• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
#innovatesarawak

25 Sekolah Menengah Sarawak Terpilih Sertai Bootcamp Keusahawanan TEGAS EntreCamp

Oleh
Ismail NA
2 Mac 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Program bootcamp keusahawanan khas untuk peringkat remaja.

25 Sekolah Menengah Sarawak Terpilih Sertai Bootcamp Keusahawanan TEGAS EntreCamp. Jika sebelum ini nama TEGAS sinonim dengan program pecutan untuk para usahawan dan syarikat pemula, kini badan tersebut melebarkan lagi program keusahawanannya kepada pelajar sekolah menengah pula.

Isi Isi Penting
  • Program bootcamp keusahawanan khas untuk peringkat remaja.
  • Pelajar dari 25 buah sekolah bakal rasai pengalaman jadi co-founder
  • Virtual Demo Day EntreCamp bakal ketengahkan idea segar pelajar bersama prototaip
  • Jika anda ingin mengetahui lebih banyak aktiviti anjuran TEGAS, baca juga artikel yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

Program TEGAS EntreCamp merupakan sebuah program bootcamp keusahawanan yang julung kali dianjurkan oleh Tabung Gagasan Ekonomi Anak Sarawak (TEGAS). Ia bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada proses membina idea dan teknologi baru menjadi suatu perniagaan melalui pengalaman aktiviti amali yang diadakan secara dalam talian.

Program ini dianjurkan oleh Hub Inovasi Digital TEGAS dengan kerjasama Reactor School Singapura (Reactor) dan dilaksanakan dalam tempoh masa 2 hari setengah. Memandangkan musim persekolahan masih belum dibuka sepenuhnya, kerjasama TEGAS dengan Reactor ini membolehkan para pelajar menikmati pengalaman digital sepenuhnya dalam penyampaian kemahiran keusahawanan untuk pelajar yang mengambil kelas dari rumah.

25 Sekolah Menengah Sarawak Terpilih Sertai Bootcamp Keusahawanan TEGAS EntreCamp
25 Sekolah Menengah Sarawak Terpilih Sertai Bootcamp Keusahawanan TEGAS EntreCamp

Pelajar dari 25 buah sekolah bakal rasai pengalaman jadi co-founder

Untuk edisi pertama ini, sebanyak 25 buah sekolah dari Kuching, Serian, Bintulu dan Miri telah terpilih untuk menyertai program ini. Antaranya ialah Riam Road International School, Pei Min Middle School, Kolej Tunku Datu Tuanku Hj Bujang, SMK St. Joseph, SMK Lutong, SMK Luak, SMK Bandar Bintulu, SMK Baru Bintulu, SMK Asyakirin, SMK Bintulu, SM Kai Dee Bintulu, Kolej Vokasional Bintulu, SMK St. Thomas, SMK St. Joseph, SMK St. Theresa, SMK St. Mary, Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, SMK Batu Lintang, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK Petra Jaya, SMK Serian, SMK Sg. Tapang, Tunku Putra-Help School, SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor dan, SM Sains Kuching.

Melalui EntreCamp ini, para pelajar akan didedahkan dengan kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah (soft skills) melalui peranan mereka sebagai pengasas bersama (co-founder) dalam program ini. Mereka juga dikehendaki untuk menerapkan pemikiran keusahawanan sepanjang program selain mempelajari ciri-ciri terbaik sebuah syarikat pemula seperti reka bentuk berasaskan pengguna, metodologi lean, pengesahan dan penciptaan nilai.

25 Sekolah Menengah Sarawak Terpilih Sertai Bootcamp Keusahawanan TEGAS EntreCamp

Virtual Demo Day EntreCamp bakal ketengahkan idea segar pelajar bersama prototaip

Untuk pengetahuan anda, program ini akan diadakan secara 3 peringkat, bermula 3 hingga 19 Mac 2021. Pada akhir bootcamp ini nanti, para pelajar akan mempersembahkan pitch deck untuk para pelabur berserta prototaip berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Pemenang Demo Day pula akan menerima 3 bulan akses ke Hub Inovasi Digital TEGAS di Kuching, Bintulu dan Miri serta laluan hijau untuk menyertai program pecutan TEGAS Pre-Accelerator.

Jelas Pengerusi TEGAS, YB Datu Haji Len Talif Salleh yang juga merupakan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, program EntreCamp yang dianjurkan oleh TEGAS ini selari dengan misi kerajaan Sarawak untuk mempromosikan inovasi digital dan keusahawanan di negeri ini.

“Saya amat berterima kasih kepada semua sekolah dan guru-guru kerana mempromosikan program keusahawanan maya yang seumpamanya di sekolah mereka dan memberi dorongan kepada pelajar mereka untuk menyertainya. Kami percaya dalam pelaburan dan memupuk bakat Sarawak untuk memacu pertumbuhan di negeri ini,”

Pengerusi TEGAS, YB Datu Haji Len Talif Salleh

Untuk perkembangan lebih lanjut, layari laman rasmi Facebook TEGAS Digital Innovation Hub. Selamat maju jaya untuk peserta TEGAS EntreCamp 2021!

Jika anda ingin mengetahui lebih banyak aktiviti anjuran TEGAS, baca juga artikel yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Lancarkan Perkhidmatan Bas Elektrik Percuma Hari Ini
Next Article TERKINI: 5 Buah Premis Bawah Seliaan MBKS Disita, 159 Kes Positif COVID-19 Baharu Dilaporkan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?