• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Doh Lembut Dengan Pelbagai Pilihan Topping, Anda Wajib Cuba Greek Donut Di Lukouhub Galacity Ini

Oleh
Aina Musa
18 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Doh Lembut Dengan Pelbagai Pilihan Topping, Anda Wajib Cuba Greek Donut Di Lukouhub Galacity Ini

Donut Greek yang lembut dengan topping yang menarik

Doh Lembut Dengan Pelbagai Pilihan Topping, Anda Wajib Cuba Greek Donut Di Lukouhub Galacity Ini. Pencinta dessert pasti tahu kewujudan loukoumades atau Greek donut bersaiz mini yang digoreng hingga keemasan serta rangup apabila digigit.

Doh Lembut Dengan Pelbagai Pilihan Topping, Anda Wajib Cuba Greek Donut Di Lukouhub Galacity Ini
Doh Lembut Dengan Pelbagai Pilihan Topping, Anda Wajib Cuba Greek Donut Di Lukouhub Galacity Ini. Kredit: Kuching Food Heaven

Secara tradisinya, Greek donut ini dihidangkan dengan merendamnya ke dalam sirap madu yang panas, ditaburkan dengan kayu manis serta dihiasi dengan walnut cincang atau biji-bijan panggang.

Pelbagai pilihan menu donut Greek yang sedap

Namun, kini anda boleh mendapatkan Greek donut ini yang telah diubah mengikut cita rasa pelanggan yang lebih moden.

Daripada topping yang tradisional seperti madu dan kekacang, kini anda boleh merasai loukoumades dengan topping yang menarik dan pelbagai.

Untuk perkongsian kali ini, mari kami kongsikan kepada anda satu restoran iaitu Lukouhub yang menjual Greek donut yang lembut dengan pilihan pelbagai topping dan perisa seperti Nutella, matcha, hazelnut, Lotus Biscoff, Oreo dan banyak lagi.

Disyorkan untuk menikmatinya bersama gelato, kopi ataupun teh

Menariknya di Lukouhub ini, mereka menghidangkan donut Greek bersaiz ‘satu gigitan’ atau bite size yang digoreng hingga garing keemasan di luar, lembut dan gebu di dalam. Ia dihidangkan dengan beberapa sos dan topping yang memberikan anda kepuasan semasa menikmati manisan yang popular dan enak ini.

Dipadankan pula dengan seteguk teh ataupun kopi. Fuh, kombinasi yang menarik!

Sempena perayaan Tahun Baru Cina ini, pihak Lukouhub menawarkan Greek donut dengan inti puri nanas masam manis dengan coklat susu serta hirisan nanas di luar dan diakhiri dengan taburan gula aising.

Nak lagi menarik, apa kata anda padankan Greek donut ini dengan homemade gelato yang sejuk dan berkrim daripada mereka.

Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam

Lokasi: Galacity Prime Jalan Tun Jugah

Ketahui beberapa lagi tempat makan menarik sekitar Kuching:

Port Makan Baru Di Kuching, Teppanyaki Guys Kini Buka Di Vivacity Megamall
Rume Dining Galacity Bawa Konsep Kafe Mewah Dengan Harga Berpatutan Untuk Warga Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Seorang Pelajar Di Kota Kinabalu Dibelasah Ramai-Ramai, Netizen Gesa Tindakan Dibuat [VIDEO] Seorang Pelajar Di Kota Kinabalu Dibelasah Ramai-Ramai, Netizen Gesa Tindakan Dibuat
Next Article MYAirline Lancar Promo Sarawak Super Sale Dengan Tempat Duduk Dan 15KG Bagasi Percuma MYAirline Lancar Promo Sarawak Super Sale Dengan Tempat Duduk Dan 15KG Bagasi Percuma

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?