Dengar Cerita, Donut Ini Sangat Havoc di Kuching!
4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching. Hawa nafsu craving ini memang sukar dijangka. Apatah lagi jika tekak anda inginkan makanan manis, berlemak dan gebu. Donut merupakan salah satu hidangan yang sesuai dijadikan kudapan minum petang sambil berborak santai. Lagi padu kalau dimakan bersama teh ais madu atau secawan kopi panas.
Oleh itu, apa kata anda cuba stall donut yang kami senaraikan ini. Dengar khabar, donut yang dijual di sini sangat laris. Haa, kalau dah laris tu, rasa tak payah cakap lah kan? Uuuu, dapnyer!
Let’s go!
1. Brobites
Jika anda penggemar donut dengan portion yang banyak (cantik juga), anda boleh cuba donut oleh BroBites ini. Donut yang dijual di sini ialah donut mini yang disaluti dengan pelbagai pilihan topping yang menyelerakan seperti coklat, keju, vanila, coklat, karamel dan banyak lagi!


Jika anda rambang mata hendak memilih topping mana yang patut anda pilih, anda boleh membuat permintaan kepada abang-abang BroBites untuk menyediakan sekotak donut dengan perisa yang “specially crafted” untuk anda.



- Lokasi : MakanSari Aiman Mall Samarahan / Fauziah Mj Kitchen Metrocity Matang
- Waktu Operasi : 12 PM – 9 PM
- Hari Operasi : Setiap hari
- Brobites : Facebook | Instagram
2. DoFa
Anda inginkan donut ala-ala Big Apple atau Dunkin Donut tapi dalam versi yang lebih mampu milik? DoFa ialah lubuk donut yang boleh memuaskan selera craving anda. Keunikan donut yang dijual di sini ialah finishing atau presentation nya yang nampak high class dan tentunya menggoda iman sesiapa sahaja yang melihatnya.


Selain daripada donut, DoFa juga menjual bomboloni iaitu sejenis pencuci mulut yang diisi dengan pelbagai inti seperti krim coklat, krim karamel, mahu pun krim keju. Perggh, memang nampak menyelerakan sungguh!


Harga donut yang dijual di sini juga murah. Anda boleh membeli sebiji donut dengan harga RM 2.50 sahaja. Untuk jualan satu kotak (4 biji) pula, harganya ialah RM13.00. Not bad, kan?
- Lokasi : Taman Desa Ilmu / Summer Mall, Kota Samarahan (sebelah Guardian) / Emart Batu Kawa
- Waktu Operasi :
- Taman Desa Ilmu (Isnin-Jumaat, 11.30 pagi hingga 6.30 petang)
- Summer Mall (setiap hari, 10 pagi hingga 10 malam)
- Emart Batu Kawa (Setiap hari, 10 pagi hingga 10 malam)
- DoFa : Facebook | Instagram
3. Donut D’Tanjong
Donut D’Tanjong juga antara donut yang wajib anda cuba. Walau pun ianya merupakan donut yang basic dengan saiz yang kecil, kelazatan donut ini pasti membuatkan anda tidak sedar berapa biji yang telah anda telan.


Terdapat tiga perisa yang boleh anda pilih, sama ada anda inginkan donut yang disaluti susu, milo coklat mahupun gula apong. Salutannya pula bukan alang-alang gais, memang berterabur kalau dah masuk ke dalam mulut.
Paling best, donut ini boleh dibeli dengan harga RM1.00 untuk 4 biji. Murah wei!

- Lokasi : Uptown Kota Samarahan (berhadapan kedai makan Pohonmas)
- Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (6 petang hingga 12 tengah malam)
4. Donut KakR
Jika anda berada berhampiran kawasan Bandar Baru Samariang dan sekitar, anda boleh juga mencuba Donut KakR. Stall kecil ini dibuka di Pasar Tani, Bandar Baru Samariang. Donut yang dijual di sini sememangnya tersedia dalam pelbagai pilihan antaranya donut susu, cheese leleh, red velvet dan banyak lagi!

Rata-rata penggemar Donut KakR ini tidak pernah kecewa dengan kualiti dan rasa donut yang dijual. Lembut dan gebu di lidah katanya. Tak percaya? Anda kena rasa sendiri kegebuan donut ini.


- Waktu Operasi :
- Pasar Tani Bandar Baru Samariang (Isnin-sabtu, 11:30 am-5:30 pm)
- Warung Gita (Selasa- ahad, 11:30 am – 7:30 pm)
Menggoda ke tidak donut-donut yang ada di atas? Jangan lupa singgah dan rasai sendiri kelazatan donut-donut lokal Sarawak.
Siapa yang dah rasa tu, boleh lah komen mana satu donut pilihan anda, okay?