• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

10 Karton Dessert Rosak Sebab Servis Kargo, Suka Dessert Terpaksa Tunda Jualan Lambat Sehari

Oleh
Husna Hazmi
12 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Semoga kekal tabah!

10 Karton Dessert Rosak Sebab Servis Kargo, Suka Dessert Terpaksa Tunda Jualan Lambat Sehari. Kafe terkenal di Semenanjung Malaysia dan digemari ramai, Suka Dessert kini buat pertama kalinya menjejak kaki ke Sarawak untuk menjual produk dessert mereka di Festival Makanan Terbesar di Kuching, Food Republic yang bertempat di Perkarangan Stadium Negeri Sarawak.

Terkenal dengan menu dessert berasaskan coklat mereka, Suka Dessert sememangnya salah port untuk mendapatkan manisan yang terbaik. Tak hairanlah apabila orang Sarawak semuanya masing-masing menantikan pembukaan Suka Dessert buat kali pertamanya di Festival Makanan ini.

10 Karton Dessert Rosak Sebab Servis Kargo, Suka Dessert Terpaksa Tunda Jualan Lambat Sehari
10 Karton Dessert Rosak Sebab Servis Kargo, Suka Dessert Terpaksa Tunda Jualan Lambat Sehari. Gambar tangkap layar dari TikTok @sukadessert.hq

Berkongsi pengalaman sedih dessert terjejas

Semalam Suka Dessert di TikTok telah memuatnaik satu video yang mendapat 122.5K tontonan (setakat artikel ini ditulis) berkongsi pengalaman sedih di mana mereka tidak dapat membuat jualan di booth pada hari pertama festival berkenaan.

Ini kerana produk dessert yang dibawanya dari Semenanjung telah terjejas akibat servis kargo. Sebanyak 10 karton dessert yang rosak, ada yang pecah dan ada yang comot membuatkannya tidak sesuai untuk dijualkan kepada pelanggan.

Dalam video tersebut team Suka Dessert terpaksa membuka satu-satu produk jualan mereka dan mengisinya dengan coklat yang baharu serta corak yang baharu tetapi guna bekas yang sama.

10 Karton Dessert Rosak Sebab Servis Kargo, Suka Dessert Terpaksa Tunda Jualan Lambat Sehari
Gambar tangkap layar dari TikTok @sukadessert.hq

Cabaran hujan lebat pula

Selesai uruskan hal dessert yang terjejas, team Suka Dessert ditambahkan dengan satu lagi cabaran apabila hujan lebat yang turun membuatkan para pekerjanya semua basah lenjun kena hujan.

Diberikan pelbagai cabaran pada hari pertama Festival, Suka Dessert akhirnya membuat keputusan untuk memulakan jualan mereka pada hari kedua Festival Makanan iaitu pada hari ini.

Diharap agar Suka Dessert dan team tidak berputus asa, kami di Kuching tak sabar nak rasa produk dessert menarik yang ditawarkan oleh korang semua!

Lagi cerita menarik buat anda di sini:

Luah Kekecewaan Kena ‘Body Shaming’ Di Waterfront, Netizen Suntik Kata Semangat Buat Wanita Ini
Powerbank Meletup Dalam Penerbangan Ke Singapura, Didapati Akibat ‘Overheating’
SUMBER :TikTok @sukadessert.hq
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rume Dining Galacity Bawa Konsep Kafe Mewah Dengan Harga Berpatutan Untuk Warga Kuching Rume Dining Galacity Bawa Konsep Kafe Mewah Dengan Harga Berpatutan Untuk Warga Kuching
Next Article Wanita Ini Berpisah Dengan BF Selepas Dihidangkan Makanan Sejuk Di Rumah Keluarga Lelaki Itu Wanita Ini Berpisah Dengan BF Selepas Dihidangkan Makanan Sejuk Di Rumah Keluarga Lelaki Itu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?