• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Infrastruktur Tenaga Sabah Siap, Hanya Menunggu Sambungan Talian Sarawak

Oleh
Farisha
14 Mei 2025
Kongsi
4 Min Bacaan

Sabah Kini Bersedia Terima Tenaga Boleh Diperbaharui Dari Sarawak, Tapi Masih Menunggu Sambungan Akhir

Infrastruktur Tenaga Sabah Siap, Hanya Menunggu Sambungan Talian Sarawak. Sabah kini selangkah lebih dekat ke arah masa depan tenaga boleh diperbaharui apabila projek sambungan elektrik dari Sarawak memasuki fasa akhir. Infrastruktur utama di pihak Sabah telah siap sejak September tahun lalu, menjadikan negeri ini bersedia sepenuhnya untuk menerima bekalan tenaga daripada jiran Borneo mereka — Sarawak.

Namun begitu, pelaksanaan penuh masih bergantung kepada penyambungan terakhir dari pihak Sarawak Energy yang dijangka menyalurkan tenaga melalui sistem Northern Grid dari Lawas.

Infrastruktur Tenaga Sabah Siap, Hanya Menunggu Sambungan Talian Sarawak
Infrastruktur Tenaga Sabah Siap, Hanya Menunggu Sambungan Talian Sarawak. Sumber foto: Sabah Media

Infrastruktur Penting Sabah Telah Siap Sepenuhnya

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar memaklumkan bahawa pembinaan Pencawang Masuk Utama (PMU) Mengalong 275kV beserta talian penghantaran sejauh 7 kilometer ke sempadan Sarawak kini telah siap sepenuhnya dan sudah mula beroperasi.

Projek yang menelan kos RM35 juta ini memainkan peranan penting sebagai pintu masuk utama tenaga dari Sarawak ke Sabah, selain turut menyokong operasi masa hadapan dari projek hidroelektrik Ulu Padas.

Sabah Sudah Bersedia, Tapi Masih Menanti Sarawak

Menurut Ir. Ts. Mohd Yaakob, Sabah kini hanya menunggu sambungan akhir dari pihak Sarawak Energy yang dilaporkan berdepan kekangan pembinaan, termasuk halangan laluan.

“Projek ini sepatutnya siap tahun lalu, namun kita difahamkan mereka masih menghadapi beberapa cabaran teknikal. Pihak kami di Sabah telah bersedia sepenuhnya dan hanya menunggu penyambungan terakhir tersebut,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Tenaga Awal 30MW, Berpotensi Cecah 300MW

Melalui perjanjian Power Exchange Agreement yang telah dimeterai sebelum ini, Sabah dijangka mengimport sebanyak 30 megawatt (MW) tenaga dari Sarawak bagi fasa permulaan. Jumlah ini berpotensi meningkat sehingga 300MW dalam masa akan datang, bagi menampung permintaan tenaga dan meningkatkan margin rizab negeri.

Isu Keselamatan: 14 Insiden Termasuk Satu Kes Kematian

Dalam pada itu, Ir. Ts. Mohd Yaakob turut menzahirkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan, terutamanya membabitkan kontraktor luar yang beroperasi di luar bidang kuasa SESB.

Sepanjang dua tahun kebelakangan ini, sebanyak 14 kes kemalangan direkodkan termasuk satu kes maut di Marak Parak ketika kerja-kerja rintis dijalankan. Kebanyakan kes membabitkan kontraktor dalam sektor telekomunikasi yang tidak menyedari mereka bekerja berhampiran talian voltan tinggi.

Kes terbaharu dilaporkan berlaku di Kota Marudu dan Beaufort, melibatkan kontraktor telco yang beroperasi tanpa pengetahuan penuh tentang bahaya infrastruktur elektrik berhampiran.

Langkah Keselamatan Dipertingkat: Tenaga Safety Passport

Bagi mengelakkan insiden berulang, SESB kini bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi untuk melaksanakan program latihan dan ceramah keselamatan.

“Kita mahu semua kontraktor telco memiliki Tenaga Safety Passport, sepertimana yang telah diwajibkan kepada semua kontraktor elektrik SESB,” tegas beliau.

Sasaran Serantau: Sambungan Tenaga Rentas Sempadan ASEAN

Sabah turut dilaporkan sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk sambungan tenaga rentas sempadan melalui inisiatif ASEAN Power Grid, termasuk sambungan ke:

  • Kalimantan Utara (Indonesia) menerusi Tawau
  • Filipina menerusi Kudat dan Lahad Datu

Perbincangan lanjut dengan Perusahaan Listrik Negara (PLN) di Jakarta dijadualkan berlangsung esok, bagi membincangkan perancangan sambungan ke Kalimantan menjelang tahun 2030.

Kesimpulannya, Sabah sedang berada di ambang revolusi tenaga, bukan sahaja dalam negeri tetapi juga di peringkat serantau. Projek ini bukan sekadar sambungan grid, tetapi satu langkah strategik ke arah masa depan yang lebih mampan dan selamat untuk seluruh rakyat Malaysia.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan pembangunan di Sabah dan Sarawak:

Sabah Bakal Bina Tiga Taman Perindustrian Baharu
5 Hospital Di Sabah Sarawak Ini Antara 50 Hospital Terbaik 2025 Di Malaysia

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 Hospital Di Sabah Sarawak Ini Antara 50 Hospital Terbaik 2025 Di Malaysia 5 Hospital Di Sabah Sarawak Ini Antara 50 Hospital Terbaik 2025 Di Malaysia
Next Article Murid Di Sabah Guna Beg Sekolah Kraftangan Buat Netizen Kagum

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?