• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

23 Tahun Jadi Perokok Tegar Sehari 30 Batang, Bapa Taubat Lepas Anak Masuk Hospital

Oleh
ILB - AI
26 Julai 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Demi anak tersayang, ayah membuat keputusan untuk berhenti merokok selepas 23 tahun

23 Tahun Jadi Perokok Tegar Sehari 30 Batang, Bapa Taubat Lepas Anak Masuk Hospital. Seorang perokok tegar memutuskan untuk berhenti tabiat merokok secara tiba-tiba pada hari ke-224, selepas ketagihan selama 23 tahun.

Menerusi laman Facebook ‘B40 Buat Perangai Apa Harini’, lelaki dan juga seorang ayah itu menyatakan bahawa dia berhasrat untuk berhenti apabila dia menjaga anaknya sakit di hospital.

Disebabkan kerap keluar wad untuk menghisap rokok, apabila balik ke wad, anaknya menutup hidung kerana badan dan mulut ayahnya berbau rokok.

23 Tahun Jadi Perokok Tegar Sehari 30 Batang, Bapa Taubat Lepas Anak Masuk Hospital
Gambar hiasan. Sumber: mstar

30 batang sehari

Sementara itu, menurut sumber, dia berkata sebelum ini dia merupakan seorang perokok tegar yang mampu menghabiskan kira-kira 30 batang sehari secara purata.

Dalam pada itu, dia turut berkata, demi memenuhi ‘keperluan’ merokok tersebut, dia sanggup menghabiskan hamper RM1,000 setiap bulan hanya untuk memberli rokok.

“Rokok Peter (light) satu kotak, tambah balut rokok harvest. Masa tinggal di Singapura semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sanggup menghabiskan $300 (sekitar RM950) setiap bulan untuk rokok,” kongsinya lagi.

23 Tahun Jadi Perokok Tegar Sehari 30 Batang, Bapa Taubat Lepas Anak Masuk Hospital
Sumber: cari

Bagaimanapun, seorang ayah akhirnya tewas dek penangan anak tersayang kerana berasa malu dan bersalah terhadap anaknya.

“Lain betul penangan anak. Isteri nasihat banyak kali pun tak pernah jalan. Vape memang aku tak pernah sentuh,” ujarnya sambil mengatakan bahawa dia turut memuat naik ‘Quit Smoking Tracker’ untuk merekodkan pencapaiannya.

23 Tahun Jadi Perokok Tegar Sehari 30 Batang, Bapa Taubat Lepas Anak Masuk Hospital
Sumber: facebook

“Semoga aku terus istiqamah. Jom geng B40 semua. Sama-sama tinggalkan rokok,” tulisnya lagi di laman Facebook tersebut sambil mengajak geng B40 yang lain untuk berhenti merokok.

Warganet turut memberi sokongan, malah berkongsi cadangan

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet memberi sokongan serta memuji langkah yang diambil lelaki tersebut yang bukan sahaja berubah untuk keluarga, bahkan untuk kesihatan diri sendiri.

Bukan itu sahaja, segelintir warganet turut berkongsi saranan dan cadangan kepada lelaki berkenaan, berdasarkan pengalaman masing-masing.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Ditangkap Rokok Di Zon ‘No Smoking’ & Milik Rokok Seludup Boleh Didenda ‘Sekurang-Kurangnya RM250’
Drama Projek: High Council Ditegur Terlalu Banyak Adegan Merokok Secara Terbuka Dan Keterlaluan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Rakaman Video Sekumpulan Individu Protes Isu Kerakyatan Ragad Taib Raih Perhatian Netizen. Baru-baru ini, sebuah rakaman video telah menjadi tular di media sosial apabila sekumpulan warga bumiputera Sarawak berhimpun menjalankan protes. Tular Rakaman Video Sekumpulan Individu Protes Isu Kerakyatan Ragad Taib Raih Perhatian Netizen
Next Article Dakwa Kedai Di Pusat Beli Belah Samarahan Tidak Bayar Gaji Pekerja, Rupanya Ramai Luah Perkara Sama Dakwa Kedai Di Pusat Beli Belah Samarahan Tidak Bayar Gaji Pekerja, Rupanya Ramai Luah Perkara Sama

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?