• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Lelaki Terkejut, 3 Kereta Milik Peribadi Hangus Disyaki Jadi Sasaran Khianat Di Miri

Oleh
Aina Musa
3 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Gara-gara perbuatan khianat

Lelaki Terkejut, 3 Kereta Milik Peribadi Hangus Disyaki Jadi Sasaran Khianat Di Miri. Ketua Polis Daerah Miri mengesahkan satu insiden khianat melibatkan pembakaran tiga buah kenderaan di hadapan kedai MK Hardware and House Center, Niah Land District, Niah, Sarawak. Laporan polis diterima daripada pengadu yang menyatakan bahawa kenderaan milik beliau dan keluarganya menjadi sasaran serangan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Anak Chabu, hasil pemeriksaan rakaman CCTV menunjukkan tiga lelaki bertopeng menaiki kenderaan pacuan empat roda berwarna putih menyimbah bahan bakar ke atas kenderaan sebelum membakarnya.

Lelaki Terkejut, 3 Kereta Milik Peribadi Hangus Disyaki Jadi Sasaran Khianat Di Miri
Lelaki Terkejut, 3 Kereta Milik Peribadi Hangus Disyaki Jadi Sasaran Khianat Di Miri. Sumber: FB Polis Daerah Miri



“Siasatan awal mendapati kejadian ini bermotifkan dendam, memandangkan suspek hanya menyasarkan kenderaan milik pengadu dan keluarganya,” kata Alexson.

Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan isu-isu yang tidak sahih di media sosial, yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat tempatan.

Orang ramai juga diminta agar sentiasa peka dengan persekitaran masing-masing.

Polis menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi talian 085-433730. PDRM amat menghargai keprihatinan masyarakat dalam memastikan keselamatan dan keamanan daerah Miri.

Baca lagi artikel menarik:

Wanita Maut Selepas Rempuh Penghadang Jalan Di Bintangor
Padah Curi Kabel, Tiga Lelaki Akhirnya Ditahan Di Bintulu

SUMBER :FB Polis Daerah Miri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemulihan Hutan Bakau Di Kawasan Rajang-Belawai-Paloh, Sarawak
Next Article Ketahui 5 Hidangan Simbolik Sempena Hari Gawai Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?