• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kenapa 31 Ogos 1957 Dipilih Sebagai Hari Kemerdekaan Bagi Tanah Melayu

Oleh
Husna Hazmi
31 Ogos 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Jom ketahui secara ringkas kenapa 31 Ogos dipilih sebagai hari kemerdekaan!

Kenapa 31 Ogos 1957 Dipilih Sebagai Hari Kemerdekaan Bagi Tanah Melayu. Tanggal 31 Ogos pada tahun 1957, di Dataran Padang Hilir, lebih 100 000 penduduk Tanah Melayu telah menyaksikan laungan keramat ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Gemaan laungan keramat tersebut merupakan bahagian kemuncak yang menandakan kemerdekaan Tanah Melayu daripada jajahan British.

Isi Isi Penting
  • Jom ketahui secara ringkas kenapa 31 Ogos dipilih sebagai hari kemerdekaan!
  • Apakah sebab di sebalik pemilihan tarikh 31 Ogos
  • 31 Ogos 1957 adalah tarikh yang baik
  • Tarikh pengisytiharaan kemerdekaan Tanah Melayu
  • Setiausaha Agung PBB menghantar rombongan diketuai
Kenapa 31 Ogos 1957 Dipilih Sebagai Hari Kemerdekaan Bagi Tanah Melayu
Kenapa 31 Ogos 1957 Dipilih Sebagai Hari Kemerdekaan Bagi Tanah Melayu

Apakah sebab di sebalik pemilihan tarikh 31 Ogos

Namun begitu, pernah tak korang tertanya-tanya apakah sebab di sebalik pemilihan tarikh 31 Ogos sebagai tarikh pengisytiharan kemerdekaan dan kisah di sebalik tarikh tersebut? 

Bagi menentukan tarikh yang ideal, Tunku Abdul Rahman pada awalnya berpendapat bahawa beliau perlu mendapatkan pandangan dari Mufti Pulau Pinang, Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada Abdullah Badawi) yang merupakan seorang pakar dalam ilmu fasak.

Kemudian, mesyuarat berkenaan hal ini diadakan yang dihadiri Ketua Pemuda UMNO, timbalannya dan juga Syeikh Abdullah Fahim, telah memutuskan pemilihan tarikh 31 Ogos sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

Kenapa 31 Ogos 1957 Dipilih Sebagai Hari Kemerdekaan Bagi Tanah Melayu

31 Ogos 1957 adalah tarikh yang baik

Menerusi petikan daripada Iluminasi, 31 Ogos 1957 adalah tarikh yang baik menurut kiraan Syeikh Abdullah Fahim kerana pada waktu itu, kesemua planet berada dalam kedudukan sebaris.

Syeikh Fahim juga telah berpesan kepada Tunku Abdul Rahman untuk melarang pemuda-pemuda UMNO untuk membuat kekacauan atau rampasan kuasa daripada pihak British jika mereka tidak setuju akan tarikh tersebut, kerana beliau takut perkara yang lebih buruk mungkin berlaku.

Kenapa 31 Ogos 1957 Dipilih Sebagai Hari Kemerdekaan Bagi Tanah Melayu

Tarikh pengisytiharaan kemerdekaan Tanah Melayu

Walaubagaimanpun, pihak British bersetuju dengan tarikh tersebut sebagai tarikh pengisytiharaan kemerdekaan Tanah Melayu yang kini digelar Malaysia, terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Sebenarnya, pengisytiharan gagasan Malaysia juga sepatutnya diadakan pada 31 Ogos, tetapi kelewatan laporan dari PBB telah menyebabkan tarikh pengisytiharan Malaysia ditunda kepada 16 September 1963.

Kenapa 31 Ogos 1957 Dipilih Sebagai Hari Kemerdekaan Bagi Tanah Melayu

Setiausaha Agung PBB menghantar rombongan diketuai

Sebelum itu, Setiausaha Agung PBB menghantar rombongan diketuai Lawrence Michaelmore ke Sabah dan Sarawak dari 16 Ogos hingga 5 September 1963 dan mendapati majoriti rakyat Sabah serta Sarawak menyokong gagasan Malaysia. Sebab itu lah tarikh kemerdekaan sebenar Sabah dan Sarawak berbeza daripada tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

Walaupun Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan sedikit lambat dibandingkan Tanah Melayu, tarikh 31 Ogos tetap disambut dengan semangat patriotik yang tinggi oleh masyarakat Sabah dan Sarawak.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64 semua!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Gadis Sarawak Terpilih Wakili Malaysia Untuk Kejuaraan Ragbi Asia Di Dubai
Next Article Filem Belaban Hidup Terima Kritikan ‘Berani Mati’, Kenapa Sampai Dilabel Sampah Dan Scam?

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?