• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

SPRM Tahan 5 Individu Termasuk Pengusaha Stesen Minyak Di Sibu, Disyaki Seludup Diesel Subsidi

Oleh
Nazihah AN
26 Ogos 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
SPRM Tahan 5 Individu Termasuk Pengusaha Stesen Minyak Di Sibu, Disyaki Seludup Diesel Subsidi

Operasi besar-besaran di Sibu berjaya tahan 5 individu

SPRM Tahan 5 Individu Termasuk Pengusaha Stesen Minyak Di Sibu, Disyaki Seludup Diesel Subsidi. Lima individu telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi milik persatuan nelayan dan membayar rasuah kepada pihak penguat kuasa di Sibu, Sarawak.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dalam kenyataan semalam, mengesahkan bahawa tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 30 hingga 60 tahun telah ditahan di pejabat SPRM Sibu. Penahanan berlaku ketika kesemua suspek hadir untuk memberikan keterangan pada jam 4 petang semalam.

SPRM Tahan 5 Individu Termasuk Pengusaha Stesen Minyak Di Sibu, Disyaki Seludup Diesel Subsidi

Depoh Minyak di Sungai Bidut Diserbu, 1.6 Juta Liter Diesel Dirampas

Menurut Azam Baki, hasil siasatan dan risikan SPRM mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak tahun 2012 dan berjaya mengaut keuntungan sehingga RM400 juta. Keuntungan ini diperoleh melalui penjualan minyak diesel bersubsidi yang sepatutnya digunakan oleh nelayan, tetapi dijual kepada pihak luar pada harga tertentu.

Dalam operasi serbuan yang dilakukan di sebuah depoh penyimpanan minyak di Sungai Bidut, SPRM dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyita dua buah tongkang dan 30 tangki minyak yang mengandungi kira-kira 1.6 juta liter diesel. Selain itu, wang tunai sebanyak RM3.7 juta turut dirampas.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada empat pengusaha stesen minyak yang disyaki dalang di sebalik kegiatan penyeludupan minyak diesel ini serta seorang orang tengah yang terlibat dalam urusan jual beli dengan pembeli luar,” kata Azam.

Beliau juga memaklumkan bahawa semua minyak diesel yang disita telah diserahkan kepada KPDN untuk dijual semula kepada pelesen yang sah.

Tambahnya lagi, sindiket ini dipercayai telah memindahkan minyak diesel bersubsidi daripada tangki-tangki yang dikhaskan untuk nelayan ke dalam tongkang yang berlabuh di depoh tersebut. Minyak dari tongkang itu kemudiannya dipindahkan ke kapal-kapal milik pembeli luar negara pada waktu malam untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sibu untuk proses permohonan reman. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009, selain Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Baca juga artikel semasa di bawah:

PMX Sahkan Sarawak Jadi Tuan Rumah Bersama Sukan SEA 2027

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Landa Sarawak Dan Sabah Sehingga Minggu Depan
Next Article Jalan Terputus Di Empangan Baleh Kapit, Laluan Terpaksa Ditutup Sementara Waktu Jalan Terputus Di Empangan Baleh Kapit, Laluan Terpaksa Ditutup Sementara Waktu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?