• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Lancarkan Perkhidmatan Bas Elektrik Percuma Hari Ini

Oleh
Husna Hazmi
2 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Ini merupakan bas awam yang digerakkan oleh tenaga elektrik pertama di Malaysia.

Sarawak Lancarkan Perkhidmatan Bas Elektrik Percuma Hari Ini. Dilaporkan bahawa Sarawak hari ini telah melancarkan perkhidmatan bas awam yang digerakkan oleh tenaga elektrik pertama di Malaysia. Program ini selaras dengan dasarkerajaan negeri dengan penekanan terhadap pembangunan lestari.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah pun bermula sejak Februari 2019 sebagai tempoh percubaan melibatkan sebuah bas.

“E-Bus mendapat sambutan baik dalam kalangan pelawat serta penduduk tempatan yang memuji perkhidmatan percuma, inovatif dan tenaga hijau itu.

Sarawak Lancarkan Perkhidmatan Bas Elektrik Percuma Hari Ini
Sarawak Lancarkan Perkhidmatan Bas Elektrik Percuma Hari Ini

Menyediakan perkhidmatan E-Bus

Bagaimanapun dengan hanya sebuah bas, perkhidmatan itu agak terhad. Sehubungan itu bagi menyediakan perkhidmatan E-Bus yang boleh diharapkan, tepat masa, dengan kawasan liputan yang lebih luas, kementerian saya telah mengesyorkan supaya empat unit E-Bus baharu disediakan bagi perkhidmatan ini,” kata beliau semasa berucap di majlis pelancaran perkhidmatan berkenaan hari ini.

Dengan tambahan jumlah bas, beliau berkata perkhidmatan tersebut kini meliputi kawasan yang lebih luas. Daripada 26 perhentian bas kepada 54 perhentian, berulang alik antara kawasan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh, yang merupakan destinasi popular di sini.

Abdul Karim turut berkata bahawa semua bas itu dilengkapi dengan teknologi terkini, seperti sistem automasi pengumuman hentian bas, sistem kawalan penyiaran kandungan tepat masa, kaunter video penumpang, di samping kemudahan kerusi roda, WIFI percuma, kamera CCTV dan ruang khusus bagi menempatkan basikal yang boleh dilipat.

“Ia juga dilengkapi dengan aplikasi yang dinamakan ‘Kuching Metro’ yang membolehkan pengguna bas mendapat pemantauan tepat masa lokasi bas, dan jangkaan masa ketibaan bas.

“Empat unit E-Bus yang disediakan untuk perjalanan antara bangunan DUN dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh dijangka mempunyai tempoh masa ketibaan selang dua jam setiap bas,” katanya.

Sarawak Lancarkan Perkhidmatan Bas Elektrik Percuma Hari Ini

Berhubung ketibaan pelancong ke Sarawak, beliau berkata jumlah pelancong domestik dijangka naik sedikit demi sedikit pada separuh tahun kedua 2021, dengan 1.1 juta pelancong dijangka tiba, membawa perolehan sekitar RM2.64 bilion.

“Pada tahun 2020, ketibaan pelawat merudum 74 peratus, kepada 1,199,872 berbanding tahun 2019 yang mencatatkan jumlah 4,662,419, disebabkan pandemik COVID-19.

“Perolehan pelancongan jatuh 75 peratus kepada RM2.88 bilion berbanding tahun 2019. Pandemik ini menjejaskan industri pelancongan dengan jumlah kerugian dianggar RM8.69 bilion,” jelas beliau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bayaran Permohonan i-Sinar Sedia Ada Yang Dikemukakan Sebelum 25 Feb Akan Dibuat Mulai 2 Mac 2021 Bayaran Permohonan i-Sinar Sedia Ada Yang Dikemukakan Sebelum 25 Feb Akan Dibuat Mulai 2 Mac 2021
Next Article 25 Sekolah Menengah Sarawak Terpilih Sertai Bootcamp Keusahawanan TEGAS EntreCamp

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?