• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Zayn Rayyan Dibunuh Ditempat Lain Sebelum Diletak Di Tepi Sungai

Oleh
Aina Musa
8 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Zayn Rayyan Dibunuh Ditempat Lain Sebelum Diletak Di Tepi Sungai

Takziah buat keluarga mangsa

Zayn Rayyan Dibunuh Ditempat Lain Sebelum Diletak Di Tepi Sungai. Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya diletakkan di anak sungai terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat pada Khamis mendapati kanak-kanak berusia enam tahun itu meninggal dunia dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya ditemukan.

Zayn Rayyan Dibunuh Ditempat Lain Sebelum Diletak Di Tepi Sungai

“Mengambil kira daripada hasil bedah siasat, kita merumuskan mangsa tidak mati di tempat kejadian, mungkin mati di tempat lain dan diletakkan di situ (anak sungai) … yang pasti dia (Zayn Rayyan) bukan lemas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Mohd Shuhaily berkata, hasil proses bedah siasat, selain kecederaan di leher dan badan mangsa, terdapat juga kecederaan mempertahankan diri.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati aliran anak sungai itu bukan laluan kebiasaan masyarakat setempat, namun tidak menolak kemungkinan suspek memahami selok-belok lokasi kejadian terbabit.

Beliau berkata, siasatan akan diteruskan di lokasi kejadian bagi mencari bukti untuk menjejaki suspek dan setakat ini polis telah merakam keterangan daripada ibu bapa mangsa.

Beliau tidak menolak kemungkinan suspek dalam kejadian ini melibatkan individu yang tinggal di kawasan kejadian, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Pihak polis bersama masyarakat setempat selama dua hari telah melalui tempat sama, tidak menemukan mangsa tetapi dijumpai pada hari kedua lewat malam.

“Kita memandang serius kes ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkannya bagi membantu siasatan,” kata beliau.

Mohd Shuhaily berkata, pada ketika ini, siasatan kematian Zayn Rayyan konsisten kepada kes bunuh.

Selepas dilaporkan hilang tengah hari Selasa di Damansara Damai, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya kira-kira 10 malam Rabu.

Mayat kanak-kanak lelaki itu dijumpai kumpulan penduduk yang turut membantu operasi mencari mangsa.

Mangsa ditemukan terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Terdahulu, ibu Zayn Rayyan dilaporkan menyedari kehilangan anaknya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartmen itu kira-kira 12.30 tengah hari, sebelum kanak-kanak berkenaan dikatakan kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran Apartmen Idaman.

Baca lagi artikel menarik:

Kantoi Kutip Dana Palsu, Gereja Serian Jelas Individu Ini Bukan Wakil Sah Dari Gereja
Tragedi Sungai Cina Matang, Budak Lelaki 13 Tahun Kehilangan Nyawa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article BusAsia Lancar Laluan Bas Baharu Kuching-Singkawang Dengan Harga Promosi RM100
Next Article Hidden Kopitiam Mui Theng Jalan Sekama, Port Sarapan Legend Warga Kuching Hidden Kopitiam Mui Theng Jalan Sekama, Port Sarapan Legend Warga Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?