• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

5 Filem Psikopat Yang Menggerunkan Di Netflix Yang Anda Patut Tonton

Oleh
Husna Hazmi
15 September 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Netflix mempunyai pelbagai genre filem yang menarik tetapi tahukah anda Filem Psikopat yang pasti membuatkan anda berasa seram sejuk dan gelisah?

5 Filem Psikopat Yang Menggerunkan Di Netflix Yang Anda Patut Tonton. Maksud psikopat secara tersurat bererti sakit jiwa. Psikopat berasal dari kata psyche yang bererti jiwa dan rasa kesedihan yang bermaksud penyakit. Penghidapnya juga sering disebut sebagai ‘ sosiopat ‘ kerana perilakunya yang antisosial dan merugikan orang-orang terdekatnya. Psikopat tidak sama seperti gila kerana seorang psikopat sedar sepenuhnya atas perbuatan yang dilakukannya.

Isi Isi Penting
  • Netflix mempunyai pelbagai genre filem yang menarik tetapi tahukah anda Filem Psikopat yang pasti membuatkan anda berasa seram sejuk dan gelisah?
  • Berikut adalah antara Filem Psikopat yang boleh anda layani di Netflix sekarang:
  • 1. The Invitation (2015)
  • 2. Fractured 2019
  • 3. The occupant 2020
  • 4. The perfection 2019
  • 5. The shining 1980

Berikut adalah antara Filem Psikopat yang boleh anda layani di Netflix sekarang:

5 Filem Psikopat Yang Menggerunkan Di Netflix Yang Anda Patut Tonton
5 Filem Psikopat Yang Menggerunkan Di Netflix Yang Anda Patut Tonton

1. The Invitation (2015)

Filem The Invitationini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Will dan Kira yang telah menerima pelawaan bekas isteri Will, Eden berserta suami barunya David. Mereka telah dijemput ke rumah mereka untuk parti makan malam yang telah bertukar menjadi sesuatu yang sinis dan tragik.

Ketika Will dan Kira sampai di rumah tersebut, mereka berasa pelik dengan tetamu-tetamu lain yang dijemput bekas isterinya itu. Setelah mengetahui agenda sebenar mereka, Will kini berada di dalam tangan psikopat yang inginkan nyawanya!

5 Filem Psikopat Yang Menggerunkan Di Netflix Yang Anda Patut Tonton

2. Fractured 2019

Filem yang menarik yang diarah oleh Brad Anderson ini adalah salah satu filem psikopat yang anda mesti layan di Netflix kerana ianya mempunyai jalan cerita yang suspens dan menarik. Plot twist yang menarik di kesudahan cerita ini juga akan membuat anda berasa kagum.

Filem ini mengisahkan seorang bapa, Ray Monroe yang sedang menunggu anak perempuan dan isterinya dirawat di hospital. Tetapi, rupa-rupanya kedua-dua mereka tidak ada di hospital tersebut dan setelah mendapat tahu berita tersebut dari pihak hospital, Ray berasa sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Dri sinilah mulanya kisah yang suspen dan menyedihkan berlaku.

5 Filem Psikopat Yang Menggerunkan Di Netflix Yang Anda Patut Tonton

3. The occupant 2020

Filem Occupant ini mengisahkan seorang eksekutif pengiklanan yang telah kehilangan kerjayanya mulai menganggur. Dia mula hilang satu demi satu hartanya dan juga rumahnya. Kini dia mula menghendap penyewa baru rumah lamanya dan motifnya kini telah bertukar menjadi isah yang seram.

Motif yang hanya bermula dengan menghendap pemilik rumah baharu itu telah menjadi obsesi yang bahaya.

5 Filem Psikopat Yang Menggerunkan Di Netflix Yang Anda Patut Tonton

4. The perfection 2019

The Perfection ini adalah sebuah Filem tentang seorang ahli muzik wanita yang mempunyai bakat yang luar biasa dan juga bintang baru yang baru sahaja memasuki alam ahli muzik yang luar biasa ini.

Filem ini akan membawa anda ke alam muzik yang gelap kerana jalan ceritanya yang mula-mulanya ringan dan kemudiannya bertukar menjadi sesuatu yang akan membuatkan anda berasa mual dan seram.

5 Filem Psikopat Yang Menggerunkan Di Netflix Yang Anda Patut Tonton

5. The shining 1980

Filem ini boleh anda tonton di Netflix dan kisah ini menceritakan tentang seorang yang ditugaskan untuk menjaga hotel yang jauh dari pusat bandar telah bertukar menjadi kisah menyeramkan.

Ini kerana, di hotel tersebut kisah misteri sering berlaku dan akhirnya telah disedari bahawa seorang pembunuh psikopat sedang menghuni hotel tersebut. Filem ini penuh dengan suspens dan amatlah menghiburkan jika anda meminati filem pembunuhan psikopat.

Baca lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Seorang Lelaki Diberkas Memiliki Senapang Berpeluru Dan Bahagian Hidupan Liar Yang Ditemui Di Rumahnya Di Sibu
Next Article KKM Menggesa Ibu Bapa Untuk Pastikan Anak Tidak Guna Gajet Terlalu Lama KKM Menggesa Ibu Bapa Untuk Pastikan Anak Tidak Guna Gajet Terlalu Lama

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?