• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Ini 10 Kedai Makanan Sarawak Di Semenanjung Yang Anda Boleh Cuba

Oleh
Husna Hazmi
24 Mac 2021
Kongsi
12 Min Bacaan

Jom terjah 10 kedai makan yang menyajikan makanan Sarawak di Semenanjung ini

Ini 10 Kedai Makanan Sarawak Di Semenanjung Yang Anda Boleh Cuba. Apakah anda penggemar masakan Sarawak tetapi berada jauh dari Bumi Kenyalang? Jangan risau, kerana kami telah menyusun senarai 10 kedai makan Sarawak terbaik yang terletak di Semenanjung Malaysia, tempat anda dapat merasai keaslian dan kekayaan rasa dari Sarawak tanpa perlu menyeberangi laut. Dari Laksa Sarawak yang memikat selera hingga Kolo Mee yang menggugah selera, senarai ini akan membawa anda pada perjalanan kulineri yang tak terlupakan.

Isi Isi Penting
  • 1. Dapur Sarawak (Kuala Lumpur, Putrajaya)
  • 2. Dayang Sarawak Corner (Putrajaya, Sungai Besi, Ampang)
  • 3. Ammar Kong (Bangi)
  • 4. Haiyana Kitchen (Melaka)
  • 5. SALTed (Mutiara Damansara)
  • 6. Keday Kamek (TTDI)
  • 7. Kafe Sarawak (Ampang)
  • 8. Dapur Sabak Salai (Bangi)
  • 9. The Lorong (Nilai)
  • 10. Kenyalang Cafe (Alor Setar, Kedah)

Bagi yang orang Semenanjung pula, marilah cuba makanan asli Sarawak yang padu ini.

1. Dapur Sarawak (Kuala Lumpur, Putrajaya)

Ini 10 Kedai Makanan Sarawak Di Semenanjung Yang Anda Boleh Cuba
Ini 10 Kedai Makanan Sarawak Di Semenanjung Yang Anda Boleh Cuba

Bagi yang masih lagi mencari-cari makanan ikonik Sarawak di Tanah Semenanjung, ini adalah pilihan yang terbaik buat anda. Di sini anda boleh mencuba pelbagai menu masakan Sarawak seperti Laksa Sarawak, Mi Belacan, Mi Kolok, Linut dan bermacam-macam lagi. Kedai ini memiliki dua cawangan iaitu di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Alamat
Waktu operasi
Hubungi mereka

 A-G-R2 & A-G-R3 Tower A Bangunan Suasana PJH, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100, Wilayah Persekutuan Putrajaya

https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m18!1m12!1m3!1d3983.6858083885077!2d101.69947409999999!3d3.1771368000000004!2m3!1f0!2f0!3f0!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31cc481bb8a1796d%3A0xf9bdfb0cb603b711!2sRestoran%20Dapur%20Sarawak!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1700028728856!5m2!1sen!2smy

8am-9pm (kecuali Ahad tutup)

Facebook: Dapor Sarawak

Nombor telefon: 03-8893 6922

2. Dayang Sarawak Corner (Putrajaya, Sungai Besi, Ampang)

Ini 10 Kedai Makanan Sarawak Di Semenanjung Yang Anda Boleh Cuba
Ini 10 Kedai Makanan Sarawak Di Semenanjung Yang Anda Boleh Cuba

Restoran yang menyediakan makanan asli Sarawak ini mungkin boleh mengubah pengalaman penggemar makanan. Restoran ini bukan sahaja terkenal dengan makanan asli Sarawak nya yang sedap, malah restoran makanan Sarawak yang terletak di tanah semenanjung Malaysia ini juga menyediakan pelbagai juadah seperti Mi Kolok, Nasi Ayam Hainan, Bee Hoon Belacan dan banyak lagi.

Kedai makan ini mempunyai enam cawangan iaitu di Putrajaya, Sungai Besi, Ampang, Cheras, Puchong, dan Shah Alam.

Alamat
Waktu operasi
Hubungi mereka
  • Putrajaya: 4, Jalan Perak, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Sungai besi: Park N’ Ride Sungai Besi, Jalan Suasa, Pekan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
  • Ampang: 13, Jln Mamanda 7/1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor

Klik sini untuk peta lokasi Google Maps.

  • Putrajaya: 9am-10pm
  • Sungai besi: 8am-10pm
  • Ampang: 10am-11pm

Nombor telefon:

  • Putrajaya: 010-369 7322
  • Sungai besi: 017-329 2005
  • Ampang:  03-4265 3875

FB: Dayang Sarawak Corner

3. Ammar Kong (Bangi)

Ini 10 Kedai Makanan Sarawak Di Semenanjung Yang Anda Boleh Cuba
Ini 10 Kedai Makanan Sarawak Di Semenanjung Yang Anda Boleh Cuba

Bagi yang tinggal di Bandar Baru Bangi dan teringin nak menjamah makanan Sarawak bolehlah berkunjung ke Ammar Kong yang terletak di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi.

Makanan di sini pilihannya terhad dan tak lah sebanyak restoran yang lain tetapi mereka menyajikan hidangan Sarawak iaitu Mee Kolok dan anda juga boleh mendapati Nasi Ayam Power di sini.

Alamat
Waktu operasi
Hubungi mereka

36, Jalan 4/11b, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m13!1m8!1m3!1d3984.4798130078034!2d101.7762763!3d2.9642814!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m2!1m1!2s!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1700030085565!5m2!1sen!2smy

11am-7am ( kecuali Ahad tutup)

FB: Ammar Kong

4. Haiyana Kitchen (Melaka)

Ini 10 Kedai Makanan Sarawak Di Semenanjung Yang Anda Boleh Cuba
Ini 10 Kedai Makanan Sarawak Di Semenanjung Yang Anda Boleh Cuba

Bagi yang duduk di Melaka, tak perlu susah-susah nak tempah tiket kapal terbang untuk menikmati makanan Sarawak, kerana di Haiyana Kitchen ada menyajikan menu masakan asli dari Sarawak. Restoran ini menyediakan pelbagai menu menarik seperti Mi Kolok, Laksa Sarawak dan Mi Jawa yang anda boleh pilih sama ada nak disediakan sekali dengan udang mahupun daging.

Alamat
Waktu operasi
Hubungi mereka

No. 55, Jalan PNG Pusat Niaga, Jalan Gangsa, 76100 Durian Tunggal, Malacca

https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m14!1m8!1m3!1d63786.24947365012!2d102.2593922!3d2.2869058!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31d1e5dc8d385d4b%3A0x5ab656ac356eccec!2sHaiyana%20Kitchen%20Melaka!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1700038310445!5m2!1sen!2smy

4pm-12am

FB: Haiyana Kitchen

Nombor telefon: 016-436 9560

Mi Kolok di restoran ini ada kelebihan nya sendiri kerana menggunakan bahan masakan asli daripada Sarawak. Pemilik gerai ini ialah pasangan suami isteri anak jati Sarawak yang menerapkan resepi turun temurun di dalam menyediakan hidangan di restoran mereka.

5. SALTed (Mutiara Damansara)

Ini 10 Kedai Makanan Sarawak Di Semenanjung Yang Anda Boleh Cuba

Restoran Salted yang terletak di Damansara dikatakan menyajikan Laksa Sarawak yang hampir sama rasanya dengan Laksa Sarawak yang terdapat di Negeri Sarawak sendiri. Laksa Sarawak Original merupakan menu yang paling laris, disediakan dengan telur, isi ayam, dan udang bersaiz sederhana besar.

Kepada yang nak lebih menarik bolehlah mencuba Laksa Sarawak Special yang disajikan dengan udang yang bersaiz besar dan sotong. Saiz hidangannya juga lebih banyak. Kepada yang mempunyai alahan terhadap udang atau makanan laut tu bolehlah makan Laksa Sarawak Basic kerana yang basic ni tak ada udang tapi hanya telur dan isi ayam sahaja. Salted juga menyediakan Mi Kolok, Beehoon Belacan dan Mi Jawa Sarawak.

Alamat
Waktu operasi
Hubungi mereka

30, Jalan PJU 7/16a, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m18!1m12!1m3!1d3983.7527849876437!2d101.602409!3d3.1597351!2m3!1f0!2f0!3f0!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31cc4ec9b6ae0d9d%3A0x6af26ac7138002a5!2sSALTed!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1700038374530!5m2!1sen!2smy

10am-2:30pm

Nombor telefon: 03-7493 5266

6. Keday Kamek (TTDI)

Ini 10 Kedai Makanan Sarawak Di Semenanjung Yang Anda Boleh Cuba
Ini 10 Kedai Makanan Sarawak Di Semenanjung Yang Anda Boleh Cuba. Kredit gambar: Eat Drink Kl

Restoran Kedai Kamek ini pula merupakan restoran yang juga terdapat dan berasal dari Miri, Sarawak. Antara hidangan yang terkenal di restoran ini ialah Nasi Goreng Dabai. Menu nasi goreng dabai ini dihidangkan sekali dengan ikan terubuk masin dan ikan masin kering yang rangup.

Kedai Kamek juga meyediakan juadah etnik Melanau iaitu Linut serta laksa Sarawak bersama Lobster dan juga King Crab. Gempak kan? Terdapat 3 cawangan di Semenanjung iaitu di Kuala Lumpur (Jalan Puchong), TTDI dan Sunway Putra Mall.

Alamat
Waktu operasi
Hubungi mereka

18, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m14!1m8!1m3!1d63742.446190708!2d101.6193631!3d3.1203839!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31cc494ff6d40293%3A0x6b730aa0a03b8214!2sKedey%20Kamek%20TTDI!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1700038463183!5m2!1sen!2smy

10am-10pm

Nombor telefon:  019-547 5040

FB: Kedey Kamek

7. Kafe Sarawak (Ampang)

Ini 10 Kedai Makanan Sarawak Di Semenanjung Yang Anda Boleh Cuba

Kepada sesiapa yang nak merasai suasana kedai makan di Sarawak bolehlah berkunjung ke Kafe Sarawak yang terletak di Ampang dan Johor ini. Dibawah menu Sarawak Specials, restoran ini menyediakan sajian asli Sarawak seperti Laksa Sarawak, Mi Poh, Mi Foochow, Mi Goreng Sarawak, Beehon Goreng Belacan, Mee Kuah Udang dan lain-lain.

Restoran ini menerapkan elemen Sarawak dalam penghiasan restoran mereka dengan menggantung bendera Sarawak dan menggunakan warna bendera Sarawak iaitu hitam, kuning, merah dalam dekorasi restoran mereka dari dinding hingga lah ke kerusi.

Memang rasa macam dekat Sarawak betul-betul lah kalau duduk lepak kat restoran ni. Boleh menggamit kenangan kepada orang Sarawak yang tinggal di semenanjung dan boleh menambah pengalaman baru bagi orang semenanjung yang teringin untuk merasai makanan Sarawak.

Alamat
Waktu operasi
Hubungi mereka

43, Jalan Sulaiman 1, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor

https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m14!1m8!1m3!1d254958.74858922613!2d101.4403609!3d3.1655496!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31cc37ab3303081d%3A0x28370b45d4cbbdc8!2sKafe%20Sarawak!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1700038220715!5m2!1sen!2smy

9am-9pm

Nombor telefon: 018-251 6008

FB: Kafe Sarawak

8. Dapur Sabak Salai (Bangi)

Memegang takhta mi kolok terbaik di Bangi, ini adalah kedai makan yang menyajikan makanan Sarawak yang anda harus cuba. Jika anda teringin makan mi kolok yang padu ini sememangnya tempat yang paling sesuai buat anda.

Di sini juga, mereka turut menyediakan air kegemaran orang Sarawak iaitu teh 3 layer gula apong. Memang WOW kan? Mereka juga menyediakan menu minuman menggunakan gula apong yang lain di sini seperti soya cincau 3 layer gula apong, sirap bandung 3 layer gula apong dan boba tea 3 layer gula apong.

Alamat
Waktu operasi
Hubungi mereka

41, Jalan 7/7c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor

https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m14!1m8!1m3!1d127502.7130339082!2d101.6921356!3d2.9698386!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31cdcba71a7f4b75%3A0x4c5590a79a90ed59!2sDapur%20Sabak%20Salai!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1700038575435!5m2!1sen!2smy

7am-11:30pm

Nombor telefon: 010-843 4331

FB: Dapur Sabak Salai

9. The Lorong (Nilai)

Bagi mereka yang menetap di Nilai atau ada singgah di Nilai, anda patut cuba makanan Sarawak di The Lorong ini. Makanan Sarawak yang mereka sediakan adalah Mi Kolok dan juga Laksa Sarawak yang memang akan membuatkan anda berasa bagai ada di Sarawak.

Alamat
Waktu operasi
Hubungi mereka

22, Jln Melati Square, Melati Square Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m18!1m12!1m3!1d3985.0145064769836!2d101.7617147!3d2.8118861999999996!2m3!1f0!2f0!3f0!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31cdc7cb883f84bb%3A0x6c6313a8485abc09!2sThe%20Lorong%20Nilai!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1700038670311!5m2!1sen!2smy

5pm-12am

Nombor telefon: 017-888 4341

10. Kenyalang Cafe (Alor Setar, Kedah)

Keunikan hidangan di restoran ini adalah pada bahan-bahan yang digunakan kerana semuanya diterbangkan khas dari Sarawak. Ia termasuklah serbuk kopi yang digunakan untuk bancuhan menu minuman di sini.

Dibuka pada jam 1 tengah hari hingga jam 10 malam, restoran Kenyalang Cafe ini menawarkan pelbagai menu makanan Sarawak. Antaranya seperti menu wajib ada iaitu Laksa Sarawak, Mi Kolok atau Mi Pok, Nasi Goreng Ikan Terubok Masin, Nasi Goreng Dabai serta aneka jenis Mi Jawa.

Alamat
Waktu operasi
Hubungi mereka

6, Jalan Penjara Lama, Pekan China, 05000 Alor Setar, Kedah

https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m18!1m12!1m3!1d3967.098026144054!2d100.3638344!3d6.1175052999999995!2m3!1f0!2f0!3f0!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x304b45b464eb7e81%3A0x89498801fef4861a!2sKenyalang%20Kafe!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1700038764525!5m2!1sen!2smy

12pm-8pm

FB: Kenyalang Cafe

Nombor telefon: 019-959 3988

Setelah mengembara melalui pelbagai sudut Semenanjung Malaysia untuk mencari juadah Sarawak yang autentik, kami telah mengumpulkan 10 kedai makan yang tidak hanya menyajikan rasa asli dari Bumi Kenyalang, tetapi juga mencerminkan keramahan dan kehangatan orang-orang Sarawak. Kami sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi kedai-kedai ini, tidak kira untuk menikmati semangkuk Laksa Sarawak yang pedas atau Kek Lapis Sarawak yang manis dan berlapis-lapis. Ini bukan sekadar tentang makanan, tetapi tentang pengalaman mengenal budaya dan tradisi Sarawak yang kaya dan berwarna-warni.

Kalau nak beli barangan basah Sarawak, mungkin anda berminat dengan pasar di Masai dan Seri Kembangan ini:

Semua Ada Disini, Pelbagai Makanan Sarawak Di Pasar Borneo Masai Johor
Pasar Borneo Seri Kembangan, Tawar Pelbagai Produk Sabah Sarawak Di Semenanjung
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Serlahkan Kreativiti Anda Dalam Peraduan Dream Malaysia Challenge Dan Menangi GoPro Hero 9
Next Article Bunuh Rakan Gara-Gara Membazir Air, Suspek Ditahan Di Kinabatangan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?