• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

SMK Chung Hua Miri Ukir Sejarah, Raih Emas Di World Robot Olympiad 2024 Turkeye

Oleh
Farisha
4 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

SMK Chung Hua Miri harumkan nama Sarawak di World Robot Olympiad 2024

SMK Chung Hua Miri Ukir Sejarah, Raih Emas Di World Robot Olympiad 2024 Turkeye. Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua Miri mencipta sejarah apabila meraih kejayaan luar biasa di World Robot Olympiad (WRO) International Final 2024, yang berlangsung di Izmir, Turkiye, pada 28 hingga 30 November lalu.

Pasukan ini berjaya membawa pulang 1 pingat emas, 1 pingat perak, 1 pingat gangsa dan 1 anugerah kecemerlangan.

SMK Chung Hua Miri Ukir Sejarah, Raih Emas Di World Robot Olympiad 2024 Turkeye
SMK Chung Hua Miri Ukir Sejarah, Raih Emas Di World Robot Olympiad 2024 Turkeye. Sumber foto: UKAS

Keputusan ini menjadikan SMK Chung Hua Miri sebagai penyumbang utama kepada kejayaan Malaysia yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan berprestij tersebut.

Pencapaian Luar Biasa

Pasukan Robomission Junior berjaya muncul juara dalam kategori mereka, manakala pasukan Robomission Senior meraih tempat kedua. Tidak ketinggalan, pasukan Robosport memperoleh tempat ketiga, sementara pasukan Future Innovators membawa pulang Anugerah Kecemerlangan dengan menduduki tempat keempat.

Secara keseluruhan, Malaysia berjaya memperoleh 2 pingat emas, 3 pingat perak, 1 pingat gangsa dan 3 anugerah kecemerlangan, daripada 8 kategori yang dipertandingkan, sekaligus mengukuhkan kedudukan negara di arena antarabangsa.

Kejohanan Bertaraf Dunia

Bertemakan ‘Earth Allies’, WRO 2024 menghimpunkan 3,116 peserta dari 87 negara yang ditugaskan menghasilkan inovasi robotik untuk melestarikan alam sekitar. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan, memuji pencapaian ini sebagai kebanggaan negara.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa Malaysia memiliki bakat luar biasa dalam bidang robotik dan inovasi teknologi,” katanya menurut laporan UKAS.

Komitmen Menuju Kecemerlangan

SMK Chung Hua Miri terus membuktikan keunggulan mereka sebagai sekolah cemerlang dalam bidang robotik. Dedikasi dan usaha gigih para pelajar serta bimbingan berkualiti daripada mentor telah menjadi faktor utama kejayaan ini.

Tahniah kepada SMK Chung Hua Miri dan kontinjen Malaysia atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus cemerlang dalam bidang sains dan teknologi.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kejayaan anak Sarawak yang mengharumkan nama Malaysia:

Raih 15 Pingat Emas, Akademi Tarian Tyng Harumkan Nama Sarawak Di Kejohanan Dancesport Antarabangsa
Sarawak Raih Pingat Emas Pertama Dalam Acara Wushu Di SUKMA
SUMBER :UKAS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Kali Berubah Wajah, Bangunan FourPoints Sheraton Bakal Diambil Alih Hotel 5 Bintang 2 Kali Berubah Wajah, Bangunan FourPoints Sheraton Bakal Diambil Alih Hotel 5 Bintang
Next Article 17 Juta Data MyKad Didakwa Bocor Dan Dijual Di Dark Web, Ini Langkah Yang Anda Perlu Tahu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?