• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur

Oleh
Nazihah AN
20 Oktober 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur

Ibu tunggal 9 anak dijatuhi hukuman mati, edar dadah

Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur. Baru-baru ini, kita telah digemparkan dengan berita seorang ibu tunggal kepada sembilan orang anak dijatuhi hukuman mati mandatori di Mahkamah Tinggi Tawau pada Jumaat selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah tiga tahun lalu.

Isi Isi Penting
  • Ibu tunggal 9 anak dijatuhi hukuman mati, edar dadah
  • Tular video ibu tunggal meraung
  • Raungan yang menyayat hati
  • Namun, matlamat juga tidak menghalalkan cara
  • Penyalahgunaan dadah salah di sisi undang-undang
  • Lagi kes berkenaan dengan dadah dihadapkan hukuman gantung, baca di sini:

Tambahan pula, tular sebuah video seorang ibu tunggal berusia 50-an tersebut meraung apabila didapati dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Tawau kerana mengedar dadah jenis syabu.

Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur
Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur. Sumber Gambar: Malaysia Kini

Tular video ibu tunggal meraung

Menerusi perkongsian video berdurasi 45 saat di Twitter AADK Daerah Besut, ibu tunggal tersebut meraung sambil dibawa oleh pihak polis selepas mendengar hukuman yang diterima buat dirinya pada 15 Oktober 2021.

Video yang telah tular tersebut telah mendapat reaksi yang bercampur baur daripada orang ramai. Kebanyakannya tidak menyokong akan hukuman yang dihadapkan oleh wanita terbabit. Di bawah adalah pautan video tersebut:

Ibu tunggal 9 anak dijatuhi hukuman mati mandatori miliki, edar dadah.

TAWAU, 15 OKTOBER 2021-Seorang ibu tunggal kpd sembilan orang anak dij4tuhi hukuman m4ti mandatori di Mahkamah Tinggi Tawau pada Jumaat selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah tiga tahun lalu. pic.twitter.com/ViBKQIlqEp

— AADK Besut (@AADKDaerahBesut) October 16, 2021

Raungan yang menyayat hati

Berdasar video yang telah dimuat naik oleh AADK Daerah Besut, jelas kedengaran ibu tunggal terbabit menangis sambil bertanya siapakah yang akan menjaga anak-anaknya apabila dia dijatuhkan hukuman mati.

Video berdurasi 45 saat tersebut telah menarik perhatian netizen dan ada juga yang menyatakan bahawa hukuman yang diberikan seakan-akan tidak mempunyai simpati terhadap suspek tersebut yang merupakan ibu tunggal yang menyara sembilan orang anak.

Susulan perkongsian video itu, rata-rata orang ramai telah meninggalkan pelbagai komen.

Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur
Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur
Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur
Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur
Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur
Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur
Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur
Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur

Namun, matlamat juga tidak menghalalkan cara

Turut dinyatakan bahawa wanita terbabit yang juga seorang penjual ikan, didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 113.9 gram di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pangkalan Wakuba, Batu 15, Jalan Apas, Tawau pada jam 5.30 petang, 10 Januari 2018.

Namun, ramai juga yang tidak bersetuju untuk merasa kesian terhadap wanita terbabit dengan menyatakan bahawa ‘matlamat tidak menghalalkan cara’. Majoriti menyatakan bahawa mahu kejadian itu dijadikan sebagai ikhtibar kepada orang ramai yang berniat mahu melakukan sesuatu perkara.

Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur
Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur
Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur
Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur
Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur
Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur

Penyalahgunaan dadah salah di sisi undang-undang

Ibu tunggal tersebut didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran, dan defendan diwakili oleh peguam Darmin Acho. Pendakwaan mengemukakan empat saksi, sementara pihak pembelaan mengemukakan dua saksi, termasuk defendan sendiri.

Lagi kes berkenaan dengan dadah dihadapkan hukuman gantung, baca di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sempena Pembukaan Semula Perjalanan Antara Negeri Ke Sarawak, AirAsia Tawar Diskaun 30% Sempena Kelonggaran JPBNS, AirAsia Tawar Diskaun 30% Tiket Dari KL Ke Destinasi Di Sarawak
Next Article 4 Atlet Wanita Sabah Ini Berjaya Bolot 4 Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 4 Atlet Wanita Sabah Ini Berjaya Bolot 4 Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?