• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
#innovatesarawak

Boleh Kesan Jalan Berlubang, Idea Digital Dari Sarawak Ini Bakal Direalisasikan Untuk Seluruh Negara

Oleh
Ismail NA
22 Disember 2020
Kongsi
6 Min Bacaan

Sik lelah ngisik borang gik!

Boleh Kesan Jalan Berlubang, Idea Digital Dari Sarawak Ini Bakal Direalisasikan Untuk Seluruh Negara. Di kala negara kini masih di ambang pandemik, urusan seharian kini sedikit sebanyak telah beralih ke arah digital dan dilakukan secara atas talian. Ia bagi mengurangkan interaksi langsung dengan individu lain selain menjadikan urusan lebih pantas dan cekap.

Isi Isi Penting
  • Sik lelah ngisik borang gik!
  • RoadPlus, idea pintar daripada syarikat Sarawak
  • Hanya letak telefon pintar, RoadPlus akan terus ‘detect’ jalan berlubang
  • Skoupidia, pasukan dari Sarawak yang paling ‘sporting’ menang MYHackathon 2020 kategori Sprint
  • Baca juga artikel ini untuk mengetahui kejayaan lain yang telah dicapai oleh anak Sarawak dalam bidang startup dan teknologi :

Menerusi sebuah pertandingan hackathon iaitu MYHackathon 2020 yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Cradle Fund Sdn Bhd baru-baru ini, pelbagai masalah berkaitan dengan perkhidmatan kerajaan tampaknya berjaya diselesaikan oleh rakyat yang menyertainya.

Bagi pusingan Kuching yang membawa tema ‘Bina Negara’ beberapa minggu yang lalu, sebuah idea digital dari pasukan Sarawak bakal direalisasikan apabila mereka dinobatkan sebagai pemenang kategori Marathon MYHackathon 2020.

Boleh Kesan Jalan Berlubang, Idea Digital Dari Sarawak Ini Bakal Direalisasikan Untuk Seluruh Negara
Boleh Kesan Jalan Berlubang, Idea Digital Dari Sarawak Ini Bakal Direalisasikan Untuk Seluruh Negara

RoadPlus, idea pintar daripada syarikat Sarawak

Idea digital yang bertajuk RoadPlus tersebut dilihat bakal menyelesaikan sistem penyelenggaraan dan aduan kerosakan jalan raya serta infrastruktur berkaitan kerajaan yang lain menggunakan teknologi kepintaran buatan (Artificial Intelligence, AI).

RoadPlus yang dicipta oleh syarikat tempatan Sarawak, NEUON AI ini bakal menerima geran bersyarat daripada Cradle Fund sebanyak RM 250,000. Bukan itu sahaja, mereka juga bakal menerima geran tambahan daripada Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) memandangkan mereka merupakan syarikat tempatan Sarawak yang memenangi pertandingan hackathon ulung tersebut.

Hanya letak telefon pintar, RoadPlus akan terus ‘detect’ jalan berlubang

Menurut ketua pasukan RoadPlus yang juga merupakan CEO NEUON AI, Chai Kok Chin, RoadPlus merupakan sebuah aplikasi platform yang berteraskan AI untuk mengesan kerosakan jalan raya melalui visual secara real-time. Terdapat dua cara yang boleh digunakan iaitu dengan menghantar gambar atau video aduan kerosakan atau pun meletakkan telefon pintar di cermin hadapan dan seterusnya aplikasi tersebut akan merekod sebarang kerosakan secara automatik.

Tambahnya lagi, pasukannya mendapat inspirasi untuk menghasilkan solusi digital ini setelah mendapatkan maklum balas serta situasi semasa yang dihadapi oleh pihak berkaitan di Sarawak iaitu CMS dan Jabatan Kerja Raya Sarawak. Antara kesukaran yang masih belum mempunyai jalan penyelesaian ialah proses penyelenggaraan dan pemantauan kerosakan yang masih dilakukan secara manual dan memerlukan tenaga kerja yang ramai.

Melalui aplikasi RoadPlus ini, orang ramai kini boleh menyalurkan aduan kerosakan jalan raya dan infrastruktur dengan lebih mudah dan cepat. Bukan itu sahaja, aplikasi RoadPlus juga akan menyediakan sistem ganjaran atau reward bagi memberi galakan kepada rakyat untuk kekal aktif memberikan maklum balas berkualiti kepada pihak berwajib.

Memandangkan permasalahan ini adalah salah satu pernyataan masalah secara langsung daripada kerajaan Malaysia, Chai turut menambah bahawa platform RoadPlus ini membolehkan pihak kerajaan untuk menjimatkan kos pelaburan, penyelenggaraan, dan upah kerana penggunaan platform ini hanya berasaskan langganan di mana seluruh pelaksanaan aplikasi akan dikendalikan sepenuhnya oleh NEUON AI.

Boleh Kesan Jalan Berlubang, Idea Digital Dari Sarawak Ini Bakal Direalisasikan Untuk Seluruh Negara
Barisan pengasas NEUON AI, dari kiri : Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Marcus Chai, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Chang Yang Loong dan Ketua Pegawai Eksekutif, Chai Kok Chin
Sumber foto : New Sarawak Tribune

Lebih membanggakan, sistem yang bakal dibangunkan ini akan digunakan di peringkat kebangsaan dan sekiranya berjaya, RoadPlus akan digunakan di seluruh Malaysia. Wow!

Skoupidia, pasukan dari Sarawak yang paling ‘sporting’ menang MYHackathon 2020 kategori Sprint

Dalam pada masa yang sama, sebuah lagi pasukan Sarawak yang turut memenangi pertandingan MYHackathon 2020 ialah pasukan Skoupidia. Pasukan yang diketuai oleh Mohammed Norhamizan Bin Abu Bakar ini telah memenangi tempat pertama dalam kategori Sprint. Solusi digital yang telah mereka utarakan ialah sebuah platform untuk syarikat pelupusan sampah menghasilkan laluan yang optimum berdasarkan jumlah isi rumah di kawasan mereka. Dengan itu, ia boleh meningkatkan kecekapan untuk mengumpulkan sampah dan memperbaiki keadaan hidup warga. Selain itu, melalui aplikasi pengguna, ia juga memberikan insentif kepada pengguna untuk mengasingkan sampah melalui program ganjaran.

Boleh Kesan Jalan Berlubang, Idea Digital Dari Sarawak Ini Bakal Direalisasikan Untuk Seluruh Negara
Pasukan Skoupidia yang diketuai oleh Norhamizan (paling kiri) dalam majlis penyampaian hadiah yang diadakan secara virtual di Facebook LIVE Cradle Fund Sdn Bhd

Reaksi gembira mereka juga sempat dirakam ketika diumumkan sebagai pemenang dalam majlis penyampaian hadiah MYHackathon 2020 Kuching yang dilakukan secara atas talian di Facebook LIVE Cradle Fund Sdn Bhd.

MENANG GUYS NO 1 NO 1 NO 1 WOIIIIII https://t.co/OkHmKGZadr pic.twitter.com/afaFWZzDLx

— mizan and it’s raining (@chottoholdup) December 7, 2020

Norhamizan yang juga merupakan pegawai kanan jurutera perisian di Samarahan menerima habuan lumayan berupa wang tunai berjumlah sebanyak RM 10,000.

Tahniah diucapkan kepada anak Sarawak yang berjaya menyumbang idea pintar melalui pertandingan inovatif seperti ini. Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi kepada anak-anak Sarawak yang lain untuk terus belajar dan bergerak ke hadapan.

Baca juga artikel ini untuk mengetahui kejayaan lain yang telah dicapai oleh anak Sarawak dalam bidang startup dan teknologi :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lapangan Terbang Mukah Baharu Dijangka Akan Beroperasi Seawal Suku Kedua Tahun Hadapan
Next Article 100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa 100% Guna Bahasa Melanau, Filem Tempatan Melanau Ini Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?