• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Isu Sorok Kamera Dalam Bekas Pewangi, Ini 3 Cara Untuk Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Hotel

Oleh
Farisha
12 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Hati-Hati, Hotel Anda Mungkin Ada ‘Tetamu’ Tak Diundang!

Tular Isu Sorok Kamera Dalam Bekas Pewangi, Ini 3 Cara Untuk Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Hotel. Sejak Jumaat lalu, tular isu mengenai penemuan satu kamera yang disembunyikan di dalam sebuah tandas pada sebuah rumah inap desa (homestay) dekat Jelutong, George Town, Pulau Pinang.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh mangsa, seorang wanita berusia 24 tahun, dia telah menjumpai alat rakaman tersebut di dalam sebuah bekas pewangi. Insiden tersebut telah menyebabkan percutian mangsa bersama tiga rakannya menjadi satu pengalaman yang sangat traumatik.

Walaubagaimanapun, pihak polis telah menahan suspek yang berusia 20 tahun untuk membantu siasatan berkaitan penemuan kamera tersembunyi di dalam alat pewangi bilik air tersebut.

Dalam pada itu, menurut sumber, terdapat beberapa cara boleh digunakan orang ramai untuk mengesan kehadiran alat rakaman tersebut di tempat penginapan termasuk di hotel.

1. Kenal pasti lokasi biasa kamera disembunyikan

Tular Isu Sorok Kamera Dalam Bekas Pewangi, Ini 3 Cara Untuk Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Hotel
Tular IsTular Isu Sorok Kamera Dalam Bekas Pewangi, Ini 3 Cara Untuk Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Hotel. Sumber: majoriti

Kebiasaannya, penjenayah yang melakukan kegiatan ini akan menyembunyikan kamera di tempat yang sukar untuk dicapai atau dilihat dengan mata kasar oleh penghuni.

Disebabkan itu, terdapat beberapa pilihan tempat dan barangan yang lazimnya dijadikan lokasi bagi menyembunyikan alatan berkenaan.

Antaranya adalah pengesan asap, penapis udara, buku, hiasan dinding, kotak tisu, patung, kotak tv digital, penyangkut pakaian, pen dan almari.

2. Tutup lampu

Tular Isu Sorok Kamera Dalam Bekas Pewangi, Ini 3 Cara Untuk Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Hotel
Tular Isu Sorok Kamera Dalam Bekas Pewangi, Ini 3 Cara Untuk Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Hotel

Sebelum membuat pemeriksaan di lokasi dan barangan disasarkan itu, pengguna perlu terlebih dahulu menutup semua lampu dan langsir bagi memastikan ruangan di dalam bilik menjadi gelap.

Dengan cara ini, ia akan dapat membantu mengesan alatan sebarang cahaya yang biasanya dihasilkan oleh kamera tersembunyi tersebut.

Untuk mendapatkan lebih kepastian, anda juga boleh cuba untuk memuat naik aplikasi percuma seperti Hidden Camera Detector di telefon pintar masing-masing.

Aplikasi ini membantu dalam mengesan sebarang cahaya infra merah atau lebih dikenali sebagai infra red daripada kamera pengintip.

3. Periksa talian WiFi

Sumber: majoriti

Selain itu, cara lain yang boleh digunakan bagi mengesan kamera tersembunyi adalah dengan membuka talian WiFi di telefon bimbit.

Dengan cara ini, pengguna boleh mengesan sekiranya wujud sebarang talian atau sambungan wifi yang memiliki nama agak pelik.

Pada masa sama, pengguna juga boleh memuat naik aplikasi seperti fing yang dilengkapi dengan ciri perkongsian maklumat lebih terperinci mengenai talian berada di sekitar anda.

Melalui aplikasi seperti ini, anda boleh mengenalpasti maklumat berkenaan alat eletronik bersambung dengan talian wifi di sekitar termasuk jenis model peranti rakaman yang sedang aktif.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Tular Isu Sorok Kamera Dalam Bekas Pewangi Di Homestay, Lelaki 20 Tahun Dicekup
Niat Mahu Bulan Madu, Pasangan Dari China Terkejut Jumpa Kamera Tersembunyi Di Airbnb Sabah
SUMBER :Majoriti
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Aktiviti Penyelewengan Minyak Diesel Bersubsidi Hampir RM1 Juta Di Sarawak Berjaya Ditumpaskan Aktiviti Penyelewengan Minyak Diesel Bersubsidi Hampir RM1 Juta Di Sarawak Berjaya Ditumpaskan
Next Article Sabah Sarawak Jadi Destinasi Popular Di Kalangan Pelancong Brunei Sabah Sarawak Jadi Destinasi Popular Di Kalangan Pelancong Brunei

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?