• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

312 Hari Bebas COVID-19, Brunei Kembali Laporkan 7 Kes Import Baharu Dari Malaysia

Oleh
Ismail NA
16 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Krisis COVID-19 : Rakyat Brunei Tidak Dibenarkan Keluar Dari Negara

Perkara ini dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Brunei.

312 Hari Bebas COVID-19, Brunei Kembali Laporkan 7 Kes Import Baharu Dari Malaysia. Brunei Darussalam merupakan salah satu negara di Kepulauan Borneo yang telah lama bertahan dan bebas dari kes COVID-19. Namun, setelah 312 hari tidak melaporkan sebarang kes, Brunei memecah rekod tersebut dengan kembali melaporkan kes positif pada Ahad lalu.

Isi Isi Penting
  • Perkara ini dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Brunei.
  • 11 kes aktif di Brunei buat masa ini
  • Brunei-Muara catat kes terbanyak sejak pandemik melanda Brunei
  • Baca juga artikel menarik tentang Brunei di sini :

Menurut Kementerian Kesihatan Brunei, terdapat 7 kes import dilaporkan di negara berkenaan. Kesemuanya berasal dari Malaysia dan tiba ke Brunei melalui Singapura pada 1 Mac 2021.

Pengesanan kontak masih lagi dijalankan dan kesemua kes baharu yang dikesan kini telah diletakkan di Pusat Pengasingan Kebangsaan untuk mendapatkan rawatan dan pemantauan bersama 4 kes aktif yang lain.

312 Hari Bebas COVID-19, Brunei Kembali Laporkan 7 Kes Import Baharu Dari Malaysia
312 Hari Bebas COVID-19, Brunei Kembali Laporkan 7 Kes Import Baharu Dari Malaysia

11 kes aktif di Brunei buat masa ini

Dengan kes baharu ini, jumlah kes aktif kini bertambah kepada 11 kes. Jumlah keseluruhan kes import di Brunei bertambah kepada 58 kes sejak kali terakhir jangkitan tempatan dilaporkan pada 6 Mei 2020. Namun demikian, satu kes telah pulih daripada COVID-19 dan dibenarkan keluar pada hari Aahad menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih setakat ini adalah sebanyak 185 kes.

3 kematian turut dicatatkan sepanjang Brunei menghadapi pandemik COVID-19.

Brunei-Muara catat kes terbanyak sejak pandemik melanda Brunei

Dalam masa 24 jam semalam, Kementerian Kesihatan Brunei juga telah mengambil sebanyak 362 sampel saringan dan telah menjalankan ujian pengesanan sebanyak 110,176 ujian sejak Januari 2020. Jumlah individu yang telah menjalani pengasingan kendiri wajib di pusat pemantauan kerajaan setelah pulang dari luar negara adalah seramai 663 individu manakala 14,707 individu telah menamatkan sesi kuarantin sejak Mac.

312 Hari Bebas COVID-19, Brunei Kembali Laporkan 7 Kes Import Baharu Dari Malaysia
Daerah Brunei-Muara.
Sumber : Lakwatseng Ligaw

Menurut healthinfo.gov.bn, daerah Brunei-Muara merekodkan kes terbanyak iaitu sebanyak 164 kes, daerah Belait dnegan 29 kes dan daerah Tutong sebanyak 6 kes.

Baca juga artikel menarik tentang Brunei di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Putrajaya Rayu Keputusan Mahkamah Tinggi Yang Membatalkan Larangan Penggunaan Allah Oleh Penganut Kristian Putrajaya Rayu Keputusan Mahkamah Tinggi Yang Membatalkan Larangan Penggunaan Allah Oleh Penganut Kristian
Next Article Seramai 102 Individu Di Sarawak Telah Dikompaun RM10,000 Langgar SOP

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?