• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui 5 Hidangan Simbolik Sempena Hari Gawai Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
3 Jun 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Ibarat tak lengkap Gawai sekiranya tiada kelima-lima hidangan ini

Ketahui 5 Hidangan Simbolik Sempena Hari Gawai Di Sarawak. Hari Gawai merupakan salah satu perayaan yang sangat dinantikan oleh masyarakat Dayak khususnya Iban dan Bidayuh di Sarawak. Perayaan ini bukan sahaja meriah dengan pelbagai acara dan tradisi, tetapi juga dipenuhi dengan hidangan-hidangan istimewa yang hanya dapat dinikmati pada waktu ini. Berikut adalah lima hidangan wajib sempena Hari Gawai di Sarawak:

1. Tuak

Sebut sahaja Gawai, mesti anda terus terbayang susunan berbotol-botol tuak di setiap pelosok Rumah Panjang kan? Tuak merupakan minuman tradisional yang paling dengan masyarakat Iban di Sarawak. Tuak diperbuat daripada sejenis beras khas iaitu beras pulut. Proses pembuatannya melibatkan rendaman beras tersebut bersama air dan ragi dalam satu tempayan.

Ketahui 5 Hidangan Simbolik Sempena Hari Gawai Di Sarawak. Sumber: Google

Tuak biasanya disajikan dalam acara-acara penting dan perayaan, menjadi simbolik kepada keramahtamahan dan persaudaraan. Rasanya yang manis dan sedikit beralkohol menjadikan tuak sebagai minuman yang sangat istimewa pada musim Gawai.

2. Manuk Pansuh

Manuk Pansuh adalah salah satu hidangan simbolik ketika Hari Gawai. Manuk Pansuh ini merupakan ayam yang dimasak di dalam buluh bersama dengan daun ubi sebagai penambah aroma.

Kaedah memasak dalam buluh memberikan rasa unik dan aroma yang khas kepada hidangan ini. Lauk Manuk Pansuh ini sangat sesuai untuk dimakan bersama dengan nasi, menjadikannya hidangan yang sangat dinantikan oleh masyarakat Iban dan para tetamu yang berkunjung.

3. Tilamuak atau lemang periuk kera

Sekiranya masyarakat Melayu sinonim dengan lemang yang dimasak didalam buluh, masyarakat Dayak pula terkenal dengan lemang periuk kera. Tilamuak atau lemang periuk kera ini merupakan hidangan beras pulut yang dimasak didalam periuk kera.

Disebabkan prosesnya yang rumit, hidangan ini hanya boleh didapati semasa musim perayaan khususnya Gawai dan padanlah hidangan ini dikatakan sajian istimewa pada musim perayaan.

Persis lemang biasa, Tilamuak ini kebiasaanya dimakan bersama kuah kari, rendang dan sebagainya.

Nak lagi menarik, apa kata anda cicah bersama manuk pansuh.

4. Kuih Karas atau Kuih Jala

Kuih karas atau juga dikenali sebagai kuih Jala merupakan kuih tradisional masyarakat Iban di Sarawak. Kuih ini sangat terkenal terutamanya ketika Gawai dan Krismas. Mudah didapati di rumah panjang ketika sambutan Gawai, kuih ini menjadi salah satu hidangan menarik yang disajikan kepada tetamu.

Kuih Karas ini mungkin merupakan versi kuih jala yang lebih rangup. Proses pembuatannya memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi untuk memastikan tekstur yang rangup dan bentuk yang menarik.

5. Penganan

Penganan merupakan kuih tradisional kaum Iban yang sangat popular dan sering menjadi makanan wajib ketika perayaan Hari Gawai. Ianya diperbuat daripada tepung beras dan beberapa bahan lain sebelum dijadikan doh untuk digoreng.

Kuih Penganan ini mempunyai rasa yang manis dan tekstur yang kenyal, menjadikannya sangat digemari oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Kuih ini biasanya disajikan kepada tetamu sebagai tanda penghormatan dan kegembiraan dalam menyambut perayaan.

Baca lagi artikel menarik:

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tuak, Minuman Tradisi Masyarakat Dayak
Ini Senarai Studio Gawai Seluruh Sarawak 2024

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Terkejut, 3 Kereta Milik Peribadi Hangus Disyaki Jadi Sasaran Khianat Di Miri
Next Article Akui Apple Store Lebih Layak Dibuka Di Malaysia Berbanding Indonesia, Ini Pendapat Netizen Seberang Akui Apple Store Lebih Layak Dibuka Di Malaysia Berbanding Indonesia, Ini Pendapat Netizen Seberang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?