• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

2 Remaja Maut Serta Merta Semasa Lumba Haram, Namun Salah Seorangnya Pula Positif COVID-19

Oleh
ILB - AI
6 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
2 Remaja Maut Serta Merta Semasa Lumba Haram, Namun Salah Seorangnya Pula Positif COVID-19

Salah seorang positif Covid-19

2 Remaja Maut Serta Merta Semasa Lumba Haram, Namun Salah Seorangnya Pula Positif COVID-19. Dilaporkan bahawa dua remaja telah maut apabila motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan. Menurut laporan, kedua-dua mangsa dipercayai sedang berlumba di landasan Lapangan Terbang Lama Tawau.

Namun, apa yang mengejutkan adalah salah seorang mangsa tersebut didapati positif Covid-19 setelah ujian saringan dibuat ketika siasatan lanjut.

2 Remaja Maut Serta Merta Semasa Lumba Haram, Namun Salah Seorangnya Pula Positif COVID-19

Melibatkan dua remaja

Menurut laporan, Mohamad Ekhsan, 16 tahun, dan Rendy Salombe, 15 tahun, masing-masing dari Kampung Seri Menanti dan Kampung Tanjung Batu Darat maut di lokasi kejadian.

Dalam kejadian 5:30PM itu, mereka didapati terlibat dalam kemalangan apabila kedua-dua motosikal ditunggang bertembung sesama sendiri.

Mereka juga didapati tidak memiliki lesen dan kedua-dua mangsa tidak memakai topi keledar serta terbabit dalam aktiviti lumba haram.

Aftermath kejadian itu tular di media sosial, menunjukkan dua motosikal musnah dan mayat mangsa terbaring atas jalan. *amaran pencetus, video berikut menunjukkan dua mayat.

LUMBA HARAM DI TAWAU

😱 VIRAL DI TAWAU: Dua pelumba haram meninggal dunia selepas motor mereka bertembung. Salah seorang mangsa dipercayai positif COVID-19 #MySabah

Posted by My Sabah on Sunday, July 4, 2021

Polis sedang mengesan pemilik sebenar salah satu motosikal

Ia juga dilaporkan bahawa salah sebuah motosikal yang ditunggang mangsa sedang dikesan pemilik sebenarnya kerana alamat pemilik berdaftar adalah di Semporna.

Berikutan kejadian, ujian saringan Covid-19 juga mendapati bahawa salah seorang mangsa adalah positif Covid-19. Sementara itu, sampel darah kedua-dua mangsa telah diambil untuk dianalisa dan proses bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui punca kematian.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Platform Ini Bolehkan Anda Kibar ‘Bendera Putih’ Secara Online Dan Lihat Senarai Bank Makanan
Next Article Sudah Menular Ke 27 Negara, Varian COVID-19 Lambda Dipercayai Kebal Terhadap Vaksin

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?