• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching

Oleh
Aina Musa
31 Oktober 2023
Kongsi
5 Min Bacaan
4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching

Dengar Cerita, Donut Ini Sangat Havoc di Kuching!

4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching. Hawa nafsu craving ini memang sukar dijangka. Apatah lagi jika tekak anda inginkan makanan manis, berlemak dan gebu. Donut merupakan salah satu hidangan yang sesuai dijadikan kudapan minum petang sambil berborak santai. Lagi padu kalau dimakan bersama teh ais madu atau secawan kopi panas.

Oleh itu, apa kata anda cuba stall donut yang kami senaraikan ini. Dengar khabar, donut yang dijual di sini sangat laris. Haa, kalau dah laris tu, rasa tak payah cakap lah kan? Uuuu, dapnyer!

Let’s go!

1. Brobites

Jika anda penggemar donut dengan portion yang banyak (cantik juga), anda boleh cuba donut oleh BroBites ini. Donut yang dijual di sini ialah donut mini yang disaluti dengan pelbagai pilihan topping yang menyelerakan seperti coklat, keju, vanila, coklat, karamel dan banyak lagi!

4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching
Kredit : IG Brobites
Kredit : IG Brobites

Jika anda rambang mata hendak memilih topping mana yang patut anda pilih, anda boleh membuat permintaan kepada abang-abang BroBites untuk menyediakan sekotak donut dengan perisa yang “specially crafted” untuk anda.

Kredit : IG Brobites
4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching
Kredit : IG Brobites
Kredit : IG Brobites
  • Lokasi : MakanSari Aiman Mall Samarahan / Fauziah Mj Kitchen Metrocity Matang
  • Waktu Operasi : 12 PM – 9 PM
  • Hari Operasi : Setiap hari
  • Brobites : Facebook | Instagram

2. DoFa

Anda inginkan donut ala-ala Big Apple atau Dunkin Donut tapi dalam versi yang lebih mampu milik? DoFa ialah lubuk donut yang boleh memuaskan selera craving anda. Keunikan donut yang dijual di sini ialah finishing atau presentation nya yang nampak high class dan tentunya menggoda iman sesiapa sahaja yang melihatnya.

4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching
Kredit : FB DoFa
4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching
4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching. Kredit : FB DoFa

Selain daripada donut, DoFa juga menjual bomboloni iaitu sejenis pencuci mulut yang diisi dengan pelbagai inti seperti krim coklat, krim karamel, mahu pun krim keju. Perggh, memang nampak menyelerakan sungguh!

Kredit : FB DoFa
Kredit : FB DoFa

Harga donut yang dijual di sini juga murah. Anda boleh membeli sebiji donut dengan harga RM 2.50 sahaja. Untuk jualan satu kotak (4 biji) pula, harganya ialah RM13.00. Not bad, kan?

  • Lokasi : Taman Desa Ilmu / Summer Mall, Kota Samarahan (sebelah Guardian) / Emart Batu Kawa
  • Waktu Operasi :
    • Taman Desa Ilmu (Isnin-Jumaat, 11.30 pagi hingga 6.30 petang)
    • Summer Mall (setiap hari, 10 pagi hingga 10 malam)
    • Emart Batu Kawa (Setiap hari, 10 pagi hingga 10 malam)
  • DoFa : Facebook | Instagram

3. Donut D’Tanjong

Donut D’Tanjong juga antara donut yang wajib anda cuba. Walau pun ianya merupakan donut yang basic dengan saiz yang kecil, kelazatan donut ini pasti membuatkan anda tidak sedar berapa biji yang telah anda telan.

4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching
4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching

Terdapat tiga perisa yang boleh anda pilih, sama ada anda inginkan donut yang disaluti susu, milo coklat mahupun gula apong. Salutannya pula bukan alang-alang gais, memang berterabur kalau dah masuk ke dalam mulut.

Paling best, donut ini boleh dibeli dengan harga RM1.00 untuk 4 biji. Murah wei!

  • Lokasi : Uptown Kota Samarahan (berhadapan kedai makan Pohonmas)
  • Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (6 petang hingga 12 tengah malam)

4. Donut KakR

Jika anda berada berhampiran kawasan Bandar Baru Samariang dan sekitar, anda boleh juga mencuba Donut KakR. Stall kecil ini dibuka di Pasar Tani, Bandar Baru Samariang. Donut yang dijual di sini sememangnya tersedia dalam pelbagai pilihan antaranya donut susu, cheese leleh, red velvet dan banyak lagi!

Rata-rata penggemar Donut KakR ini tidak pernah kecewa dengan kualiti dan rasa donut yang dijual. Lembut dan gebu di lidah katanya. Tak percaya? Anda kena rasa sendiri kegebuan donut ini.

  • Waktu Operasi :
    • Pasar Tani Bandar Baru Samariang (Isnin-sabtu, 11:30 am-5:30 pm)
    • Warung Gita (Selasa- ahad, 11:30 am – 7:30 pm)

Menggoda ke tidak donut-donut yang ada di atas? Jangan lupa singgah dan rasai sendiri kelazatan donut-donut lokal Sarawak.

Siapa yang dah rasa tu, boleh lah komen mana satu donut pilihan anda, okay?

Baca lagi artikel menarik:

Kepada Pencinta Donut, Brobites Kini Buka Cawangan Baru Di Aiman Mall
Doh Lembut Dengan Pelbagai Pilihan Topping, Anda Wajib Cuba Greek Donut Di Lukouhub Galacity Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Khabar Angin Karnival Jom Heboh Bakal Gegarkan Kuching Bulan Disember Ini Tular Khabar Angin Karnival Jom Heboh Bakal Gegarkan Kuching Bulan Disember Ini
Next Article Malaysia Terus Sokong Hamas, Tidak Gentar Dengan Amaran AS

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?