• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anggota Polis Patah Tulang Paha Dilanggar Motosikal Ketika Operasi Di Kuching

Oleh
Aina Musa
9 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Anggota Polis Patah Tulang Paha Dilanggar Motosikal Ketika Operasi Di Kuching

Beliau dilanggar semasa bertugas

Anggota Polis Patah Tulang Paha Dilanggar Motosikal Ketika Operasi Di Kuching. Insiden memilukan berlaku apabila seorang anggota polis cedera parah selepas dilanggar oleh seorang penunggang motosikal yang cuba melepaskan diri semasa satu operasi penguatkuasaan undang-undang jalan raya di Jalan Gambir, pada Rabu yang lepas.

Kejadian yang berlaku pada pukul 10.30 malam itu telah mengakibatkan Pegawai Penyiasat Trafik Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Inspektor Charlie Aloysius mengalami patah tulang paha kiri.

Anggota Polis Patah Tulang Paha Dilanggar Motosikal Ketika Operasi Di Kuching. Kredit foto: Suara Sarawak

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, inspektor terbabit sedang bertugas semasa operasi berkenaan apabila sebuah motosikal berwarna biru telah melanggarnya.

“Pegawai itu dilanggar oleh motosikal dan mengalami kecederaan parah iaitu patah tulang paha kiri ketika membuat pemeriksaan kenderaan dalam Operasi Motosikal pada pukul 10.30 malam di Jalan Gambir,” katanya.

Ekoran insiden tersebut, pegawai berkenaan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut dan dipantau oleh doktor.

Ahsmon juga memohon agar saksi kejadian tampil memberi kerjasama bagi membantu pihak polis mengesan penunggang motosikal berkenaan.

Pada masa yang sama, beliau bersama rombongan IPD Kuching telah mengadakan lawatan kebajikan dan menyampaikan sumbangan kepada Inspektor Charlie Aloysius di HUS, semalam.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa, KBSPTD Kuching Deputi Superitendan Polis (DSP) Heffyear William Awet dan beberapa pegawai kanan polis yang lain.

Baca lagi artikel menarik:

SJK Chung Hua Matu Berjaya Anjur Majlis Tadarus Al-Quran Buat Julung Kali
Kes Ragut Di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Peragut Miliki 9 Rekod Jenayah Berjaya Ditangkap
SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Stanford Ryan, Pemain Sape Yang Mewakili Malaysia Di California Jun Ini Kenali Stanford Ryan, Pemain Sape Yang Mewakili Malaysia Di California Jun Ini
Next Article Macam Apartmen Mewah, Wajah Baru Kolej Penginapan Di UNIMAS Raih Pujian Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?