• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan

Oleh
Ismail NA
26 Oktober 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan

Nikmati Lauk Tengah Hari Tanpa Had Serendah RM 5.90 Sahaja!

3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan. Siapa kata bajet bawah RM 10 tak dapat makan tengah hari yang sedap? Itu semua dusta belaka. Lagi-lagi jika anda meminati selera masakan kampung dan konsep kedai makan nasi campur. Kalau dah jumpa port yang baik, pasti hari-hari berkunjung ke sana.

Di sini kami senaraikan 3 port nasi campur, lauk tanpa had, hanya dengan satu harga sepinggan. Confirm murah dan mengenyangkan.

1. Suria Kitchen No.19, Telaga Air

Kedai ini terletak di medan selera, Telaga Air. Lebih tepatnya, berhadapan dengan Tebingan Sungai atau Waterfront Telaga Air.

Kedai ini menyediakan hidangan nasi campur yang berharga RM 10.50 sahaja untuk hari bekerja.

3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan. Kredit: Facebook

Untuk hujung minggu dan cuti umum, harga biasa akan dikenakan kepada pelanggan.

Anda boleh mengambil apa-apa sahaja lauk beserta nasi dalam satu pinggan.

Menariknya, kebanyakkan lauk pauk yang dihidangkan adalah makanan laut yang fresh dari Telaga Air sendiri. Rambang mata nak pilih lauk yang mana satu.

Walau pun harganya hanya RM 10.50 untuk sepinggan nasi campur, anda dinasihatkan untuk mengambil makanan anda dalam kuantiti yang memadai sahaja. Takut nanti membazir jika tidak dihabiskan. Membazir itu amalan siapa? Ya, anda tahu siapa.

Maklumat Penting:

Lokasi: No 19, Medan Selera, Telaga Air.

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari

2. Qaseh Sumayyah Cafe & Catering, Jalan Simpang Tiga

Jika anda tinggal atau bekerja di sekitar Simpang Tiga dan ingin menjimatkan minyak kenderaan anda ke kedai makan di tengah Bandaraya Kuching, Qaseh Sumayyah Cafe & Catering kan ada. Kedai makan yang terletak berhampiran bangunan KWSP dan 7E, Simpang Tiga ini turut menyajikan pilihan makanan yang pelbagai pada harga RM 9.90 untuk sepinggan.

3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan
Kredit : FB Qaseh Sumayyah Cafe & Catering
3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan
Kredit : FB Qaseh Sumayyah Cafe & Catering
3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan
Kredit : FB Qaseh Sumayyah Cafe & Catering

Yang best nya, mereka juga menyediakan hidangan ala carte seperti nasi ayam penyet, mi jawa, nasi lemak berlauk dan banyak lagi! Fuyohh, menggoda betul menu yang ditawarkan di sini.

3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan
Kredit : FB Qaseh Sumayyah Cafe & Catering

Maklumat penting:

Lokasi: Jalan Upland Simpang Tiga

Waktu Operasi: 7 pagi hingga 3 petang

3. AZ Kopitiam (Jalan Pending)

AZ Kopitiam juga merupakan satu lagi kedai yang menyediakan hidangan nasi campur yang berbaloi-baloi. Kedai makan yang berhampiran dengan traffic light Pending ini menghidangkan beberapa menu basic seperti lauk ayam, ikan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman.

Harganya? Hanya RM 8 sepinggan! Murah naww.

Difahamkan, daun bandong pusuk crispy dikatakan menu rare di sini. Jarang-jarang kedai makan hidang menu ni taw!

Mencari makanan tengah hari yang bajet dan sedap bukan lagi satu kepayahan. Singgah sahaja ke kedai yang kami senaraikan di atas dan nikmati hidangan nasi campur anda sepuasnya.

Maklumat Penting

Lokasi: Jalan Merbau, Kuching (area Pending, naik jambatan dari traffic light Pending menuju bangunan SEDC & PELITA, shoplot sebelah kiri sebelum turun jambatan)

Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali ahad dan cuti umum (7 pagi hingga 3 petang

Jangan lupa juga untuk like dan share post ini!

Follow kami di :

Facebook : I Love Borneo
Instagram : I Love Borneo
Youtube : I Love Borneo

Baca lagi artikel menarik:

Syurga Seafood Murah, Nikmati Makanan Laut Segar Di Suria Kitchen Telaga Air
RM5 Untuk Menu Rahmah Di Sibu Masih Diteruskan Walaupun Harga Beras Naik
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gaduh Sebab Hutang, Seorang Lelaki Maut Di Sibu
Next Article Ini Senarai Tempat Letak Kenderaan Sempena Regatta Sarawak 2023 Ini Senarai Tempat Letak Kenderaan Sempena Regatta Sarawak 2023

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?