• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Guna Wristband dan Hanya Kuarantin Di Rumah, Arahan Terkini Kemasukan Ke Sarawak

Oleh
ILB - AI
30 Julai 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
TERKINI : Rakyat Malaysia Yang Memasuki Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

Guna Wristband dan Kuarantin Di Rumah, Arahan Terkini Kemasukan Ke Sarawak. Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak hari ini memaklumkan beberapa keputusan hasil perbincangan mereka iaitu seperti berikut :

Isi Isi Penting
  • Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak
  • 1. Kemasukan Warganegara Malaysia (termasuk rakyat Sarawak) dari Semenanjung, Sabah dan Labuan
  • B. Kewajipan Pemakaian Pelitup Topeng Muka
  • C. Pengurangan Tempoh Masa Operasi Perniagaan
  • LAPORAN TANGKAPAN DI SEMPADAN MALAYSIA / INDONESIA
Guna Wristband dan Kuarantin Di Rumah, Arahan Terkini Kemasukan Ke Sarawak
Guna Wristband dan Kuarantin Di Rumah, Arahan Terkini Kemasukan Ke Sarawak

1. Kemasukan Warganegara Malaysia (termasuk rakyat Sarawak) dari Semenanjung, Sabah dan Labuan

Berkuatkuasa 1 Ogos 2020, semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang masuk ke Sarawak,mereka akan dipasang “Wristband” dan dibenarkan balik ke rumah masing-masing. Mereka dikehendaki untuk diambil sampel COVID-19 pada hari pertama atau hari kedua di Klinik Kesihatan yang berdekatan.

Bagi destinasi terakhir mereka di kawasan pedalaman iaitu di luar
(Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri), mereka akan dikuarantin dan akan
diambil sampel ujian COVID-19 pada hari ke-2.
Sekiranya keputusan ujian adalah negatif, barulah mereka dibenarkan balik ke rumah tanpa perlu menyambung baki kuarantin.

B. Kewajipan Pemakaian Pelitup Topeng Muka

Berkuatkuasa 1 Ogos 2020, semua rakyat Sarawak wajib memakai pelitup topeng muka semasa berada di tempat awam, pusat beli belah, pengangkutan awam, market dan kedai makan. Tindakan akan diambil oleh pihak penguatkuasa sekiranya pengusaha premis dan pelanggan didapati tidak memakai pelitup topeng muka.

C. Pengurangan Tempoh Masa Operasi Perniagaan

Semua tempoh masa operasi perniagaan di Zon 1 meliputi Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian akan dihadkan bermula dari pukul 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Manakala bagi pengusaha stesen minyak dan kilang dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa. Arahan ini berkuatkuasa pada 1 Ogos 2020.
Nota : Pengusaha stesen minyak dan kilang yang beroperasi seperti biasa hendaklah memberi maklum (Notification) kepada JPBN

LAPORAN TANGKAPAN DI SEMPADAN MALAYSIA / INDONESIA

Pihak Jabatan Kastam DiRaja Malaysia telah berjaya mematahkan percubaan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) di Jalan Kuching / Serian. Semasa menjalankan Op Benteng, hasil pemeriksaan sebuah kenderaan sewa (van), pasukan telah menemui lima (5) orang warganegara Indonesia bersembunyi di tempat duduk belakang.

Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua penumpang warga Indonesia tersebut membawa passport tetapi tiada cop masuk dari Jabatan Imigresen. Pemandu yang merupakan warga tempatan turut ditahan untuk membantu sisatan.

Pada 29 Julai 2020, pihak ATM telah menangkap dua (2) orang PATI
warganegara Indonesia iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki di kawasan CIQ Tebedu iaitu 200 meter dari sempadan Malaysia / Indonesia.


PATI tersebut telah dibawa oleh anggota keselamatan ke Balai Polis Tebedu
dengan barang rampasan (telefon bimbit, wang tunai dan barang peribadi
bernilai RM 3,300) untuk tindakan selanjutnya.


Selain itu, tiada kes baru juga dilaporkan hari ini dan jumlah kes positif keseluruhan kekal pada 677 orang.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Jam Menunggu, Akhirnya Rombongan Alphard Musa Aman Beredar Dari Istana Negeri
Next Article KPM Tangguh Kemasukan 289 Pelajar Dari Kuching Ke Kolej Matrikulasi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?