• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

PMX Sahkan Sarawak Jadi Tuan Rumah Bersama Sukan SEA 2027

Oleh
Ismail NA
24 Ogos 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Ucapan PMX di upacara penutupan SUKMA Sarawak jadi tumpuan

PMX Sahkan Sarawak Jadi Tuan Rumah Bersama Sukan SEA 2027. Upacara penutupan SUKMA Sarawak 2024 berlangsung dengan gilang-gemilang di Stadium Perpaduan Kuching. Acara ini disempurnakan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapannya, PMX turut memuji kemeriahan upacara pembukaan SUKMA Sarawak semasa beliau berada di New Delhi India. Beliau juga turut menyedari perbandingan upacara pembukaan SUKMA Sarawak tempoh hari dengan upacara pembukaan Sukan Olimpik, sambil seterusnya menyatakan rasa bangga melihat semangat rakyat Sarawak yang seiring dengan semangat ‘Segulai Sejalai’.

PMX Sahkan Sarawak Jadi Tuan Rumah Bersama Sukan SEA 2027
PMX Sahkan Sarawak Jadi Tuan Rumah Bersama Sukan SEA 2027

PMX dengan rasminya juga mengumumkan bahawa beliau bersetuju untuk Sarawak bersama Malaysia sebagai tuan rumah bersama untuk menganjurkan Sukan SEA pada tahun 2027.

Dalam upacara penutupan ini juga, Premier Sarawak Tan Sri Abang Zohari Tun Openg turut menyatakan bahawa Sarawak sudah bersedia untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.

Atlet Negeri Sembilan dan Selangor raih gelaran Atlet Terbaik Wanita dan Lelaki SUKMA

PMX Sahkan Sarawak Jadi Tuan Rumah Bersama Sukan SEA 2027

Atlet Wanita Terbaik SUKMA Sarawak dimenangi oleh atlet dari Negeri Sembilan, Gan Chen Jie, dengan meraih 7 emas dari acara menembak.

PMX Sahkan Sarawak Jadi Tuan Rumah Bersama Sukan SEA 2027

Manakala Atlet Lelaki Terbaik SUKMA Sarawak dirangkul oleh Andrew Goh dari Selangor dengan kejayaan meraih 5 emas dari acara renang akuatik.

Sarawak cipta sejarah rangkul gelaran juara keseluruhan selepas 30 tahun

Untuk edisi tahun 2024, SUKMA Sarawak secara rasminya dimenangi oleh tuan rumah Sarawak dengan kutipan keseluruhan pingat – 76 emas, 54 perak dan 69 gangsa menjadikan jumlah keseluruhan pingat yang dimenangi adalah 199 pingat. Prestasi cemerlang Sarawak kali ini telah berjaya mengenepikan gergasi sukan Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan yang mengutip 75 pingat emas di tangga kedua dan Selangor di tangga ketiga dengan 55 pingat emas.

PMX Sahkan Sarawak Jadi Tuan Rumah Bersama Sukan SEA 2027

Sarawak pernah merangkul gelaran berprestij ini sebanyak 3 kali pada edisi 1990, 1992 dan 1994.

Tahukah anda bahawa SUKMA diasaskan oleh PMX Anwar Ibrahim pada 1986?

Tahukah anda bahawa idea SUKMA ini sebenarnya tercetus dari minda seorang tokoh politik terkenal Malaysia? Ya, tidak lain dan tidak bukan, ia adalah Perdana Menteri Malaysia ke -10 iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pada tahun 1986, ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, Anwar telah mengasaskan SUKMA dengan visi untuk memupuk perpaduan dan mencungkil bakat sukan negara.

Sejak itu, SUKMA telah menjadi batu loncatan untuk ramai atlet negara. Mungkin anda pernah mendengar nama-nama besar seperti Nicol David atau Azizulhasni Awang? Mereka juga pernah beraksi di pentas SUKMA sebelum mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!

SUKMA 1986 yang dirasmikan pada 19 April 1986 di Kuala Lumpur. Kredit foto: Anuar Dan via artwanted.com

SUKMA bukan sahaja tentang pingat dan kejuaraan. Ia adalah tempat di mana persahabatan terjalin, pengalaman diperoleh, dan impian bermula. Setiap dua tahun, satu negeri akan bertuah menjadi tuan rumah, membuka pintunya kepada ribuan atlet muda dari seluruh negara. Bayangkan keseronokan apabila anda dapat bertemu dan berkawan dengan rakan sebaya dari negeri lain, berkongsi kisah dan budaya masing-masing.

SUKMA Sarawak bertepatan dengan slogan Semangat Perpaduan Membara

Walaupun SUKMA telah wujud sejak sekian lama, ia terus berkembang dan menyesuaikan diri dengan peredaran zaman. Kini, selain sukan tradisional, SUKMA turut merangkumi sukan-sukan moden seperti e-sports.

SUKMA Sarawak kali ini dilihat sebagai bukan sekadar sebuah edisi biasa. Menerusi slogannya, “Semangat Perpaduan Membara”, ternyata ia adalah sebuah tempat pemupukan bakat, dan cerminan budaya Malaysia yang berbilang kaum yang bersatu hati. Melalui semangat kesukanan, kita bukan sahaja membina atlet, tetapi juga membentuk generasi masa depan yang sihat, bersatu, dan berbakat. Inilah SUKMA – permata dalam mahkota sukan Malaysia.

Imbas kembali momen positif sepanjang SUKMA Sarawak kali ini:

Gagah Tamatkan 10000 Meter, Semangat Juang Pelari Sarawak Arshyvia Curi Perhatian Ramai
Nazar Pingat Emas, Keakraban Atlet Terengganu Cukur Rambut Jurulatih Buat Ramai Tersentuh
Suntik Semangat Atlet SUKMA Sarawak, Sepasang Burung Enggang Muncul Di Stadium Miri

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ucapan Tahniah Mula Diucapkan, Sarawak Juara Keseluruhan Sukma 2024
Next Article Malaysia Airlines, Firefly Dan Amal Kurangkan Penerbangan Sehingga Disember Demi Keselesaan Pelanggan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?