• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Resipi Asli Umai Ikan, Makanan Tradisional Kaum Melanau

Oleh
Ismail NA
24 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Ini Resipi Asli Umai Ikan, Makanan Tradisional Kaum Melanau

Selalu jumpa umai penuh dengan bawang jer? Buat sendiri lah, jom!

Ini Resipi Asli Umai Ikan, Makanan Tradisional Kaum Melanau. Adakah anda pencinta makanan Melanau yang dipanggil umai? Umai merupakan salah satu daripada makanan tradisi masyarakat Melanau yang sudah menjadi makanan ikonik tanpa mengira bangsa di Sarawak.

Hidangan ini juga kebiasaannya dihidangkan sewaktu keramaian dalam kalangan masyarakat Melanau, atau pun untuk santapan makan tengah hari di hari-hari biasa.

Ini Resipi Asli Umai Ikan, Makanan Tradisional Kaum Melanau
Ini Resipi Asli Umai Ikan, Makanan Tradisional Kaum Melanau

Dalam artikel kali ini, kami ingin menunjukkan kepada anda resipi asli umai Melanau yang diperbuat daripada ikan empirang. Oh ya, selain ikan empirang, anda juga boleh menggunakan ikan lain seperti ikan merah, ikan bawal, dan ikan yu.

Bahan-bahan

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar bersaiz kecil
  • 1/2 inci halia
  • 5 biji cili kecil (mengikut selera masing-masing)
  • 2 biji cili merah besar
  • 12 biji limau kasturi
  • 1 inci belacan
  • 10 ekor ikan empirang
  • Cuka

Cara-cara membuatnya

  1. Siang ikan empirang. Buang kepala, ekor, dan siripnya. Pastikan anda menggunakan pisau yang tajam. Bermula dari bahagian ekor, hiris ikan secara melintang sehingga ke hujung sehingga ia menjadi satu filet panjang. Semasa anda menghiris, pastikan kedudukan pisau anda sentiasa pada sudut 180 darjah bagi mengelakkan anda terhiris filet sekali bersama tulang-tulangnya. Ulang perbuatan yang sama di bahagian sebelah ikan pula.
  2. Kemudian, hiris filet tadi dengan nipis.
  3. Setelah siap, tambahkan cuka ke dalam hirisan ikan dan biarkan seketika.
  4. Sementara itu, kupas bawang merah, bawang putih dan tumbuk sekali bersama cili kecil, cili merah besar, halia dan belacan. Tumbuk sehingga lumat. Anda juga boleh menggunakan pengisar makanan untuk lebih cepat dan mudah.
  5. Campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam filet ikan dan gaul sebati.
  6. Potong limau kasturi dan perahkannya ke dalam campuran. Perah jusnya saja ya, biji sila buang.
  7. Tambah garam dan perasa (ajinomoto) secukup rasa. *Jika anda tidak mahu menambah perasa tambahan ke dalam makanan, kami cadangkan anda untuk menggunakan garam Himalaya kerana ia memberikan rasa 2 dalam 1 (rasa masin yang sama seperti anda menambahkan perasa ke dalam makanan).
  8. Hiris bawang besar dan tabur ke atas umai. Jangan terlalu banyak, nanti jadi umai bawang pula. Siap!

Anda boleh memakannya terus atau menyimpannya di dalam peti sejuk seketika. Hidangan umai ikan empirang ini sangat sesuai dimakan bersama nasi panas, sagu atau dimakan begitu sahaja. Kalau nak cuba stail asli orang Melanau, makanlah bersama sagu dan teh panas. Duduk pula dekat beranda sambil ditiup angin petang, memang layan.

Ini Resipi Asli Umai Ikan, Makanan Tradisional Kaum Melanau
Ini Resipi Asli Umai Ikan, Makanan Tradisional Kaum Melanau

Untuk lebih kepastian, anda juga boleh menonton video resipi umai yang telah kami terbitkan di Youtube kami:

Selamat mencuba! Jangan lupa komen, like, share dan subscribe!

Selain itu, baca juga resipi asli Sarawak yang lain:

Bila Musim Durian, Elok Sangat Buat Resipi Sambal Bilis Tempoyak Ni
Resipi Talam Sarawak, Confirm Sedap & Mudah Dibuat
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Media Lapor Doktor Hindu Di Sarawak Tidak Dapat Layanan Setara Untuk Cuti Thaipusam
Next Article 18 Bulan Penjara, Denda RM3,000 Jika Goda Isteri Orang Di Sabah 18 Bulan Penjara, Denda RM3,000 Jika Goda Isteri Orang Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?