• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Drama Projek: High Council Ditegur Terlalu Banyak Adegan Merokok Secara Terbuka Dan Keterlaluan

Oleh
ILB - AI
21 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Merokok sudah pasti membahayakan kesihatan

Drama Projek: High Council Ditegur Terlalu Banyak Adegan Merokok Secara Terbuka Dan Keterlaluan. Drama bersiri Projek: High Council meraih perhatian ramai dari penonton seluruh Malaysia kerana kehebatan jalan ceritanya, lebih-lebih lagi para pelakon yang membintanginya. Bagaimanapun, drama tersebut baru sahaja tamat ditayangkan dan sudah berakhir. Ramai yang sedih kerana masih belum ‘move on’ dengan drama itu.

Baru-baru ini, Public Health Malaysia (PHM) menyuarakan pendapat mengenai adegan yang tidak bersesuaian dengan khalayak penonton iaitu adegan merokok yang dikatakan keterlaluan.

Projek: High Council (2023)

1. Ramai yang memberi review positif untuk siri Project High Council yang ditayangkan Astro sejak 14 Jan 2023 sehingga 18 Mac 2023

2. Sinopsis: Kisah mengenai sisi gelap Sekolah Berasrama Penuh, KUDRAT & konflik melibatkan 2 beradik yang..

Thread. pic.twitter.com/8JWOazNQUc

— Public Health Malaysia (@health_malaysia) March 19, 2023

“Merokok dikalangan pelajar sememangnya satu isu bagi sekolah sekolah berasrama penuh. Namun, pelajar yang merokok di sekolah berasrama masih dilakukan secara tersembunyi bukannya secara terbuka seperti dalam drama ini.,” tulis pihak PHM di laman media sosial milik mereka.

Jangan normalisasi budaya merokok dalam masyarakat yang sudah tegar

Menerusi hantaran di Facebook dan Twitter rasmi Public Health Malaysia (PHM), pihak PHM meluahkan rasa kecewa dengan budaya yang ditonjolkan di dalam televisyen. Malah, babak merokok berulang-ulang ditunjukkan.

Drama Projek: High Council Ditegur Terlalu Banyak Adegan Merokok Secara Terbuka Dan Keterlaluan
Sumber: Facebook rasmi PHM

“Adegan Kahar, Naim dan geng mereka merokok secara terbuka di dalam bilik dorm. Tiada pelajar yang akan merokok dalam bilik dorm kerana bau asap rokok kuat dan boleh dikesan warden.

“Watak utama wanita Mia, yang merupakan tokan rokok dan juga seorang perokok.

“Merokok semasa sedang dating. Ya, Naim dan Mia merokok bersama semasa dating dan adegan ini berulang kali ditayangkan,” ujar PHM lagi.

Bukan itu sahaja, pihak PHM turut mempersoalkan bagaimana watak adik beradik Naim dan Fakri boleh merokok di halaman rumah mereka sendiri.

Drama Projek: High Council Ditegur Terlalu Banyak Adegan Merokok Secara Terbuka Dan Keterlaluan
Sumber: FUH.MY

“Tiada ibu bapa yang membenarkan anak bawah umur merokok di halaman rumah. Dalam drama ini, kenapa rokok hanya diletakkan di dalam laci pelajar, bukannya disorok di tempat yang lebih rumit.

Inilah tanggungjawab sosial PHM untuk memberi kesedaran kepada masyarakat

Dalam pada itu, PHM juga memberi nasihat kepada orang ramai untuk tidak memperlekehkan saranan yang disampaikan oleh pihak mereka. Bahkan, berharap produksi drama atau filem untuk berhenti mempromosi budaya merokok ini dalam karya pemfileman.

Baca juga kisah yang berkaitan dengan rokok:

Selamba Merokok Dalam Pesawat, Seorang Lelaki Didenda RM 10K Di Kota Kinabalu
‘Koyak’ Ditegur Merokok Di Tempat Awam, Tindakan Bapa Bayi 7 Bulan Dari Kuching Ini Dipuji Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Basikal Buluh Buatan Sarawak, Dijangka Masuk Pasaran China Tahun Ini Basikal Buluh Buatan Sarawak, Dijangka Masuk Pasaran China Tahun Ini
Next Article Didakwa Pecah Amanah, Pesara Swasta Tidak Mengaku Seleweng Wang Pampasan Penduduk Di Bintulu Didakwa Pecah Amanah, Pesara Swasta Tidak Mengaku Seleweng Wang Pampasan Penduduk Di Bintulu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?