• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

2 Gadis Sarawak Terpilih Wakili Malaysia Untuk Kejuaraan Ragbi Asia Di Dubai

Oleh
Ismail NA
30 Ogos 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Girl power!

2 Gadis Sarawak Terpilih Wakili Malaysia Untuk Kejuaraan Ragbi Asia Di Dubai. Sebut sahaja sukan ragbi, pasti ianya sinonim dengan gerakan yang pantas dan lasak. Malah, ramai yang menganggap bahawa sukan ini terlalu kasar untuk dimainkan oleh para wanita. Namun demikian, dua gadis Sarawak ini berjaya memecahkan norma itu dengan meletakkan diri dalam pasukan ragbi kebangsaan.

Isi Isi Penting
  • Girl power!
  • Fidelia dan Cindy, gadis ragbi asal Miri dan Bario
  • Siri Ragbi Wanita 7 Sebelah Asia merupakan siri kelayakan ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2022
  • Baru-baru ini, seorang pemain ragbi Sarawak telah ditawarkan ke Liga Ragbi Jerman. Baca selanjutnya di sini :

Fidelia Limang Telajan dan Cindy John Pasan merupakan pemain ragbi wanita Sarawak yang telah dipanggil untuk melengkapkan skuad kebangsaan bagi menghadapi persiapan ke Kejuaraan Ragbi Wanita 7 Sebelah Asia yang akan berlangsung di Dubai, November depan.

Fidelia dan Cindy, gadis ragbi asal Miri dan Bario

Untuk pengetahuan anda, Fidelia merupakan atlet Sarawak yang berusia 28 tahun dan mempunyai prestasi yang agak memberangsangkan dalam skuad ragbi wanita negara. Beliau bukan sahaja menyerlah di peringkat negeri, tetapi juga beliau pernah mewakili Malaysia sebagai pemain utiliti, pemain yang mempunyai kebolehan untuk bermain di beberapa posisi. Fidelia yang bertindak sebagai pemain forward dan backline telah membantu Malaysia di temasya Sukan SEA 2015 Singapura, Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dan Sukan SEA Myanmar 2019.

2 Gadis Sarawak Terpilih Wakili Malaysia Untuk Kejuaraan Ragbi Asia Di Dubai
2 Gadis Sarawak Terpilih Wakili Malaysia Untuk Kejuaraan Ragbi Asia Di Dubai. Sumber : Facebook
2 Gadis Sarawak Terpilih Wakili Malaysia Untuk Kejuaraan Ragbi Asia Di Dubai
Fidelia (bertopi kuning) diserang oleh pemain dari Thailand semasa perlawanan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Sumber : BERNAMA

Gadis Miri ini juga pertama kali bermain untuk Malaysia pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan. Fidelia juga telah membantu skuad negara meraih pingat perak dalam Kejuaraan Ragbi 7 Sebelah Wanita Asia di Vientiane, Laos pada tahun 2016.

Walaupun pernah mengumumkan keputusan untuk bersara, namun nampaknya hasrat tersebut masih ditangguhkan oleh Fidelia memandangkan khidmatnya masih diperlukan oleh kem kebangsaan untuk sukan ragbi wanita negara.

Seorang lagi gadis ragbi yang bakal menyahut cabaran negara adalah Cindy John Pasan. Gadis Kelabit asal Bario berusia 24 tahun ini juga mempunyai pengalaman bermain dengan skuad negara sejak tahun 2016 lagi. Cap antarabangsanya yang pertama ialah sewaktu beraksi untuk Malaysia di Siri Ragbi Asia U20 2016 yang diadakan di Johor. Bukan itu sahaja, beliau juga mempunyai rekod turun menentang pasukan negara Asia Tenggara di Sukan SEA 2017 dan 2019. Cindy yang bermain di posisi back scrumhalf juga pernah bermain untuk Malaysia di Siri Asia 2019 serta mewakili Sarawak di Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2018.

2 Gadis Sarawak Terpilih Wakili Malaysia Untuk Kejuaraan Ragbi Asia Di Dubai
Cindy John Pasan. Sumber : Astro Arena
2 Gadis Sarawak Terpilih Wakili Malaysia Untuk Kejuaraan Ragbi Asia Di Dubai

Menurut presiden Kesatuan Ragbi Sarawak (SRU), Richard Song Swee Jin, pemilihan 2 pemain ragbi wanita dari Sarawak ini membuktikan kebanggaan Sarawak serta aspirasi wanita dalam sukan lasak ini.

Untuk pengetahuan anda, Miri merupakan pusat kecemerlangan sukan ragbi wanita di Sarawak. Pusat tersebut dikemudi oleh ketua jurulatih yang berasal dari Fiji, Benso serta dibantu jurulatih dari Majlis Sukan Negeri Sarawak, Sylvia Alexander Lian. Mereka optimis bahawa kedua-dua gadis ini akan mampu menempatkan diri dalam tonggak utama skuad ragbi wanita negara.

2 Gadis Sarawak Terpilih Wakili Malaysia Untuk Kejuaraan Ragbi Asia Di Dubai
Fidelia (kiri) dan Cindy (kanan). Foto fail The Borneo Post.

Siri Ragbi Wanita 7 Sebelah Asia merupakan siri kelayakan ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2022

Siri Ragbi Wanita 7 Sebelah Asia ini merupakan siri kelayakan untuk pasukan dari Asia melayakkan diri ke temasya Sukan Komanwel di Birmingham, UK pada tahun 2022 sekaligus Sukan Asia 2022 yang akan berlangsung di Hangzhou, China.

Tahniah dan selamat berjuang buat Fidelia dan Cindy!

Baru-baru ini, seorang pemain ragbi Sarawak telah ditawarkan ke Liga Ragbi Jerman. Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bermula Pada Tahun 1960, Ini 6 Fakta Menarik Tentang Sukan Paralimpik Bermula Pada Tahun 1960, Ini 6 Fakta Menarik Tentang Sukan Paralimpik
Next Article Kenapa 31 Ogos 1957 Dipilih Sebagai Hari Kemerdekaan Bagi Tanah Melayu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?