• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

2 Bulan Diekori Oleh Stalker, Remaja Hilang Tangan Dan Kaki Akibat Digilis Keretapi

Oleh
Nazihah AN
12 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
2 Bulan Diekori Oleh Stalker, Remaja Hilang Tangan Dan Kaki Akibat Digilis Keretapi

Remaja tersebut ditolak oleh dua orang individu yang tidak dikenali

2 Bulan Diekori Oleh Stalker, Remaja Hilang Tangan Dan Kaki Akibat Digilis Keretapi. Seorang gadis berusia 16 tahun di Uttar Pradesh, India, mengalami tragedi yang mengerikan apabila dia mengalami kehilangan kedua-dua kakinya dan juga tangan kirinya, serta beberapa patah tulang, setelah ditolak ke arah kereta api dari arah hadapan oleh dua lelaki yang mengekorinya selama dua bulan.

Menurut sebuah laporan oleh Indian Express, awalnya pihak polis di Bareilly mendakwa bahawa peristiwa tersebut mungkin adalah percubaan bunuh diri yang disebabkan oleh masalah hubungan percintaan.

2 Bulan Diekori Oleh Stalker, Remaja Hilang Tangan Dan Kaki Akibat Digilis Keretapi
Gambar sekadar hiasan

Kejadian tersebut telah disisasat menerusi rakaman CCTV oleh pihak polis

Namun, salah seorang ahli keluarga mangsa, yang juga merupakan peguam, telah melaporkan dan menuduh dua individu dari kampung tempat tinggal mangsa sebagai suspek dalam insiden tersebut.

Polis kemudian mengesahkan, “Kami telah menerima laporan dan pengadu telah menamakan dua individu dari kampung yang sama dengan orang yang menolak anak saudaranya ke laluan kereta api. Kami kini menyiasat rakaman CCTV sedia ada untuk menentukan sama ada mangsa diekori suspek .”

 2 Bulan Diekori Oleh Stalker, Remaja Hilang Tangan Dan Kaki Akibat Digilis Keretapi
Gambar sekadar hiasan

Rupanya mangsa telah membuat laporan di balai polis kawasan namun tidak diendahkan

Malangnya, mangsa sebelum ini melaporkan diekori dua lelaki itu kepada keluarganya dan juga pihak berkuasa sejak sebulan lalu, namun tiada tindakan diambil. Keluarga mangsa berkata,

“Dia telah memberitahu kami bahawa dia diekori oleh dua lelaki itu sepanjang perjalanannya, dan kami telah melaporkannya kepada balai polis kawasan sebulan lalu, tetapi tiada tindakan diambil.”

Mangsa kini berada di hospital swasta, menjalani prosedur pembedahan yang panjang dan rumit. Menurut pihak hospital, keadaannya kini dianggap serius.

2 Bulan Diekori Oleh Stalker, Remaja Hilang Tangan Dan Kaki Akibat Digilis Keretapi
Gambar sekadar hiasan

Tiga anggota polis telah disiasat dan digantung tugas kerana gagal mengambil tindakan sebelumnya

Yogi Adityanath, Ketua Menteri Uttar Pradesh, telah mengeluarkan pampasan sebanyak 500,000 rupee (RM28,426) kepada keluarga gadis itu dan mengarahkan semua rawatan perubatan yang diperlukan diberikan kepadanya.

Sebagai langkah lanjut, tiga anggota polis telah disiasat dan digantung tugas kerana gagal mengambil tindakan sebelum ini berhubung laporan yang dibuat mangsa dan keluarganya sehingga menimbulkan kisah sedih yang kini memilukan sebuah negara.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di bawah:

Kecuaian Sebuah Hospital, Anak Meninggal Dunia Selepas Diberikan Antibiotik
Henti Operasi Tiba-Tiba, MAVCOM Arah MyAirline Bayar ‘Refund’ Kepada Penumpang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pekerja Sarawak Oil & Gas Sempat Rakam Situasi Peperangan Palestin-Israel
Next Article Terkini Tragedi Bot Karam Di Kampung Beradik, Pelajar Sekolah Antara Mangsa Terlibat Terkini: Tragedi Bot Karam Di Kampung Beradik, Pelajar Sekolah Antara Mangsa Terlibat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?