• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

4 Atlet Wanita Sabah Ini Berjaya Bolot 4 Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan

Oleh
Nazihah AN
20 Oktober 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
4 Atlet Wanita Sabah Ini Berjaya Bolot 4 Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan

Tahniah diucapkan!

4 Atlet Wanita Sabah Ini Berjaya Bolot 4 Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan. Keempat-empat atlet angkat berat wanita dari Sabah ini berjaya merangkul pingat emas di Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan di Rompin, Pahang.

4 atlet angkat berat wanita Sabah iaitu, Nelcy Tunik, Elly Cascandra, Marceeta Marcus dan Caroline Joachim telah berjaya mengharumkan nama negara dengan menang 4 pingat emas dalam pertandingan tersebut yang bakal berakhir pada hari Selasa ini.

4 Atlet Wanita Sabah Ini Berjaya Bolot 4 Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan
4 Atlet Wanita Sabah Ini Berjaya Bolot 4 Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan

Nelcy Tunik, bertanding pada acara berat 49kg dengan membuat angkatan seberat 58kg dalam Snatch dan 80kg untuk Clean & Jerk berjaya menduduki tempat pertama dengan berat keseluruhan 138kg.

Manakala untuk acara 55kg, Elly Cascandra mencatat 75kg dalam Snatch dan 90kg untuk Clean & Jerk juga berjaya menduduki tempat pertama dengan keseluruhan 165kg.

4 Atlet Wanita Sabah Ini Berjaya Bolot 4 Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan
4 Atlet Wanita Sabah Ini Berjaya Bolot 4 Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan.

Marceeta Marcus merupakan atlet ketiga yang berjaya berada di kedudukan teratas dengan menang pingat emas bagi kategori 69kg dengan mengangkat berat 75kg dalam Snatch dan 103kg bagi Clean & Jerk dengan mencatat 178kg secara keseluruhan.

Untuk atlet kita yang terakhir ini iaitu Caroline Joachim, melengkapkan kejohanan untuk angkat berat kebangsaan dan merangkul pingat emas dalam kategori 87kg. Dengan membuat angkatan seberat 80kg untuk Snatch dan 100kg bagi Clean & Jerk, berjaya mencatat 180kg secara keseluruhan.

4 Atlet Wanita Sabah Ini Berjaya Bolot 4 Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan
4 Atlet Wanita Sabah Ini Berjaya Bolot 4 Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan

Berfungsi sebagai platform untuk memilih atlet untuk mewakili negara

Menurut The Borneo Post, Presiden Persatuan Angkat Berat Sabah (SWA) turut mengeluarkan kenyataan bahawa:

“Semua atlet wanita kami tampil dengan sangat baik dalam kejuaraan kebangsaan, turut meningkat dua kali ganda dalam pertandingan dalam memilih atlet untuk skuad kebangsaan. Selain itu, kejohanan ini juga berfungsi sebagai platform untuk memilih atlet untuk mewakili negara dalam Sukan Komanwel 2022 nanti.” kata Philip Gisan yang merupakan Presiden Persatuan Angkat Berat Sabah.

Sebelum ini, para atlet ini juga turut mencipta rekod baru kebangsaan pada bulan April yang lalu dalam pertandingan di Melaka. Tahniah diucapkan kepada para atlet kita!

Anak-anak Borneo sememangnya hebat! Baca lagi kejohanan yang diraih oleh anak-anak Borneo di pautan bawah ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur
Next Article Netizen Terima E-mel Dan OTP 'Troll' Dari MySejahtera, Aplikasi Ini Dibimbangi Hadapi Masalah Keselamatan Netizen Terima E-mel Dan OTP ‘Troll’ Dari MySejahtera, Aplikasi Ini Dibimbangi Hadapi Masalah Keselamatan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?