• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

17 Sekolah Di Kawasan Bandar Bintulu Catat Kes Positif COVID-19

Oleh
Husna Hazmi
15 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

17 sekolah di kawasan bandar Bintulu telah sahkan kes positif di sekolah mereka.

17 Sekolah Di Kawasan Bandar Bintulu Catat Kes Positif COVID-19. Dilaporkan bahawa, berdasarkan statistik daripada Pejabat Kesihatan Bintulu menunjukkan bahawa 17 sekolah di kawasan bandar Bintulu telah mencatatkan kes positif Covid-19.

17 Sekolah Di Kawasan Bandar Bintulu Catat Kes Positif COVID-19
17 Sekolah Di Kawasan Bandar Bintulu Catat Kes Positif COVID-19. Gambar sebagai hiasan

Pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR)

Menteri Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu (BDDMC) yang bertugas Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, oleh kerana peningkatan kes positif yang mendadak melibatkan sekolah di kawasan bandar, jawatankuasa itu telah mencadangkan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) untuk mereka dalam usaha untuk menghentikan jangkitan Covid-19 lebih lanjut di kalangan pelajar sekolah, guru dan kakitangan.

Dalam satu kenyataan pada hari ini, beliau berkata bahawa cadangan itu telah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan untuk dipertimbangkan.

Dr Rundi turut berkata buat masa ini sekolah yang berada di luar kawasan bandar boleh meneruskan kelas secara fizikal kerana tiada kes positif Covid-19 yang dilaporkan di sekolah mereka.

Beliau juga turut menambah PdPR tidak akan berkesan untuk sekolah-sekolah di kawasan luar bandar kerana kekurangan sambungan internet.

17 Sekolah Di Kawasan Bandar Bintulu Catat Kes Positif COVID-19
Gambar sebagai hiasan

Beri kerjasama sepenuhnya dan selalu mematuhi prosedur operasi standard

“Saya ingin mengingatkan masyarakat untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dan selalu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penanggulangan Bencana Negeri,” tambah beliau.

Dr Rundi juga mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang tidak disahkan lagi di media sosial untuk mengelakkan menimbulkan rasa panik dan kegelisahan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terima SMS, Emel Atau WhatsApp dari Maybank Untuk Log Masuk? Hati-hati, Ia Mungkin Satu Scam Terima SMS, Emel Atau WhatsApp dari Maybank Untuk Log Masuk? Hati-hati, Ia Mungkin Satu Scam
Next Article Upah ‘Cekik Darah’ Isi Borang enterSarawak, Suspek Tawar Perkhidmatan Kini Diburu Polis

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?