institusi tempatan.

Buat para pelajar KTYS dan UCSF — rebutlah peluang ini, tingkatkan prestasi akademik, dan manfaatkan ganjaran yang ditawarkan.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan bantuan pelajar:

Ini Senarai Bantuan Kerajaan GPS Untuk Pelajar Sarawak
Ini Panduan Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Pelajar Sabah B40 Dan M40

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Persembahan Pertama Kenny G Di Borneo Bakal Diadakan Di Sabah Julai Ini Persembahan Pertama Kenny G Di Borneo Bakal Diadakan Di Sabah Julai Ini
Next Article Rakan Iban Buat Open House, Rakan Muslim 'Sporting' Datang Beraya Berbaju Melayu Buat Ramai Terhibur Rakan Iban Buat Open House, Rakan Muslim ‘Sporting’ Datang Beraya Berbaju Melayu Buat Ramai Terhibur

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?