• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

5 Hospital Di Sabah Sarawak Ini Antara 50 Hospital Terbaik 2025 Di Malaysia

Oleh
Nazihah AN
14 Mei 2025
Kongsi
5 Min Bacaan
5 Hospital Di Sabah Sarawak Ini Antara 50 Hospital Terbaik 2025 Di Malaysia

5 Dari Sabah Sarawak Tersenarai dalam World’s Best Hospitals 2025

5 Hospital Di Sabah Sarawak Ini Antara 50 Hospital Terbaik 2025 Di Malaysia. Dalam laporan tahunan World’s Best Hospitals 2025 yang diterbitkan oleh Newsweek dan platform data Statista, sebanyak 50 hospital dari Malaysia telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai antara yang terbaik di dunia dan yang lebih membanggakan, lima daripadanya berasal dari Sabah dan Sarawak.

Senarai ini bukan calang-calang. Ia adalah hasil penilaian menyeluruh yang melibatkan ribuan pakar perubatan seperti doktor dan pengurus hospital, data pengalaman pesakit, metrik kualiti klinikal, serta kaji selidik PROMs (Patient-Reported Outcome Measures) — soal selidik yang diisi oleh pesakit sendiri bagi menilai tahap kesejahteraan dan kualiti hidup mereka selepas rawatan.

5 Hospital Di Sabah Sarawak Ini Antara 50 Hospital Terbaik 2025 Di Malaysia

Hospital Dari Malaysia Yang Mendunia

Malaysia merupakan salah satu daripada 30 negara yang terpilih dalam laporan berprestij ini. Selain hospital ternama seperti Sunway Medical Centre, Gleneagles Kuala Lumpur, dan Hospital Kuala Lumpur, kemunculan hospital-hospital dari Malaysia Timur jelas mencuri tumpuan tahun ini.

Ini 5 Hospital Dari Sabah & Sarawak Yang Diiktiraf:

  1. Hospital Umum Sarawak – Kuching, Sarawak
  2. Normah Medical Specialist Centre – Kuching, Sarawak
  3. Hospital Queen Elizabeth – Kota Kinabalu, Sabah
  4. KPJ Sabah Specialist Hospital – Kota Kinabalu, Sabah
  5. Hospital Bintulu – Bintulu, Sarawak

Senarai penuh di sini:

  1. Sunway Medical Centre (Subang Jaya)
  2. Gleaneagles Hospital Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
  3. Subang Jaya Medical Centre (Subang Jaya)
  4. Hospital Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
  5. Prince Court Medical Centre (Kuala Lumpur)
  6. Pantai Hospital Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
  7. Island Hospital (George Town)
  8. Pantai Hospital Ampang (Kuala Lumpur)
  9. KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital (Ampang)
  10. Ara Damansara Medical Centre (Shah Alam)
  11. Mahkota Medical Centre (Melaka)
  12. Gleaneagles Hospital Penang (George Town)
  13. Pantai Hospital Penang (Bayang Baru)
  14. KPJ Penang Specialist Hospital (Bukit Mertajam)
  15. Pantai Hospital Ayer Keroh (Melaka)
  16. University Malaya Medical Centre (Kuala Lumpur)
  17. Penang Adventist Hospital (George Town)
  18. ParkCity Medical Centre (Kuala Lumpur)
  19. Beacon Hospital (Petaling Jaya)
  20. KPJ Damansara Sepcialist Hospital (Petaling Jaya)
  21. Gleaneagles Hospital Medini Johor (Iskandar Puteri)
  22. KPJ Ipoh Specialist Hospital (Ipoh)
  23. Aurelius Hospital Negeri Sembilan (Nilai)
  24. Columbia Asia Hospital Cheras (Cheras)
  25. Assunta Hospital (Petaling Jaya)
  26. KPJ Puteri Specialist Hospital (Johor Bahru)
  27. Hospital Umum Sarawak (Kuching)
  28. Pantai Hospital Cheras (Kuala Lumpur)
  29. Hospital Putrajaya (Putrajaya)
  30. KPJ Selangor Specialist Hospital (Shah Alam)
  31. KPJ Kedah Medical Centre (Alor Setar)
  32. Hospital Lam Wah Ee (George Town)
  33. KPJ Sabah Specialist Hospital (Kota Kinabalu)
  34. Hospital Pulau Pinang (George Town)
  35. Hospital Sultanah Aminah (Johor Bahru)
  36. Hospital Queen Elizabeth (Kota Kinabalu)
  37. Hospital Pusrawi (Kuala Lumpur)
  38. KJP Sentosa Medical Centre (Kuala Lumpur)
  39. Normah Medical Specialist Centre (Kuching)
  40. KPJ Seremban Specialist Hospital (Seremban)
  41. Pantai Hospital Ipoh (Ipoh)
  42. KPJ Kajang Specialist Hospital (Kajang)
  43. Regency Specialist Hospital (Masai)
  44. Columbia Asia Hospital Puchong (Puchong)
  45. Tung Shin Hospital (Kuala Lumpur)
  46. Columbia Asia Hospital Bukit Rimau (Shah Alam)
  47. Pantai Hospital Sungai Petani (Sungai Petani)
  48. Hospital Bintulu (Bintulu)
  49. Loh Guan Lye Specialist Centre (George Town)
  50. Institut Jantung Negara – Cardiology (Kuala Lumpur)

Pengiktirafan ini bukan sahaja satu penghormatan besar untuk sektor penjagaan kesihatan di Malaysia Timur, tetapi juga satu pengiktirafan global terhadap kecekapan dan mutu perkhidmatan kesihatan di luar Lembah Klang.

Kepentingan Data Dalam Pemilihan Hospital

Menurut Newsweek, matlamat utama penyenaraian ini adalah untuk membantu pesakit dan keluarga mereka membuat pilihan rawatan berdasarkan maklumat yang dipercayai dan telus. Justeru itu, semua hospital dinilai bukan hanya melalui reputasi profesional semata-mata, tetapi juga melalui pengalaman sebenar pesakit, tahap kepuasan, dan keberkesanan rawatan klinikal.

Malaysia Semakin Menyerlah Dalam Dunia Perubatan

Kejayaan hospital-hospital di Sabah dan Sarawak menempatkan diri mereka dalam senarai 50 hospital terbaik negara menunjukkan bahawa standard penjagaan kesihatan berkualiti tinggi tidak lagi terhad kepada hospital di bandar utama Semenanjung. Ia juga membuktikan bahawa pelaburan dalam infrastruktur, latihan profesional, dan teknologi perubatan di Malaysia Timur sedang membuahkan hasil.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sambutan Meriah Gawai Dayak Bazaar 2025 Selama 11 Hari Di MJC Bermula Esok Sambutan Meriah Gawai Dayak Bazaar 2025 Selama 11 Hari Di MJC Bermula Esok
Next Article Infrastruktur Tenaga Sabah Siap, Hanya Menunggu Sambungan Talian Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?