• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

16 Jalan Dan Parkir di Kota Kinabalu Ditutup Sementara Sepanjang Ramadan

Oleh
Ismail NA
1 Mac 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Jalan dan Ruang Letak Kenderaan Ini Ditutup Bagi Menampung Bazar Ramadan

16 Jalan Dan Parkir di Kota Kinabalu Ditutup Sementara Sepanjang Ramadan. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengumumkan penutupan sementara sebanyak 16 lokasi yang melibatkan jalan dan kawasan letak kereta di sekitar bandar bermula esok sehingga 30 Mac bagi menyokong penganjuran Bazar Ramadan.

Langkah ini diambil bagi memastikan kelancaran dan keselamatan semasa pelaksanaan bazar yang semakin dinanti-nantikan oleh warga ibu kota.

16 Jalan Dan Parkir di Kota Kinabalu Ditutup Sementara Sepanjang Ramadan
16 Jalan Dan Parkir di Kota Kinabalu Ditutup Sementara Sepanjang Ramadan. Kredit foto: BERNAMA

Lokasi-Lokasi Terlibat

Penutupan sementara ini akan bermula pada jam 1 petang dan berakhir pada jam 7 malam setiap hari. Antara lokasi yang ditutup sementara termasuk:

  • Indah Permai (kawasan tempat letak kereta bersebelahan Bataras).
  • Padang Merdeka (kawasan tempat letak kereta)
  • Jalan Bandaran dan tempat letak kereta Lintasan Deasoka
  • Dataran Lintasan Deasoka
  • Pasar Malam Sembulan
  • Tanjung Aru (kawasan tempat letak kereta hadapan Daily Express)
  • Pasar Malam Inanam
  • Pasar Malam Inanam Point
  • Pasar Malam Manggatal
  • Pasar Malam Kingfisher
  • Plaza Manggatal
  • University Apartment (UA)
  • University Utama Square (UUS)
  • Pasar Malam KK City Night Market (sebelah bangunan UMNO)
  • 88 Marketplace
  • Plaza Juta Likas
  • Taman Awam DBKK Sungai Darau Greenway (hadapan bangunan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan / Mini Putrajaya.

Orang Ramai Dinasihatkan untuk Menggunakan Laluan Alternatif

Dalam kenyataannya, DBKK menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi arahan anggota penguatkuasa yang bertugas. Pengguna jalan disarankan untuk menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan keselamatan semasa pergerakan. Langkah ini dijangka akan membantu menguruskan trafik dengan lebih berkesan dan memberi ruang yang mencukupi untuk penganjuran bazar yang penuh meriah itu.

Bazaar Ramadan yang pastinya dinanti-nantikan

Bazar Ramadan bukan sekadar tempat membeli barangan keperluan, malah ia menjadi platform komuniti untuk berkumpul, menikmati juadah tradisional dan merasai semangat Ramadan. Dengan penutupan lokasi-lokasi strategik ini, DBKK berharap suasana bazar akan lebih teratur dan menyenangkan untuk semua pengunjung.


Dengan persiapan rapi dari pihak DBKK dan kerjasama semua pihak, diharapkan Bazar Ramadan tahun ini akan berlangsung dengan lancar dan memberikan pengalaman yang memuaskan kepada seluruh warga Kota Kinabalu. Pastikan anda sentiasa mengikuti arahan dan menikmati keunikan bazar sambil menjaga keselamatan diri.

Ini pula senarai acara menarik pada bulan Mac 2025 di Sabah

Ini Senarai Event Menarik Di Sabah Sepanjang Bulan Mac 2025
SUMBER :Sabah Media
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Perkara Makruh Yang Perlu Dielakkan Ketika Berpuasa Ini Perkara Makruh Yang Perlu Dielakkan Ketika Berpuasa
Next Article Berita Baik, Kerajaan Sarawak Rancang Bina 20,000 Unit Rumah Mampu Milik

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?