• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

2 Platform Ini Bolehkan Anda Kibar ‘Bendera Putih’ Secara Online Dan Lihat Senarai Bank Makanan

Oleh
Ismail NA
6 Julai 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Dari kita untuk kita.

2 Platform Ini Bolehkan Anda Kibar ‘Bendera Putih’ Secara Online Dan Lihat Senarai Bank Makanan. Sejak PKP, ramai rakyat Malaysia yang dihimpit kesulitan kerana kehilangan pekerjaan dan sebagainya. Sehubungan itu, rakyat Malaysia telah melancarkan sebuah kempen kibar #BenderaPutih untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Isi Isi Penting
  • Dari kita untuk kita.
  • 1. KitaJaga.co
  • 2. SambalSOS.com
  • Sementara itu, anda juga boleh merujuk senarai bank makanan yang ada di Sabah dan Sarawak ini :

Bagi memudahkan orang awam untuk melihat atau meminta pertolongan antara satu sama lain, rakyat Malaysia telah hadir dengan buah fikiran bernas melalui teknologi dan platform digital yang bersifat lebih pantas, meluas dan efisien.

1. KitaJaga.co

Berakar umbi dari tiada sumber sehenti yang membolehkan orang ramai melihat lokasi yang memerlukan bantuan, maka rakyat Malaysia mencetuskan satu aplikasi berasaskan laman sesawang yang diberi nama KitaJaga.

Laman sesawang ini membolehkan individu memerlukan bantuan mendaftar dengan menekan butang “Perlu bantuan” dan lokasi anda akan terpapar di sini menerusi ikon berwarna merah. Malah individu yang ingin menghulurkan bantuan juga boleh berbuat demikian dengan menekan butang “Ingin bantu” dan ikon berwarna biru akan terpampang di peta lokasi yang menunjukkan lokasi anda.

Walaupun laman sesawang ini ringkas, tetapi fungsinya memadai untuk kita sama-sama membantu dan dibantu buat masa ini.

2 Platform Ini Bolehkan Anda Kibar 'Bendera Putih' Secara Online Dan Lihat Senarai Bank Makanan
2 Platform Ini Bolehkan Anda Kibar ‘Bendera Putih’ Secara Online Dan Lihat Senarai Bank Makanan

Berikut adalah contoh paparan jika anda menekan ikon biru (bank makanan) pada peta KitaJaga.co.

2 Platform Ini Bolehkan Anda Kibar 'Bendera Putih' Secara Online Dan Lihat Senarai Bank Makanan

Ini pula merupakan paparan yang akan anda lihat jika anda menekan butang ikon merah bertanda bendera putih. Di situ, anda akan melihat maklumat individu yang memerlukan bantuan, barangan yang mereka perlukan dan pautan untuk anda menghubungi mereka.

2 Platform Ini Bolehkan Anda Kibar 'Bendera Putih' Secara Online Dan Lihat Senarai Bank Makanan

Fungsi KitaJaga.co

  • Daftar untuk mohon bantuan
  • Daftar untuk hulur bantuan (sebagai bank makanan)
  • Lihat senarai lokasi yang memerlukan bantuan
  • Lihat senarai lokasi yang menghulurkan bantuan

Jika anda ingin memohon bantuan dan juga menghulurkan bantuan, tekan butang ke KitaJaga.co seperti berikut:

Bawa saya ke KitaJaga.co

2. SambalSOS.com

SambalSOS.com pula merupakan sebuah platform dalam talian yang turut sama dibangunkan oleh rakyat Malaysia bagi membolehkan rakyat Malaysia yang sedang berada dalam kesulitan untuk memberitahu kepada umum bahawa mereka memerlukan bantuan. Platform ini sebelum ini dikenali sebagai Bendera Putih App, namun dijenamakan semula sebagai SambalSOS.com untuk mencakupi lebih banyak aspek dan fungsi platform.

Kenapa SambalSOS.com?

Menurut laman Facebook rasmi mereka, ia adalah simbolik kepada makanan yang menjadi identiti rakyat Malaysia. Mengambil contoh Nasi Lemak, sambal umpama simbolik hidangan nasional tersebut yang melambangkan penyatuan pelbagai rasa, begitu juga rakyat di negara ini. SOS pula adalah kod bantuan kecemasan yang digunakan secara universal.

2 Platform Ini Bolehkan Anda Kibar 'Bendera Putih' Secara Online Dan Lihat Senarai Bank Makanan
Jadi, bagaimana untuk memberitahu orang awam bahawa anda memerlukan bantuan?

Jika anda merupakan seseorang yang berada dalam situasi yang terdesak dan memerlukan bantuan, anda hanya perlu menekan butang “Ask For Help” dan isi butiran yang diminta. Antaranya ialah sebuah foto kawasan depan rumah, alamat, dan nota seperti barangan yang anda perlukan. Kemudian, klik butang “Submit”.

2 Platform Ini Bolehkan Anda Kibar 'Bendera Putih' Secara Online Dan Lihat Senarai Bank Makanan

Bukan itu sahaja, platform yang bersifat ‘crowdsourcing‘ ini juga membolehkan orang awam yang terlihat atau ternampak mana-mana rumah atau kawasan yang memerlukan bantuan untuk turut sama melaporkannya ke dalam platform ini supaya sumbangan dapat disampaikan oleh mereka yang prihatin. Untuk melaporkan kawasan yang memerlukan bantuan, anda hanya perlu menekan butang “Report SOS” dan isi butiran seperti yang dinyatakan.

2 Platform Ini Bolehkan Anda Kibar 'Bendera Putih' Secara Online Dan Lihat Senarai Bank Makanan

Selain itu, individu yang ingin menghulurkan bantuan secara sukarela juga boleh menekan butang “Find SOS” untuk melihat kawasan yang memerlukan bantuan di sekitar anda. Bagi pihak yang ada menyediakan bank makanan juga, anda boleh mendaftarkan bank makanan anda ke dalam platform ini untuk rujukan orang ramai yang sedang kesulitan.

Fungsi SambalSOS.com

  • Memberitahu orang ramai bahawa anda memerlukan bantuan
  • Melaporkan lokasi yang memerlukan bantuan
  • Mencari lokasi yang memerlukan bantuan
  • Melihat senarai bank makanan
  • Mendaftarkan bank makanan anda
Bawa saya ke SambalSOS.com

Semoga kita semua dapat membantu sesama kita dalam masa yang kesulitan ini. Tahniah juga buat rakyat Malaysia yang hadir dengan inisiatif ini!

Sementara itu, anda juga boleh merujuk senarai bank makanan yang ada di Sabah dan Sarawak ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerap Muncul Di Sungai, 'Bujang Satok' Ini Berjaya Ditangkap Di Tebingan Kuching Kerap Muncul Di Sungai, ‘Bujang Satok’ Ini Berjaya Ditangkap Di Tebingan Kuching
Next Article 2 Remaja Maut Serta Merta Semasa Lumba Haram, Namun Salah Seorangnya Pula Positif COVID-19 2 Remaja Maut Serta Merta Semasa Lumba Haram, Namun Salah Seorangnya Pula Positif COVID-19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?