• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

2 Jam Menunggu, Akhirnya Rombongan Alphard Musa Aman Beredar Dari Istana Negeri

Oleh
ILB - AI
30 Julai 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Sumber : Harian Metro

Rombongan tersebut akhirnya meninggalkan istana negeri

2 Jam Menunggu, Akhirnya Rombongan Alphard Musa Aman Beredar Dari Istana Negeri. Rombongan beberapa buah kenderaan mewah alphard dan juga pengiring yang dikatakan kumpulan Musa Aman akhirnya beredar dari Bulatan Nenas.

Rombongan tersebut cuba untuk mendapatkan kebenaran untuk memasuki istana pada sekitar pukul 3 petang ini tadi namun tiada kebenaran diberikan untuk mereka masuk.

Politik Sabah: Rombongan Musa Aman dihalang masuk ke Istana Negeri melalui pintu utama di Bulatan Nanas kira-kira jam 3.50 petang pic.twitter.com/4dKwMsG8aD

— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) July 30, 2020

Akhirnya, setelah 2 jam menunggu maka rombangan tersebut mula meninggalkan kawasan bulatan nenas dan menghala ke satu lokasi yang masih tidak dikenalpasti.

Politik Sabah: Selepas tidak dibenarkan masuk ke Istana Negeri, kenderaan membawa rombongan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman meninggalkan kawasan pintu masuk utama di Bulatan Nenas kira-kira jam 5.30 petang. pic.twitter.com/ScSwIXiwA2

— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) July 30, 2020

Tengah hari tadi, Kumpulan Musa Aman berkumpul dan membuat sidang media yang menyatakan mereka mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Namun begitu, Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Shafie Apdal telah bertemu dengan Tuan Yang Terutama terlebih dahulu dan berjaya mendapat persetujuan untuk pembubaran DUN Sabah

Pengumuman pembubaran yang dilakukan tengah hari tadi turut disertakan dengan dokumen yang ditandatangani oleh Tuan Yang Terutama dan baru sahaja tadi, Warta Kerajaan Sabah mengenai pembubaran DUN Sabah mula tular.

2 Jam Menunggu, Akhirnya Rombongan Alphard Musa Aman Beredar Dari Istana Negeri
2 Jam Menunggu, Akhirnya Rombongan Alphard Musa Aman Beredar Dari Istana Negeri

Masih tidak berputus asa

Bekas Ketua Menteri Sabah tersebut walau bagaimanapun masih tidak berpuas hati dan memuatnaik satu keping gambar menyatakan mereka mempunyai sokongan 33 orang ADUN.

Adun adun yang menyokongnya kelihatan memenang 33 nombor berbeza bagi menandakan mereka mempunyai majoriti mudah.

Musa Aman juga melalui laman facebook rasmi beliau menyatakan keikhlasan beliau untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru di Sabah.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mulai 31 Julai 2020, Kredit ePenjana Sebanyak RM50 Boleh Ditebus Mulai 31 Julai 2020, Kredit ePenjana Sebanyak RM50 Boleh Ditebus
Next Article TERKINI : Rakyat Malaysia Yang Memasuki Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari Guna Wristband dan Hanya Kuarantin Di Rumah, Arahan Terkini Kemasukan Ke Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?