• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

18 Bulan Penjara, Denda RM3,000 Jika Goda Isteri Orang Di Sabah

Oleh
Aina Musa
24 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
18 Bulan Penjara, Denda RM3,000 Jika Goda Isteri Orang Di Sabah

Ganggu rumah tangga orang lain juga dianggap jenayah

18 Bulan Penjara, Denda RM3,000 Jika Goda Isteri Orang Di Sabah. Lelaki Islam yang menggoda isteri orang di Sabah boleh dikenakan tindakan di bawah enakmen Mahkamah Anak Negeri (MAN) Sabah.

Malah denda yang dikenakan kepada pesalah lebih besar di bawah enakmen MAN Sabah jika melibatkan perbuatan seorang lelaki memikat isteri orang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menjelaskan bahawa Sabah juga mempunyai enakmen di bawah Mahkamah Syariah Sabah.

18 Bulan Penjara, Denda RM3,000 Jika Goda Isteri Orang Di Sabah. Sumber: Astro Awani

“Di Sabah pun kita ada enakmen berkenaan iaitu Seksyen 86 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995, tetapi enakmen MAN pun ada.

“Malah undang-undang dalam enakmen MAN Sabah lebih besar dari segi dendanya iaitu tiga ekor ternakan dan jika tidak mematuhi boleh dikenakan 18 bulan penjara atau denda sebanyak RM3,000,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Mahkamah Syariah Kota Kinabalu di Likas pada Selasa.

Dalam lawatan itu turut dihadiri oleh Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah yang hadir untuk menyempurnakan lawatan rasmi pentadbiran kerajaan Selangor.

Jelas beliau lagi, kes gangguan rumah tangga membabitkan orang ketiga bagi mereka yang beragama Islam juga boleh dikenakan hukuman tersebut berdasarkan adat di Sabah di bawah enakmen MAN.

“Bagaimanapun, setakat ini belum ada kes berkenaan berlaku termasuk di Mahkamah Syariah dan mudah-mudahan ia tidak akan berlaku,” katanya.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai cadangan mewujudkan enakmen baharu, Mohd Ariffin memaklumkan, ia akan dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun ini juga.

“Insya-Allah dalam Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Negeri Sabah (JAKTUS) ini akan menyusun bersama-sama mengenai enakmen ini dan ia dipengerusikan oleh Peguam Besar Negeri Sabah, mudah-mudahan apabila selesai kita boleh bawa ke DUN Sabah.

“Kita jangka pertengahan sidang DUN satu atau dua Rang Undang-Undang (RUU) kita bentangkan dan selebihnya kita akan bincangkan selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengwujudan tiga enakmen baharu iaitu Enakmen Mahkamah Syariah 2024, Enakmen Pengangkatan Orang Islam 2024 dan Enakmen Perwarisan Harta Pusaka Orang Islam 2024 yang dibentangkan Ketua Hakim Syarie Sabah, Ahadin Arinen.

Baca lagi artikel menarik:

Sindiket Dadah Terbesar Di Sabah, Lagi 8 Individu Termasuk Bekas Polis Kini Dikehendaki
Saksi Dakwa Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah Terima Rasuah RM31 Juta
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Resipi Asli Umai Ikan, Makanan Tradisional Kaum Melanau Ini Resipi Asli Umai Ikan, Makanan Tradisional Kaum Melanau
Next Article Cikgu Dari Betong Yang Berkongsi Sejarah Agong Kepada Murid Tarik Perhatian Tengku Hassanal Cikgu Dari Betong Yang Berkongsi Sejarah Agong Kepada Murid Tarik Perhatian Tengku Hassanal

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?