• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

17 Juta Data MyKad Didakwa Bocor Dan Dijual Di Dark Web, Ini Langkah Yang Anda Perlu Tahu

Oleh
Farisha
4 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

17 Juta Data MyKad Didakwa Bocor Dan Dijual Di Dark Web, Rakyat Malaysia Kini Dalam Bahaya?

17 Juta Data MyKad Didakwa Bocor Dan Dijual Di Dark Web, Ini Langkah Yang Anda Perlu Tahu. Malaysia digemparkan dengan dakwaan kebocoran 17 juta data MyKad yang kini dikatakan dijual di laman web gelap (dark web). Isu ini mencetuskan kebimbangan ramai kerana potensi risiko kecurian identiti dan penipuan kewangan.

Baru-baru ini, seorang pengguna di platform media sosial X, @StealthMole telah mendakwa bahawa sejumlah besar data kad pengenalan rakyat Malaysia bocor dan sedang dijual di pasaran gelap dalam talian.

17 Juta Data MyKad Didakwa Bocor Dan Dijual Di Dark Web, Ini Langkah Yang Anda Perlu Tahu
17 Juta Data MyKad Didakwa Bocor Dan Dijual Di Dark Web, Ini Langkah Yang Anda Perlu Tahu

Dalam hantaran yang mula tular pada hari Rabu, individu tersebut turut menyertakan gambar MyKad sebagai bukti kebocoran.

Data Bocor = Risiko Besar

Menurut @StealthMole, data yang bocor ini berpotensi digunakan oleh penjenayah untuk tujuan yang tidak bertanggungjawab seperti:

  • Pencurian identiti – Anda mungkin terkejut apabila tahu identiti anda digunakan untuk membuka akaun palsu.
  • Penipuan kewangan – Bayangkan duit simpanan anda lesap gara-gara maklumat peribadi disalahgunakan.

Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang menyiasat dakwaan ini. Walaupun siasatan masih dijalankan, netizen sudah mula meluahkan rasa marah dan risau di media sosial.

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Sekarang?

Walaupun kita hanya mampu menunggu siasatan rasmi, ini beberapa langkah proaktif yang boleh anda ambil:

  1. Pantau akaun bank dan perkhidmatan kewangan – Periksa sebarang transaksi yang mencurigakan.
  2. Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA) – Terutama untuk akaun penting anda.
  3. Jangan dedahkan maklumat peribadi – Berhati-hati apabila berkongsi maklumat di internet.

Kebocoran data bukanlah perkara kecil, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Sama ada dakwaan ini benar atau tidak, isu ini wajar dijadikan peringatan kepada semua pihak tentang betapa pentingnya keselamatan data peribadi kita. So, Malaysia, adakah kita bersedia untuk menangani ancaman siber seperti ini?

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai data peribadi bocor di internet:

Tular Data Guru Dan Murid Berserta Nombor IC Bocor Di Internet
Data Orang Kuching Dan Serian Hampir Tergadai, Pangkalan Data JPN Disyaki Bocor Dan Dijual Di Dark Web
SUMBER :MajoritiLaman X
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SMK Chung Hua Miri Ukir Sejarah, Raih Emas Di World Robot Olympiad 2024 Turkeye
Next Article Luruan Monsun Dijangka Melanda Sarawak Mulai 8 Hingga 14 Disember

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?