• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gaduh Sebab Hutang, Seorang Lelaki Maut Di Sibu

Oleh
Farisha
26 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Lima suspek yang turut terlibat ditahan polis

Gaduh Sebab Hutang, Seorang Lelaki Maut Di Sibu. Pihak polis Sibu telah menahan lima orang yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di tempat awam pada hari Selasa lalu, (24 Oktober).

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili menyatakan bahawa seorang penunggang motosikal berusia 71 tahun telah maut apabila kenderaan yang digunakan oleh salah satu kumpulan suspek melanggar beliau semasa kejar-mengejar.

Gaduh Sebab Hutang, Seorang Lelaki Maut Di Sibu. Sumber foto: xtra

“Polis menerima maklumat mengenai pergaduhan di Lorong Wong King Hou pada pukul 6.45 pagi dan sebaik tiba di tempat kejadian, lima lelaki berusia antara 17 hingga 30 tahun telah ditahan,” katanya.

ACP Zulkipli kemudiannya berkata dua kenderaan, dua pisau dan sebatang rotan telah disita ketika penahanan suspek-suspek tersebut.

Difahamkan kesemua suspek positif dadah

Beliau menambah bahawa pergaduhan itu adalah berkaitan isu hutang antara kedua-dua kumpulan. Pihak polis turut membuat ujian air kencing kepada kesemua suspek, dan didapati positif dadah termasuk methamphetamine dan ketamin.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dan jika disabitkan kesalahan, mereka yang didapati bersalah boleh dipenjarakan sehingga lima tahun, didenda atau kedua-duanya.

Sementara itu, ACP Zulkipli juga berkata kematian penunggang motosikal disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Polis Halang Lapan Individu Hadir Di Mahkamah Sibu Mulai 17 Oktober
Polis Bongkar Taktik Along Semenanjung Guna Geng Di Sibu Tagih Hutang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sempena Sarawak Regatta, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Di Kuching Selama 10 Hari Sempena Sarawak Regatta, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Di Kuching Selama 10 Hari
Next Article 3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan 3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?