• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Luah Kekecewaan Kena ‘Body Shaming’ Di Waterfront, Netizen Suntik Kata Semangat Buat Wanita Ini

Oleh
Husna Hazmi
10 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Kena body shame gara-gara memakai ‘dress‘.

Luah Kekecewaan Kena ‘Body Shaming’ Di Waterfront, Netizen Suntik Kata Semangat Buat Wanita Ini. Body Shaming atau ejekan tubuh adalah perlakuan mengkritik, mengutuk dan mengecam rupa, bentuk dan fizikal seseorang. Walaupun sudah berada di tahun 2023, namun masih ramai lagi individu di luar sana yang berpikiran sempit dan hanya pandai menilai rupa luaran orang sahaja.

Pasti ramai diantara kita tidak mengira rupa atau bentuk tubuh badan, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup pernah kena Body Shame kan?

Luah Kekecewaan Kena 'Body Shaming' Di Waterfront, Netizen Suntik Kata Semangat Buat Wanita Ini
Luah Kekecewaan Kena ‘Body Shaming’ Di Waterfront, Netizen Suntik Kata Semangat Buat Wanita Ini

Diejek oleh seorang lelaki dan seorang perempuan

Baru-baru ini, seorang wanita di Facebook telah berkongsi pengalaman kurang manisnya di Waterfront, Kuching. Waterfront adalah salah satu port tarikan pelancong yang terkenal di Kuching dan ia sentiasa meriah dengan ramai pengunjung.

Dalam perkongsiannya itu, dia berkata setelah habis meluangkan masa bersama keluarga di kawasan berhampiran, dia mengambil keputusan untuk ke Waterfront. Namun tiba sahaja di sana, dirinya tiba-tiba dipandang aneh oleh seorang lelaki dan juga seorang wanita yang berada di sebuah kedai makan di hadapan Waterfront.

Dua individu tersebut mengejek dengan menunjuk-nunjuk serta mengetawakan dirinya yang ketika itu mengenakan sepasang gaun hitam paras lutut. Perbuatan tidak beretika oleh dua individu tersebut kemudiannya telah membuat wanita itu kecewa dan berasa sedih. Siapa sahaja yang tak kecewa jika diperlakukan seperti itu!

Luah Kekecewaan Kena 'Body Shaming' Di Waterfront, Netizen Suntik Kata Semangat Buat Wanita Ini
Foto tangkap layar dari Facebook Teng Haji Tomi

Kongsi pengalaman kena body shame sejak kecil lagi

Wanita tersebut kemudiannya berkongsi pengalamannya mengatakan dia telah di Body Shame sejak kecil lagi sehingga ia meninggalkan trauma yang besar di dalam hidupnya.

Mendapat 882 perkongsian di Facebook (setakat artikel ini ditulis) netizen rata-ratanya tidak berpuas hati dengan sikap dua individu yang mengejek wanita tersebut. Ramai juga netizen yang memberi kata semangat kepada wanita tersebut agar jangan membuang masa untuk memperdulikan ejekan orang berfikiran sempit seperti itu.

Diharap agar orang ramai boleh mengambil pengajaran atas kejadian ini. Body Shaming adalah perkara yang amat berbahaya kerana ia boleh meninggalkan kesan negatif ketara dalam kehidupan seseorang. Bagi yang masih lagi berfikiran sempit memikirkan Body Shaming ini adalah gurauan semata-mata, anda perlu grow up and get a life!

Lagi cerita menarik buat anda di sini:

Ayah Luah Rasa Terkejut Budak Darjah 4 Buli Anaknya Hanya Kerana Hasad Dengki
Padah Buli OKU Dengan Menembak Guna Mercun, Pekerja Syarikat Kurier Kini Didenda RM1,000 Di Kuching

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bayi 4 Bulan Didera, Tempurung Kepala Retak Dan Koma Lepas Didera Pengasuh Di Terengganu
Next Article Tetak Kenalan Guna Pedang Samurai, Pelaku Kini Dalam Buruan Polis Simunjan Tetak Kenalan Guna Pedang Samurai, Pelaku Kini Dalam Buruan Polis Simunjan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?