• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Maut Dibelasah Rakan Asrama, 13 Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Ditahan

Oleh
Aina Musa
23 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Maut Dibelasah Rakan Asrama, 13 Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Ditahan

Takziah diucapkan buat mangsa

Maut Dibelasah Rakan Asrama, 13 Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Ditahan. Seorang pelajar lelaki sebuah kolej vokasional ditemui mati dalam bilik asrama dipercayai akibat dibelasah rakan awal pagi semalam.

Mangsa Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui warden asrama yang bertugas pada pukul 6.50 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Maut Dibelasah Rakan Asrama, 13 Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Ditahan. Sumber: Kosmo

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis, Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada pengarah kolej terbabit.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan Hospital Lahad Datu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa.

“Punca kejadian adalah daripada perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Rohan Shah memaklumkan, pihak polis setakat ini sudah menahan 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun dan merampas pengecas telefon pintar.

“Setakat ini, polis telah mengesan tujuh saksi bebas untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikuti Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Hina Kalimah Allah Di Media Sosial, Dua Lelaki Dikenakan Hukuman Penjara
Lelaki Ini Ditahan Gara-Gara Miliki 16 Senjata Tiruan Di Lahad Datu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Malaysia Tolak Tawaran Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026
Next Article Konfem Belalak, Ini Resipi Umai Obor-Obor Yang Ringkas Dan Mudah Konfem Belalak, Ini Resipi Umai Obor-Obor Yang Ringkas Dan Mudah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?