I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: 100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa
Notification Show More
Latest News
Sentuhan Reka Bentuk Dalaman Barat, Ketahui Roots & Bliss Kafe Tersembunyi Di Tabuan
Sentuhan Reka Bentuk Dalaman Barat, Jom Ke Roots & Bliss Kafe Tersembunyi Di Tabuan
20 Mei 2022
Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik
Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik
19 Mei 2022
Video Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar Hilak Di Jalan Bau Kuching [Video] Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar 'Hilak' Di Jalan Bau-Kuching
[Video] Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar ‘Hilak’ Di Jalan Bau-Kuching
19 Mei 2022
Selamba 'Cilok' Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen
Selamba ‘Cilok’ Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen
19 Mei 2022
1F8708C6 082F 482F 89DB 7F1D08B8D78C Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa

Kedung BK
Oleh Kedung BK
Dikirim pada 22/12/20 6:23 PM
Kongsi
10 Min Bacaan
100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa
Kongsi
Sponsored

Filem bertajuk Senudei telah dipilih untuk ditayang di peringkat antarabangsa! Tahniah!

100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa. Tahun ini merupakan tahun yang manis dan bertuah untuk pengkarya kreatif Sarawak. Sebelum ini, sebuah video muzik Orang Ulu telah terpilih dan dikurniakan anugerah di sebuah festival video muzik antarabangsa, animasi Bidayuh yang dicipta oleh dua orang pelajar sekolah rendah dari Serian juga turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Kali ini, sebuah filem Melanau pula terpilih untuk bersaing di Indo Global International Festival Festival 2020.

100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa
100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa

Arahan Walid Ali, anak jati Sarawak yang berbakat

Filem ini, ‘Senudei‘ ialah sebuah filem yang hanya dituturkan dalam bahasa Melanau Matu dan Dalat sepenuhnya. Bagi mereka yang tidak tahu apa itu ‘senudei’, ia merupakan sebuah kepercayaan yang berkait rapat dengan alam mistik (atau dalam kata lain, ‘dirisik’).

Sponsored
100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa
Poster ‘Senudei’. Kredit: Walid Ali

Namun, dalam konteks masyarakat Melanau Matu, senudei ialah sebuah keadaan di mana seseorang sedang diperhati dan dikehendaki oleh semangat buaya, tempayan atau gabang (sebuah makhluk yang boleh berubah bentuk, selalunya dalam bentuk kucing hitam). Sekiranya sesuatu barangan hilang secara tiba-tiba, ia barangkali menjadi petanda bahawa anda mengalami ‘senudei’.

1 otyC6CUn6QqeIDfaPr65bQ 100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa
Fenomenon mistik ‘senudei’ merupakan sebuah keadaan di mana seseorang dikehendaki oleh semangat (roh).

Mengisahkan tentang sepasang kekasih yang mengalami renggang hubungan akibat gangguan mistik

Asas cerita ini ialah kisah hubungan seorang lelaki iaitu Amal dan kekasihnya yang semakin rengang kerana perbezaan agama, meskipun mereka berasal daripada kaum yang sama iaitu kaum Melanau.

Sponsored

Amal, yang tidak mempercayai dunia mistik, hilang kerana disembunyi makhluk halus selepas beberapa kali mengalami ‘senudei’.

Senudei 54 42 screenshot 100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa
Kredit: Walid Ali

Tiada pengalaman skrin dan pertama kali berlakon bukan halangan buat seluruh kru produksi jayakan ‘Senudei’

Suatu perkara yang menarik tentang filem ini ialah filem ini mempunyai ahli produksi yang sepenuhnya terdiri daripada kaum Melanau dari daerah Matu, Daro, Dalat, Bintulu, dan Mukah. Menurut Walid ketika dihubungi, beliau menjelaskan bahawa beliau dibantu oleh komuniti Melanau yang tidak mempunyai pengalaman di skrin – masing-masing merupakan kali pertama mereka berlakon, serta ahli produksi yang tiada pengalaman menghasilkan filem.

Sponsored

“Rasanya, ini pengalaman produksi komuniti yang mencabar dan menarik,” katanya lagi.

100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa
Kredit: Walid Ali

Inspirasi disebalik filem

Walid mengatakan bahawa beliau dipengaruhi oleh pembuat filem Bela Tarr dan Seijun Suzuki. Malah, beliau mengakui bahawa cara kerjanya paling dekat dengan cara kerja Seijun Suzuki.

Sponsored

“Saya sangat suka pada bagaimana Bela Tarr melihat filem dan semangat penghasilan karya Seijun Suzuki. Paling dekat cara kerja Seijun Suzuki, cuma temanya mungkin lebih kurang kepada tema Bela Tarr. Tapi saya tidaklah ambil semua, malah terlalu sedikit,” ujarnya lagi.

BeFunky collage 100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa
Bela Tarr (kiri) dan Seijun Suzuki (kanan) merupakan inspirasi Walid.

Walid mengatakan lagi bahawa beliau memberi peluang kepada produksi untuk sentiasa bereksperimentasi. Bagi beliau, inspirasi karya ialah kesedaran beliau kepada pencarian identiti karya-karya tempatan serta identiti etnik.

Sponsored

“Ketulenan setiap etnik ini yang saya ingin highlight. Sebab itu saya pilih ‘Senudei’, satu budaya dan kepercayaan yang diketahui oleh generasi lebih berusia dan muda,” katanya lagi.

Mengenai ketulenan dan identiti, Walid suka menonton filem atau karya tempatan yang tidak menggunakan bahasa lokal. Malah, terdapat juga dalam karya terbabit mengimport pelakon dari Semenanjung untuk melakonkan filem.

Sponsored

“Penyampaian karya juga saya tengok kurang dekat kepada ketulenan. Banyak yang seperti satu iklan kepada betapa uniknya Sarawak. Perkara ini yang saya ambil perhatian serius. Supaya ada satu ketulenan dalam karya tempatan. Biarlah bertutur dalam bahasa Melanau, Kelabit, Iban, atau apa sahaja bahasa lokal. Kalau orang tidak faham, bukankah kita ada teknologi subtitle yang telah sekian lama membantu kita memahami filem-filem Stephen Chow dan Jackie Chan. Jadi pada saya, kesedaran saya untuk mengangkat nilai ketulenan kepada setiap etnik lokal,” jelasnya lagi.

Mengambil masa setahun untuk menghasilkan filem ini

Ketika ditanya berapa lama masa pembuatan filem itu, Walid menjelaskan dari penciptaan idea hingga penggambaran mengambil masa sekitar satu tahun.

Sponsored

Pada peringkat awal, Walid gigih mencari apa nilai tulen mengenai kaum Melanau Matu. Di situ, beliau menyedari bahawa ‘senudei’ ialah satu fenomena yang perlu diberi perhatian kerana ia berbincang tentang kepercayaan.

Senudei 32 11 screenshot 100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa
Kredit: Walid Ali

Selain itu, hubungan cinta yang berbeza agama juga menarik untuk diangkat. Namun, Walid tidak memberi perhatian kepada nilai melodramatic cinta lain agama ini dalam karya beliau.

Sponsored

Mengenai cabaran yang perlu dihadapi beliau semasa pembuatan filem ini, beliau mengatakan cabaran pertamanya adalah bagaimana untuk meyakinkan komuniti yang terutamanya orang muda tentang kerjanya. Bagi mereka, mereka berpendapat bahawa kerja ini adalah kerja gila tetapi Walid tetap berpendapat bahawa dokumentasi kisah tempatan adalah perkara yang penting.

100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa
Kredit: Walid Ali

Semasa pembuatan filem pula, stail kerja Walid yang lebih kepada ‘fluidity’ atau fleksibel, membantu ahli produksi dan pelakonnya untuk menghasilkan filem ini. Katanya,

Sponsored

“Stail kerja berbeza dengan produksi luar dan lebih menekankan kepada fluidity. Contohnya, waktu saya membuat panggilan casting, ada lambakan permintaan untuk berlakon (tetapi) saya perlu pilih mereka yang sesuai. Masa shooting juga terhad jadi beberapa pelakon tidak dapat shoot. (Saya) mengubah skrip supaya sesuai dengan kebolehan dan karektor pelakon yang ada. Cuma saya sangat berterima kasih dengan komitmen pelakon dan team produksi (yang) sentiasa membantu.”

Selain itu, teknologi yang terhad juga salah satu cabaran semasa pembuatan filem ini. Oleh itu, Walid terpaksa shoot filem pada waktu siang kebanyakan masa kerana beliau mempertimbangkan kos lighting tinggi dan memerlukan krew yang makin banyak. Ini juga menyebabkan masa shooting semakin panjang.

Sponsored

Pada akhir pembuatan filem, Walid mengatakan bahawa proses penyuntingan juga salah satu cabaran sukar. Ringkas kata, proses penyuntingan mengambil masa yang panjang!

100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa
Kredit: Walid Ali

Bukan filem ‘pertama’ beliau

Meskipun filem ‘Senudei’ secara rasminya adalah filem pertama Walid, beliau mengatakan terdapat satu lagi skrip yang bersifat lebih arus perdana tetapi terpaksa ditangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tahun ini. Oleh itu, beliau memutuskan untuk shoot skrip ‘Senudei’ dahulu.

Sponsored

Selain ‘Senudei’, Walid juga mengarahkan sebuah filem pendek iaitu ‘Sonata Dapur‘ dan boleh ditonton di YouTube. Filem ini pula dituturkan dalam bahasa Melayu Sarawak.

Sebelum ini, Walid pernah buat teater berkaitan Melanau dan pencarian identiti, malah pernah dipentaskan untuk program What About Kuching sebelum ini.

Sponsored

“Saya nak tengok, tapi kat mana?”

Jika anda berminat untuk menonton filem ‘Senudei’ ini, anda perlu bersabar sebentar!

Menurut Walid lagi, beliau sedang menunggu keadaan negara beransur pulih (akibat pandemik) kerana beliau mempunyai rancangan untuk menayangkan filem ini ke pawagam alternatif tempatan. Hal ini kerana kos penayangan lebih rendah, sementara itu pula beliau akan mendapatkan maklum balas daripada komuniti-komuniti filem.

Sponsored

Untuk membuka secara atas talian pula, Walid mengatakan belum menyatakan kesediaannya dengan respon “lihat bagaimana keadaan.”

“Kalau ada rezeki, mungkin akan ditayang dalam pawagam umum. Ini hanya impian setakat ini. Tapi, yang paling praktikal ialah penayangan di panggung alternatif,” tambahnya lagi.

Sponsored

Walid akan memaklumkan tentang penayangan di pawagam alternatif. Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh melayari halaman rasminya di abdulwalidali.com!

Inilah yang perlu anda ketahui mengenai Walid Ali!

Walid merupakan graduan Contemporary Performance Practices dari Royal Holloway University of London dan pernah mendapat didikan dan bekerjasama dengan pelbagai pengkarya ternama sejak 2008 hingga kini. Malah, beliau pernah membuat persembahan untuk Edinburgh Fringe Festival, festival teater terbesar di dunia manakala karya ‘How to Read My Map?’ telah dipentaskan di Cardiff, London dan juga Sepanyol!

Sponsored
100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa
Walid Ali.
Sumber: Facebook

Seorang artis pelbagai disiplin, beliau adalah seorang penggiat teater kontemporari terutamanya selain daripada membuat performance arts dan filem pendek.

Beliau juga seorang yang mempunyai kepakaran dalam metodologi persembahan. Karya beliau kebanyakannya mengangkat aktiviti dan cerita seharian ke dalam karya.

Sponsored

Bagi beliau, beliau suka menjadikan satu karya tersebut bergabung dengan pelbagai disiplin serta suka melihat nilai ketulenan dalam setiap karya.

Kini, beliau merupakan seorang pensyarah teater di UNIMAS, penyelidik kajian etnik Borneo, ahli Jawatankuasa pembinaan Kamus Melanau Mato – Melayu Dewan, serta menjadi kolumnis seni online dan surat khabar.

Sponsored

Sementara itu, Walid juga sedang membina penonton dan pengkarya teater baru di Kuching melalui ‘Projek Spektrum‘!

100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa
Walid semasa ‘Projek Spektrum’.
Sumber: Facebook

Syabas kepada Walid and team! Sebuah pencapaian yang memang patut diraihkan! Lagipun, bukan selalu filem yang hanya dituturkan dalam bahasa Melanau dikenali di peringkat antarabangsa!

Sponsored

Semoga berjaya di Indo Global International Film Festival nanti dan filem ini boleh ditayangkan untuk tatapan umum in the near future!

Baca lagi karya anak Sarawak yang telah berjaya ke peringkat antarabangsa :

Sponsored
Kedung BK 22 Disember 2020
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article BeFunky collage452 Boleh Kesan Jalan Berlubang, Idea Digital Dari Sarawak Ini Bakal Direalisasikan Untuk Seluruh Negara Boleh Kesan Jalan Berlubang, Idea Digital Dari Sarawak Ini Bakal Direalisasikan Untuk Seluruh Negara
Next Article karaoke dibenarkan beroperasi esok Premis Karaoke Berbilik Akan Dibenarkan Beroperasi Bermula Esok Hari Premis Karaoke Berbilik Akan Dibenarkan Beroperasi Bermula Esok Hari

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

1F8708C6 082F 482F 89DB 7F1D08B8D78C Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik
Cerita Borneo

Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik

19 Mei 2022
Video Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar Hilak Di Jalan Bau Kuching [Video] Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar 'Hilak' Di Jalan Bau-Kuching
Cerita Borneo

[Video] Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar ‘Hilak’ Di Jalan Bau-Kuching

19 Mei 2022
Selamba 'Cilok' Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen
Cerita Borneo

Selamba ‘Cilok’ Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen

19 Mei 2022
Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini
Cerita Borneo

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini

19 Mei 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?