• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Peruntuk 200 Juta Untuk Baik Pulih Sekolah Serta Klinik Daif

Oleh
Husna Hazmi
23 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Pembangunan ini akan dilaksanakan dalam masa 18 bulan

Sarawak Peruntuk 200 Juta Untuk Baik Pulih Sekolah Serta Klinik Daif. Dilaporkan bahawa, Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan Sarawak akan memperuntukkan RM200 juta bagi membangunkan semula sekolah dan klinik daif di sini.

Beliau berkata jumlah itu diperuntukkan sebagai inisiatif pembiayaan terlebih dahulu oleh Sarawak bagi projek Persekutuan di negeri ini.

Sarawak Peruntuk 200 Juta Untuk Baik Pulih Sekolah Serta Klinik Daif
Sarawak Peruntuk 200 Juta Untuk Baik Pulih Sekolah Serta Klinik Daif. Sumber foto: New Straits Times

100 juta buat sekolah daif dan 100 juta buat klinik daif

Kerajaan Sarawak telah menyediakan peruntukan RM100 juta bagi kerja baik pulih sekolah daif dan RM100 juta lagi untuk klinik daif dan perkara ini akan dilaksanakan dalam masa 18 bulan, kata beliau.

Tambah beliau lagi, melalui inisiatif (pembiayaan terlebih dahulu) ini, pihak kerajaan boleh mempercepatkan pelaksanaan projek dan Sarawak boleh mendahulukan peruntukan kemudian diikuti bayaran semula dari kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis makan malam Gawai Dayak peringkat negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada malam tadi.

Sarawak Peruntuk 200 Juta Untuk Baik Pulih Sekolah Serta Klinik Daif
Sumber foto: Sinar Harian

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin negeri Sarawak yang lain.

Pada 30 Mac lepas, PM telah mengumumkan Sarawak menjadi kerajaan negeri pertama yang membiayai terlebih dahulu projek Persekutuan di negeri itu bagi mempercepatkan pelaksanaannya.

Menurut Anwar kerjasama berkenaan yang bakal melakar sejarah akan bermula dengan pelaksanaan projek Pusat Kanser Sarawak di Kota Samarahan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Empat Atlet Sarawak Ini Terima Anugerah Ikon Sukan Belia Dayak 2024
Batang Ai Jadi Pusat Pertama di Malaysia Hasilkan Tenaga Elektrik Daripada Hidro dan Solar

SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Empat Atlet Sarawak Ini Terima Anugerah Ikon Sukan Belia Dayak 2024 Empat Atlet Sarawak Ini Terima Anugerah Ikon Sukan Belia Dayak 2024
Next Article Sarawak Sedia Jadi Hos Bersama Kerajaan Persekutuan Untuk Penganjuran Sukan SEA 2027

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?