• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerabat Diraja Selangor Dan Perak Antara VVIP Dijangka Hadir RWMF 2024 Pada 28 Hingga 30 Jun

Oleh
Farisha
20 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Sultan Selangor dan Perak antara tetamu kenamaan RWMF tahun ini

Kerabat Diraja Selangor Dan Perak Antara VVIP Dijangka Hadir RWMF 2024 Pada 28 Hingga 30 Jun. Kerabat Diraja Selangor dan Perak dijangka hadir sebagai tetamu istimewa atau VVIP pada Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2024 yang akan berlangsung dari 28 hingga 30 Jun ini di Kampung Budaya Sarawak.

Menurut sumber, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, berkata festival tahunan yang memasuki tahun ke-27 itu akan menampilkan barisan artis dan pemuzik antarabangsa terkenal sekali gus menarik kehadiran ramai dengan tetamu kenamaan.

Kerabat Diraja Selangor Dan Perak Antara VVIP Dijangka Hadir RWMF 2024 Pada 28 Hingga 30 Jun
Kerabat Diraja Selangor Dan Perak Antara VVIP Dijangka Hadir RWMF 2024 Pada 28 Hingga 30 Jun

Beliau menjelaskan bahawa Sultan Selangor dijangka hadir, manakala Sultan Perak berkemungkinan akan turut menyertai festival tersebut. Selain itu, duta-duta juga dijangka akan menghadiri festival kali ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak, Sharzede Salleh Askor menegaskan walaupun RWMF adalah acara bukan protokol, keselamatan tetap menjadi keutamaan dengan kehadiran unit protokol dan polis untuk memantau persekitaran.

Kerabat Diraja Selangor Dan Perak Antara VVIP Dijangka Hadir RWMF 2024 Pada 28 Hingga 30 Jun
Kerabat Diraja Selangor Dan Perak Antara VVIP Dijangka Hadir RWMF 2024 Pada 28 Hingga 30 Jun

Beliau menambah bahawa pengawal anjing juga akan berkawal seperti tahun-tahun sebelumnya untuk memastikan keselamatan pengunjung festival.

Sharzede turut mendedahkan bahawa kerja-kerja menaik taraf di Kampung Budaya Sarawak (SCV) sudah siap untuk mengadakan acara tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Rainforest World Music Festival 2024 Bakal Tampilkan Kitaro, Pemuzik Lagenda Dari Jepun
Ini Persediaan Untuk Anda Memeriahkan #RWMF2022 Pasca Pandemik
SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penghantar Makanan Maut, Lelaki Memandu Secara Berbahaya Didenda RM30K Di Sabah
Next Article JANS Potong 679 Sambungan Paip Haram Di Kota Kinabalu Sejak Januari Tahun Ini JANS Potong 679 Sambungan Paip Haram Di Kota Kinabalu Sejak Januari Tahun Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?