• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Upah ‘Cekik Darah’ Isi Borang enterSarawak, Suspek Tawar Perkhidmatan Kini Diburu Polis

Oleh
Husna Hazmi
15 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Pihak berkuasa kini memburu suspek yang menawarkan perkhidmatan mengisi borang enterSarawak untuk memasuki negeri Sarawak.

Upah ‘Cekik Darah’ Isi Borang enterSarawak, Suspek Tawar Perkhidmatan Kini Diburu Polis. Dilaporkan bahawa, pihak polis telah mengenalpasti seorang wanita yang disyaki suspek menawarkan perkhidmatan mengisi borang enterSarawak untuk memasuki negeri Sarawak.

Upah 'Cekik Darah' Isi Borang enterSarawak, Suspek Tawar Perkhidmatan Kini Diburu Polis
Upah ‘Cekik Darah’ Isi Borang enterSarawak, Suspek Tawar Perkhidmatan Kini Diburu Polis

Suspek melalui Facebook menawarkan perkhidmatan

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail, suspek melalui Facebook menawarkan perkhidmatan tersebut dengan bayaran RM130.00 bagi setiap permohonan.

Suspek dipercayai mendakwa dirinya sebagai kakitangan Jawatankuasa Pengurusan Bencara Negeri Sarawak (JBPNS) dan boleh meluluskan permohonan tersebut.

“Bagaimanapun, semakan dengan JPBNS mendapati mereka tidak pernah melantik atau memberi kebenaran kepada mana-mana individu luar untuk bertindak bagi pihak JPBNS dalam sebarang urusan.

“Susulan itu, polis sedang menjalankan siasatan kes ini di bawah seksyen 420/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan menipu,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Upah 'Cekik Darah' Isi Borang enterSarawak, Suspek Tawar Perkhidmatan Kini Diburu Polis

Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara tidak kurang dari setahun dan tidak lebih 10 tahun

Oleh itu, jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara tidak kurang dari setahun dan tidak lebih 10 tahun serta boleh dikenakan sebat dan denda.

Walaubagaimanapun, polis setakat ini masih belum dapat mendedahkan identiti suspek.

Datuk Aidi Ismail turut berkata, satu laporan berhubung perkara tersebut diterima pada 12 April baru-baru ini.

Beliau menasihatkan orang ramai agar membuat permohonan enterSarawak melalui saluran yang betul. Untuk sebarang kemusykilan dan maklumat berkaitan tatacara kemasukan ke Sarawak boleh menghubungi Bilik Operasi JPBN Sarawak di talian 082-443991.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 17 Sekolah Di Kawasan Bandar Bintulu Catat Kes Positif COVID-19
Next Article TERKINI: Sarawak Sekali Lagi Catat Kes COVID-19 Tertinggi Di Malaysia Dengan 512 Kes Positif

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?