• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Kenangan Di Sarawak

Oleh
Ismail NA
31 Januari 2024
Kongsi
5 Min Bacaan
Ini 4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Kenangan Di Sarawak

Anda pasti ingat kesemua projek taman tema air ini kan?

Ini 4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Kenangan Di Sarawak. Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak. Taman tema air atau waterpark semestinya satu tarikan yang sentiasa menjadi tajuk perbualan yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan di Sarawak. Apatah lagi sejak dari dulu, tidak ada lagi satu taman tema air yang benar benar lengkap di Sarawak seperti mana yang ada di Johor dan juga Bandar Sunway yang terletak di Semenanjung Malaysia.

Dalam artikel ringkas kali ini, kami kongsikan kepada anda 4 projek taman tema air yang kini hanya tinggal sebagai kenangan di Sarawak. Kami pasti, kesemua projek ini pasti akan menggamit sedikit sebanyak kenangan dan harapan anda yang pernah berharap untuk menjejakkan kaki ke tempat tersebut.

1

Summer Lagoon Water Theme Park

Kota Samarahan
4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak
4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak

Taman Tema Air yang pernah diperkatakan di Kota Samarahan ini mengikut perancangannya akan dibuka pada tahun 2014 menurut satu kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh The Star. Taman tema air yang dikatakan akan dibina tersebut merupakan fasa kedua pembangunan integrated resort di Kota Samarahan dan merupakan sambungan kepada Pusat membeli belah Summer Mall yang merupakan pusat membeli belah terbesar di Kota Samarahan.

Namun begitu, taman tema air ini tidak pernah siap dan hanya The Summer Shopping Mall sahaja yang kekal sehingga kini. Hotel dan apartment yang terletak bersebelahan pusat membeli belah tersebut juga tidak pernah dibuka secara rasmi sehingga ke hari ini.

2

Borneo Semariang Water Park

Kuching
4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak
Kredit foto: FB Borneo Semariang Resort City
4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak
Kredit foto: FB Borneo Semariang Resort City

Taman tema Borneo Semariang Water Park pula sempat dibuka untuk kunjungan orang awam pada 31 Mac 2018. Rata-rata pengunjung yang pernah ke sini berpuas hati dengan fasiliti yang disediakan oleh pengurusan taman tema dengan tiub air yang menyeronokkan. Malah, taman tema ini juga pernah tersenarai sebagai salah satu tempat wajib pergi jika ada pelancong dari luar yang ingin berkunjung ke Kuching, Sarawak.

Malangnya, sejak pandemik COVID-19, taman tema Borneo Semariang Water Park ini masih ditutup sehingga ke hari ini. Menerusi laman Facebook nya pula, pihak pengurusan memaklumkan bahawa taman tema ini masih ditutup sementara. Moga ada harapanlah kita untuk bersuka ria semula di taman tema ini dalam masa yang terdekat.

3

Sinar Serapi Eco Theme Park Resort

Matang, Kuching
4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak
Kredit foto: Cats City Hornbill Land
4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak
Kredit foto: Cats City Hornbill Land
4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak
Kredit foto: Cats City Hornbill Land

Siapa yang pernah pergi ke sini mesti rasa ‘rindok’ kerana gabungan taman tema air, sukan air dan juga taman hiburan keluarga di Sinar Serapi Eco Theme Park ini dulu adalah taman tema air yang seumpamanya di Sarawak sebelum kewujudan Borneo Semariang Waterpark. Taman tema dengan kolam buatan seluas 20 ekar ini menempatkan pelbagai aktiviti seperti memancing, kayak, menunggang kuda dan sebagainya.

Namun demikian, taman tema eko ini ditutup secara kekal pada tahun 2014 tanpa sebab-sebab yang dinyatakan. Yang pasti, taman tema ini adalah destinasi yang sentiasa yang akan menjadi kenangan kanak-kanak zaman 90-an dan awal 2000 di Kuching.

4

Senadin Water Theme Park

Miri
4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak
4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak
Kredit foto: FB I Love Miri City

Pada tahun 2011, projek mega taman tema air Senadin di Miri diumumkan dengan perbelanjaan yang dikatakan bakal menelan belanja RM 125 juta. Projek ini juga dicanangkan sebagai projek taman tema air terbesar di Borneo dan juga di Malaysia yang berupaya mengalahkan saiz taman tema air terkemuka iaitu Sunway Lagoon. Projek ini juga telah diluluskan oleh kerajaan Sarawak dan pembinaannya adalah dibawah tanggungjawab syarikat Miri Housing Development Realty Sdn Bhd.

Setakat tahun 2015, projek mega ini mengumumkan bahawa mereka telah menyelesaikan sebanyak 80% fasa menembok tanah dan dijangka siap pada suku pertama tahun 2016. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini, khabar tentang pembinaan Senadin Water Theme Park ini tidak lagi kedengaran.

Kalau semua projek ini jadi, mesti best kan? Orang Sarawak wajib pergi semua destinasi ini kalau betul-betul jadi kenyataan. Tapi itulah, semua ini hanya tinggal kenangan.

Peminat F1 pun boleh cuba aktiviti go-kart di Kuching tau! Ini artikel lanjut:

Ini Kisah Ringkas Borneo Samariang Waterpark, Taman Tema Terbaik Sarawak Yang Kini Terbengkalai
10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan


Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Stall Nasi Lemak Berlauk Anda Mesti Cuba Di Coffee Talk Kopitiam Tabuan
Next Article Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh Dan 5 Pemakai Terakhir Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?