Nak Bincang Tender Juta-Juta Sampai Pagi? On Jer!
4 Restoran 24 Jam Di Kuching, Sesuai Untuk Anda Yang Selalu Kelaparan Di Tengah Malam. Siapa yang tak pernah lapar pada waktu malam? Lagi-lagi kalau dah lepas jam 12 tengah malam, mesti ada keinginan nak keluar makan sambil menghirup udara malam kan? Atau pun anda dan rakan anda nak menonton perlawanan bola sampai pagi, mestilah cari port yang ‘sedap’ nak lepak, betul tak?
Jangan risau, di sini kami senaraikan 5 restoran yang dibuka 24 jam di sekitar Bandaraya Kuching bagi mengisi kesepian perut anda di kala larut malam.
1. New Atmosferah Restaurant
Restoran ini merupakan satu-satunya kedai mamak di Sarawak yang dibuka 24 jam. Walau pun istilah mamak jarang sekali diguna pakai di sini, namun kedai ini merupakan lokasi yang cun untuk anda menikmati hidangan yang popular seperti ayam tandoori, roti naan dan minuman lassi.


Menu yang popular untuk jamuan tengah malam kebiasaannya adalah roti canai dan nan cheese. Teh tarik jangan dilupa.

Kedai ini mempunyai 3 cawangan di Kuching ;
- Berhadapan The Spring Shopping Mall
- Bersebelahan Kolej Segi Simpang 3 (Flyover Simpang Tiga)
- Bersebelahan Bangunan Sarawak Plaza
2. Warong Nusantara
Jika anda penggemar roti canai dan nasi ayam penyet, kedai makanan Indonesia ini merupakan pilihan yang tepat untuk anda kerana ia mempunyai rasa yang sangat win. Selain itu, anda juga boleh memesan makanan ala carte seperti nasi goreng, mi kolok, bakso dan mi goreng.

Setibanya di sini, anda jangan terkejut pula jika pelayannya berkomunikasi dengan anda menggunakan bahasa Indonesia kerana kebanyakan pelayannya merupakan warga Indonesia.

Warung Nusantara mempunyai 3 cawangan yang dibuka di;
- Jalan Bukit Mata (berhadapan The Hills Shopping Complex / belakang Topspot)
- ICOM Square
- Berhadapan Summer Mall Shopping Complex
3. Nasi Kandar Line Q
Sekiranya anda mencari makanan berat tengah-tengah malam, restoran ini merupakan pilihan tepat buat anda. Persis kedai-kedai nasi kandar di Semenanjung, kedai ini juga menawarkan pelbagai pilihan lauk-pauk untuk anda pekena tengah malam. Bayangkan tengah malam pekena kari kambing yang pekat, fuhhhh paduu!

Selain itu, di sini mereka juga menghidangkan pelbagai menu ala carte. Antaranya nasi goreng, mi goreng mamak, rojak dan roti canai pun ada di sini!
Yang paling penting, anda kena order sekali teh tarik kaw mereka. Teh tarik di sini dikatakan antara yang terbaik di Kuching.

Kedai ini mempunyai 2 cawangan di Kuching
- Berhadapan The Spring Shopping Mall
- Icom Square
4. Smell Good Cafe
Bagi anda yang suka melepak di food court, apa kata anda mengopi di Smell Good Cafe ini. Berkonsepkan medan selera, anda akan dihidangkan dengan pelbagai pilihan menu menarik di sini.
Gerai-gerai muslim pun banyak di sini! Jadi buat anda yang mencari makanan halal, usah risau kerana masakannya di gerai-gerai medan selera ini kebanyakkannya dimasak sendiri oleh orang Melayu.

Antara menu best seller di sini adalah nasi kerabu mereka, seratus peratus oleh air tangan orang Melayu. Review dari Google pun tak mengecewakan!

Kalau ada kawan yang ajak anda mengopi di tengah malam selepas ni, anda dah tak perlu risau memikirkan tempat yang sesuai kerana anda mempunyai senarai ini untuk menggembirakan perut anda.