• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bunuh Rakan Gara-Gara Membazir Air, Suspek Ditahan Di Kinabatangan

Oleh
Husna Hazmi
24 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Suspek juga bertindak agresif ketika diberkas pihak polis.

Bunuh Rakan Gara-Gara Membazir Air, Suspek Ditahan Di Kinabatangan. Pekerja ladang yang menetak rakannya menggunakan parang kerana suka membazir air akhirnya berjaya ditangkap di kawasan ladang kelapa sawit di Ladang Melangking, Sukau, pada Selasa.

Lelaki tersebut telah ditahan polis kira-kira jam 4 petang, ketika bersembunyi di bawah timbunan pelepah kelapa sawit.

Menurut Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt Dzulbaharin Ismail, pihaknya menerima makluman bahawa suspek datang ke perumahan pekerja ladang meminta makanan sehari sebelum penahanannya dilakukan.

Bunuh Rakan Gara-Gara Membazir Air, Suspek Ditahan Di Kinabatangan
Bunuh Rakan Gara-Gara Membazir Air, Suspek Ditahan Di Kinabatangan

Susulan itu, usaha mengesan suspek dipergiatkan ke kawasan berdekatan di mana suspek dilaporkan telah muncul.

“Setelah menjalankan pemeriksaan, penjenayah itu berjaya ditemui bersembunyi di bawah timbunan pelepah sawit.

“Semasa ditemui, lelaki itu tidak berpakaian dan masih lagi memegang sebilah pedang samurai yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa.

“Ketika cuba ditangkap, suspek dilaporkan turut bertindak agresif, namun berjaya diberkas. Senjata sepanjang 76 sentimeter yang digunakan juga dirampas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bunuh Rakan Gara-Gara Membazir Air, Suspek Ditahan Di Kinabatangan

Pertengkaran berkaitan masalah bekalan air

Isnin lalu, kita digemparkan dengan kes pembunuhan di mana hanya kerana pertengkaran berkaitan masalah bekalan air antara dua rakan, salah seorang maut dilibas dengan parang di Ladang Malangking, Kinabatangan, Sabah

Dzulbaharin turut menjelaskan bahawa, siasatan akan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Sabtu lalu, mangsa dilibas dengan senjata tajam oleh suspek di bahagian perut hingga menyebabkan kecederaan parah, sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kinabatangan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 10 Kedai Makanan Sarawak Di Semenanjung Yang Anda Boleh Cuba
Next Article AirAsia Diluluskan Untuk Mengendali Penerbangan Kota Kinabalu - Miri Dan Miri - Kota Kinabalu AirAsia Diluluskan Untuk Mengendali Penerbangan Kota Kinabalu – Miri Dan Miri – Kota Kinabalu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?